Showing posts with label PUASA. Show all posts
Showing posts with label PUASA. Show all posts

Saturday, 13 July 2013

CABARAN IBU MENYUSU DI BULAN RAMADHAN

Salam Ramadhan kepada semua, khasnya kepada ibu-ibu yang menyusukan anak. Bagaimana dengan anda?
Adakah lebih baik ataupun agak mencabar? Tapi percayalah itu semua bukan alasan atau halangan untuk ibu -ibu semua meneruskan penyusuan di bulan Ramadhan.

Jom kita share sikit apakah cabaran menyusu di bulan Ramadhan?


- Menjelang Ramadhan
Ramai ibu-ibu yang risau mengenai stok susu ibu kurang di bulan puasa.
Sebenarnya tak menjadi masalah sama ada bulan puasa atau tidak. Apa punca susu ibu kurang penghasilannya?

 Pertamanya adalah mind set kita sendiri, di mana kita telah set di kepala jika buan puasa kita tak makan dan minum disiang hari, maka tiada sumber untuk menghasilkan susu ibu. Sebenarnya salah, jika kita set di minda bahawa " walaupun bulan puasa, tapi Insyaallah susu tetap ada dan takkan jejaskan penghasilan susu".

Kedua, pemakanan ibu menyusu, sangat perlu diambil berat kerana ibu-ibu perlu memastikan pengambilan nutrisi yang secukupnya diwaktu berbuka dan berssahur untuk mengelakkan keletihan melampau dan dehidrasi.

Tips diet ibu menyusu di bulan puasa :

1. Waktu berbuka - Digalakkan minum jus buah + makan buah kurma + makan makanan seimbang, kurangkan makanan bergoreng.
2. Malam selepas terawih- Minum susu + makan buah kurma + kekacang
3. Sewaktu bersahur - Nasi + Lauk berkuah seperti sup + air masak
4. Minum air masak kerap sedari waktu berbuka hingga menjelang habis waktu bersahur
Juga banyakkan mengambil sumber protein untuk membantu mengekalkan penghasilan susu ibu.


Ketiga adalah sesi memerah susu. Walaupun bulan puasa, tetapi memerah susu tetap perlu sekalipun kita tak terasa payudara penuh. Lakukan rutin pengepaman seperti biasa, untuk mengekalkan penghasilan susu, tak kiralah sedikit atau banyak.

Mudah bukan, yang penting elakkan dari berfikir perkara-perkara negatif yang boleh menjejaskan penyusuan.

Selamat berpuasa dan menyusukan anak di bulan Ramadhan.

Jika anda ada persoalan mengenai penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :

Nurul
012676443.
SMS/WHATSAPP dahulu apa masalah anda.

Tuesday, 25 June 2013

TRIPLE GEM SHAKLEE BANTU ANDA TINGKATKAN IBADAH RAMADHAN

Siapa taknak jika diberi peluang untuk beribadah di Bulan Ramadhan, seolah kita beribadat selama 1000 bulan dan setiap malam mempunyai fadhilat yang tersendiri.

Tapi bagaimana pula jika badan kita sentiasa lemah dan tidak bertenaga di bulan Ramadhan, mesti nak beribadah pun susah. Shaklee boleh membantu anda untuk beribadah dengan lebih lancar melalui SET TRIPLE GEM.

Performance Drink

 Membantu mengekalkan elektrolit dalam badan, mengelakkan dehidrasi, mengawal paras gula dalam darah, mengelakkan kehausan melampau.
ESP SHAKLEE


 Sumber tenaga segera, mengawal paras kolesterol dalam badan, mengekalkan tenaga di siang hari, membantu masalah jantung, masalah gastrik, untuk ibu menyusu.
MEALSHAKES SHAKLEE



Pembekal nutrisi lengkap pada tubuh,antoksida melawan jangkitan,mengembalikan seri wajah,detoksifikasi yang lancar dengan membuang lemak berlebihan dalam badan.

Ketiga tiga minuman ini adalah sumber tenaga semulajadi yang kaya dengan asid amino dan nutrisi yang lengkap kepada tubuh, dimana , jika anda mengamalkan minuman ini anda akan kurang cenderung untuk mengambil makanan yang merapu sewaktu berbuka, khasnya makanan manis yang mengandungi kadar gula yang tinggi yang akan mengganggu perjalanan ibada di malam hari.

Ia juga mampu mengawal paras gula dalam darah dan merendahkan paras kolesterol dalam badan, dan ini adalah kesan yang sangat baik kerana anda akan merasa tubuh anda semakin ringan dan cergas untuk bergerak walaupun disiang hari.

