Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts
Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts

Sunday, 24 November 2013

VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK

Teks : Beautymom

Setiap wanita sudah tentu mengimpikan memiliki kulit yang cantik, gebu dan mulus. Namun lambakan produk kecantikan yang dijual kadangkala hanya mendatangkan kesan yanng kurang sihat pada kulit, dan hampir semuanya hanya tertumpu pada kulit wajah sahaja. Kecantikan yang terbaikk adalah yang lahir dari dalam sehingga ianya dapat dilihat sehingga luaran.
Terdapat pelbagai vitamin yang disyorkan untuk membantu kulit menjadi lebih elok tekstur nya dan lebiih sihat dan cantik. Di sini saya kongsikan 3 vitamin yang sangat sesuai untuk memperbaiki kesihatan kulit dan juga kesihatan dalaman, barulah sekali gus kesihatan dalaman akan terpancar di wajah bukan.

3 Jenis Vitamin Untuk Kulit Cantik

VIDEO - Set Kecantikan Kulit Shaklee

* jangan lupa SUBSCRIBE ya
  1. VITAMIN C
Dari sudut kesihatan 

Vitamin C mampu memerangi kanser memandangkan ianya adalah sejenis antioxidant yang kuat dan merangsang pengeluaran Tcell untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh dengan sangat berkesan. Vitamin C juga mampu menghalang radikal bebas dari diserap oleh tubuh.

Ianya dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, menghalang pendarahan dalaman,masalah skurvi dan hidung berdarah. Paling bagus Vitamin C mampu menguatkan imun tubuh seseorang.

Dari sudut kecatikan

Vitamin C merangsang pembentukan kolagen, mengikat rangkaian kolagen dalam tubuh. Kolagen terdapat pada tisu-tisu tubuh, gusi, kulit dan tulang rawan. Oleh sebab itu ia sekaligus dapat melambatkan proses penuaan.

Untuk mendapatkan kulilt yang lebih cerah, tona kulit sekata, kulit lebih gebu, flawless, tiada jeragat, amalkan mengambil sebiji Vitamin C setiap hari.


2. Vitamin E

Dari sudut kesihatan

Vitamin E mampu melindungi jantung, meningkatkan kolesterol sihat HDL,mengurangkan tekanan darah, melindungi sel darah merah,dan menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri.

Sejenis antioxidant yang agak kuat dan berkesan melawan kanser, dapat mengukuhkan sistem imun tubuh, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas, melambatkan pertumbuhan tumor dan banyak lagi.

Dari sudut kecantikan

1 kapsul Vitamin E membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut dan garis halus di wajah,memulihkan tekstur kulit, tona muka, mengurangkan kesan parut.


3. Vitamin B Complex

Dari sudut kesihatan

Menukarkan makanan kepada tenaga, melawan tekanan, mengurangkan keletihan,mencegah anemia dan memastikan perjalanan darah lancar.

Dari sudut kecantikan

B Complex akan berfungsi melancarkan aliran darah, jika aliran darah itu lancar, maka urat- urat yang terdapat di tubuh tidak bermasalah untuk berfungsi dengan baik, dan kesannya akan nampak jelas di wajah di mana wajah akan kelihatan lebih berseri dan segar.

Testimoni Pengguna SetKecantikan  Kulit Shaklee

Beautymom

Jika anda adalah bakal pengantin, setiausaha, ataupun seorang yang inginkan kesihatan dalam selari dengan luaran, Set Kecantikan Kulit Shaklee ini adalah yang sangat sesuai.

Jangan malu , jangan segan hubungi saja saya dan anda akan saya layan sebaik mungkin. PERCUMA konsultasi (after sales service)

Nurul
0126764743
fb pages : beautymoms
emel : ammarhauu@gmail.com





Monday, 18 February 2013

7 PETUA KURANGKAN KEDUTAN KULIT

Bila umur meningkat, kolagen dan elastin di bawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kulit berkedut. Kesannya kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka oleh ekspresi muka akan menjadikan kulit muka menurun dan mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan menjadi lebih kasar.

Sering terdedah kepada matahari yang lama, perokok aktif atau pasif di samping faktor genetik yang akan menambahkan lagi masalah ini.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kedutan kulit?

1. Sering gunakan krim pelindung SPF.
Bila melakukan aktiviti di bawah panas mentari, sinaran UV dari matahari akan menyebabkan kerosakan kulit, masalah jeragat dan kulit kendur.