Jadi manfaatkanlah kehadiran Ramadhan ini dengan ibadah yang maksima.

Hubungi saya
Nurul
0126764743.

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU DI BULAN PUASA

Menjelang bulan Ramadhan tak lama lagi ramai ibu yang menghantar mesej kepada saya bertanyakan bagaimana penyusuan di bulan puasa kerana pada waktu itu kita tidak makan di siang hari. Ramai meraka yang risau susu akan menjadi kurang.

Jom saya kongsikan TIPS PENYUSUAN DI BULAN PUASA

1. Persiapan menyimpan stok susu sebelum bulan puasa adalah sangat digalakkan kerana kita tidak tahu mungkin ada ibu yang akan datang haid di bulan puasa dan akan menyebabkan hasil perahan susu ibu tidak meriah seperti selalu.

2. Sewaktu berbuka, amalkan mengambil makanan yang tinggi sumber protein, elakkan minum teh atau kopi, minum air buah, dan minum kerap air masak dari waktu berbuka hinggalah menjelang habis waktu bersahur.

3. Gandakan waktu mengepam diwaktu malam, mungkin boleh mengepam selepas waktu berbuka, dan selepas waktu bersahur.

4. Kerapkan mengambil makanan yang ringan seperti kekacang, kismis, minum susu diwaktu malam.

5. Sewaktu bersahur ambil makanan yang agak berat seperti nasi, dan pastikan lauk pauk mesti mempunyai sumber protein, dan vitamin yang diperlukan tubuh. Elakkan minum teh dan  kopi yang mungkin akan menyebabkan dehidrasi awal disiang hari. Pilih lah untuk minum minuman berasaskan susu dan jangan lupa air masak.

6. Teruskan pengepaman disiang hari seperti biasa 2@ 3 kali waktu mengepam.

7. Berfikiran positif, elakkan berfikir bahawa susu akan kurang di bulan puasa, kerana anda adalah apa yang anda fikir.

Mudah kan tips tadi. Jadi ibi-ibu tak perlu risau dengan adanya persiapan mental dan fizikal yang kuat Insya Allah semua akan berjalan dengan lancar.

Jika ibu-ibu perlu untuk mengambil sebarang suplemen, saya galakkan anda ambil untuk membantu sistem tubuh menjadi bertenaga walaupun berpuasa.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

Hubungi saya
Nurul
0126764743
fb pages: beautymoms

SHAKLEE ESP DAN MEALSHAKES BANTU CERGAS DI BULAN PUASA

Bulan yang dinanti oleh Umat Islam bakal tiba tak lama lagi. Jadi apakah persiapan menjelang puasa anda semua? Dah tentu seronok, saya pun begitu. Bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa dah tentu ada yang teruja dan dah tentu ada yang banyak karenah. Tapi tak apa itu semua pelajaran.

Bulan puasa memang bulan merehatkan badan khasnya sistem penghadaman, namun jangan lupa, yang rehat pasti rehat, yang kotor sudah tentu perlu dibuang iaitu toksin dalam badan yang dah tersimpan lama.

Bagaimana Shaklee ESP dan Mealshake Bantu Cergas Di Bulan Puasa?



- Keduanya ini adalah sumber protein lengkap, dimana tubuh memerlukan protein untuk memperbaiki dan melindungi sel dari rosak.

- Sumber tenaga segera yang sangat unik. Hanya minum segelas campuran Shaklee ESP dan Mealshake dan ambil kurma 2 atau 3 biji, anda akan merasa kenyang tanpa perlu mengambil hidangan berat sewaktu berbuka.

-Bukan saja sebagai pembekal tenaga untuk beribadah dimalam hari, namun untuk bekerja dan berpuasa disiang hari.

- Sangat sesuai untuk anda yang bermasalah gastrik. Mengikut pengalaman saya, kali pertama mengamalkan 2 minuman ini sewaktu berbuka dan bersahur, saya tidak lagi mengalami masalah gastrisis, perut juga tidak meragam dan selesa.

- Mampu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. Walupun dibulan puasa namun semua ini perlu diambil berat, kadangkala bila berbuka ramai yang memulakan dengan makanan yang tinggi kalori dan kolesterol.

-Ia juga sangat membantu membaiki dan menguatkan memori khasnya pada anak anda yang menghafal Al Quran.

Oleh itu jom kita manfaatkan bersama nikmat beribadah di bulan Ramadhan ni semaksima yang mungkin dengan kesihatan yang sangat baik.

Jangan lupa hubungi saya sekarang untuk mendapatkan harga yang sangat FANTASTIK!!!

Nurul
0126764743
fb pages : beautymoms
emel : ammarhauu@gmail.com

Wednesday, 19 June 2013

BUANG TOKSIN DI BULAN PUASA.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat ditunggu oleh umat Islam seluruh dunia kerana semua orang tahu fadhilat bulan ramadhan sangat la banyak. Bole kumpul pahala extra daripada biasa. Wowwww. Dah tentu sangat teruja.

Namun kesihatan semasa menjalankan ibadah jangan diambil ringan. Memang berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai jenis racun yang bersarang di perut. Kerana 'perut adalah sarang penyakit". Dengan berpuasa juga ia memberi masa yang cukup kepada organ pencernaan seperti perut, hati, usus dan pankreas untuk manjalankan pembersihan dan memperbaiki kerosakan pada dalaman tubuh kesan dari beban makanan harian yang kita makan.

Toksin daripada kolon, buah pinggang, paru-paru,pundi kencing dan kulit dapat dikeluarkan secara menyeluruh dan hasilnya melapangkan saluran pernafasan yang tersumbat, bekalan oksigen pun menjadi lebih banyak dan ini menjadilakn sel-sel tubuh lebih bertenaga. Tak hairanlah jika di bulan Ramadhan ada yang menjadi lebih aktif.

Tips Untuk Buang Toksin Di Bulan Puasa

1.  Pemilihan makanan seimbang yang sangat wajib diamalkan, elakkan terlalu banyak makan makanan bergoreng, pedas,banyak kanji,dan gula.

2. Mulakan berbuka dengan 2 biji kurma dan segelas jus buah untuk memberi kesegaran dan mengembalikan semula tenaga, kerana kurma itu sendiri sangat kaya dengan nutrisi.

3. Jika anda seorang yang telah biasa melakukan rutin senaman, jangan hentikan, teruskan saja, tetapi elakkan melakukan senaman yang berat.

4. Kerap minum air masak di waku malam, kerana ia sangat membantu dalam proses pembuangan toksin dalam badan, dan untuk mengelakkan dehidrasi diwaktu siang.

5. Bersahur dengan hidangan yang sihat, elakkan makanan yang mengandungi banyak lemak, hidangan yang mengandungi santan pekat. Galakkan makan makanan yang berkuah seperti sup, rebusan,dan kukusan.

6. Sahur diakhir waktu, dan jangan lupa penutup sahur dengan air masak.

Bagaimana pula dengan pengambilan suplemen di bulan puasa

Boleh! Anda tetap boleh mengambil suplemen seperti yang disarankan di bulan puasa dan cadangan suplemen adalah seperti berikut :

Waktu berbuka :

Mulai dengan mengambil kurma adalah lebih afdal berbanding kuih muih yang manis. Gabungkan PERFORMANCE DRINK & ESP untuk mendapatkan tenaga tambahan bagi menunaikan ibaddah solat terawih dan juga ALFALFA untuk proses detoksifikasi.

Sebelum Tidur:

Amalkan segelas ESP dan vitamin lain seperti VITALEA, B COMPLEX, VITAMIN C & NUTRIFERON bagi meningkatkan sistem imun yang bertujuan untuk mengelkkan penyakit biasa seperti batuk, demam dan selsema, maklumlah cuaca sekarang agak panas.

Jangan lupa banyakkan minum air masak.

Waktu Bersahur

Anda masih boleh menikmati hidangan nasi dan lauk. Dan yang pasti gabungan ESP & PERFORMANCE DRINK jangan dilupa untuk memastikan anda kekal bertenaga disiang hari.

4 VITAMIN ASAS.
Namun jika anda seorang yang tidak boleh mengamalkan ALFALFA, anda bole mengambil :


Set Eufour Pack yang mengandungi Ostematrix @ kalsium yang juga sangat bagus dalam membekalkan tenaga, juga membantu proses detoksifikasi, dan yang paling utama adalah :

ESP yang hot sales, dan permintaan yang tinggi dikalangan pelanggan Shaklee.

Jadi anda tetep boleh meneruskan pengambilan vitamin untuk menjamin kelangsungan kesihatan dalam beribadah di bulan Ramadhan yang mulia.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak!!!!

Jangan lupa order vitamin - vitamin ini dari saya dengan hubungi saya :

Nurul - 0126764743
emel : ammarhauu@gmail.com
fb pages : beautymoms
twitter : nurul izad