2. Elakkan keluar pada tahap UV maksimun
Antara jam 10 pagi dan 3 petang

3. Vitamin C hasilkan kolagen
Ambil makanan atau suplemen yang bersumberkan vitmin c untuk membantu menghasilkan kolagen yang cukup untuk kulit.

4. Omega 3
Ambil makanan atau suplemen yang kaya dengan Omega 3. Kerana ia akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh. Lemak yang tak seimbang akan menyebabkan kehilangan lemak dari bawah kulit yang menjagikan masalah kulit berkedut.

5. Minum Air Secukupnya
Kekurangan air akan menyebabkan kehilangan lembapan pada kulit dan masalah dehidrasi.

6. Gunakan Pelembap yang mengandungi kolagen, vita c @ minyak chamomile. Kolagen dalam krim pelembap tidak boleh diserap masuk ke dalam kulit tetapi ia mengekalkan kelembapan luaran.

7. Ambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioxidant kerana ia membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas.

Oleh itu amalkanlah pemakanan yang sihat dan seimbang, minum air secukupnya dan jangan lupa mengambil suplemen yang akan lebih membantu kesihatan luaran dan dalaman anda.

Hubungi saya jika anda ada berminat dengan produk2 Shaklee
pm,sms,whatsapp - Nurul : 0126764743

Tuesday, 11 December 2012

KEBAIKAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE

beautymom

SHAKLEE COLLAGEN POWDER

SUMBER UTAMA SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Sisik Ikan merah (Red Snapper Scales) - boleh menahan tekanan sehingga 20 paun , ia bertelur dan hidup dengan bebas di lautan dalam, menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak 
  • Sangat lasak dan elastik
  • Kepaduan sel yang amat tinggi
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang rendah.

Apa Kehebatan Shaklee Collagen Powder ni?

  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengekalkan keanjalan kulit tegang,dan yang paling best boleh melantun bila dicubit.
  • Mengekalkan elasticity kulit
  • Sebagai pelincir bagi sendi
  • 100% tulen, semulajadi, selamat,tiada perangsang, tiada gula, tiada pengawet dan pewarna
  • Sangat mudah larut dalam air
Berapa lama nak nampak kesan Shaklee Collagen Powder ni?

Penggunaan selama 8 minggu secara direct akan menampakkan kesan yang sangat menyeluruh pada kesihatan dan keanjalan kulit anda.

Namun ianya bergantung kepada cepat atau lambat, ada yang nampak hanya baru seminggu mengamalkannya.

Jika anda sayangkan kesihatan diri sama ada luaran mahupun dalaman, inilah jawapannya.

Anda akan tampil dengan lebih yakin, menawan dan awet muda.

HUbungi saya
0126764743
FB PAGES - Beautymoms


Sunday, 2 December 2012

KESAN DAN FAEDAH COLLAGEN POWDER SHAKLEE PADA KESIHATAN

Ramai orang tanya saya apa yang best sangat pasal Shaklee Collagen Powder ni.

Ok, meh saya terangkan serba sedikit mengenai kolagen terbaik ni.

Shaklee Collagen Powder mengandungi 4000mg RSS (Red Snapper Scale @ sisik ikan merah), dan dicampur 7 bahan utama yang antaranya Vitamin C, Vitamin B, Lactobacillus Acidophilus yang memang terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan berupaya menghilangkan kedutan.

Kesan dan Faedah Mengambil Collagen Powder Shaklee


  • Menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
  • Mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis halus yang kelihatan.
  • Menjadikan kulit lebih putih, gebu dan licin.
  • Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal bersinar
  • Membantu menegang dan menganjalkan payudara.
 Kebaikan Shaklee Collagen Powder terbukti berkesan untuk  :
  1. Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
  2. Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
  3. Meningkat dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
  4. Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
  5. Mengekalkan tempoh pemakaian make up 60%
  6. Meningkatkan keanjalan , ketegangan dan elasticity kulit sehingga 55%
  7. Meningkatkan ketebalan rambut 54%
  8. Meningkatkan keserian,tona dan warna kulit 50%
  9. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan sehingga 18%
Jadi memang sangatlah best Shaklee collagen powder ini, banyak fungsi dan faedahnye. bukan saja untuk kulit malah keseluruhan tubuh.

SEMPENA PROMOSI KOLAGEN BULAN DISEMBER INI, REBUTLAH PELUANG MEMILIKI SHAKLEE COLLAGEN POWDER INI PADA HARGA YANG SANGAT MENARIK!!!!


http://bestbeautymom.blogspot.com

Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai Shaklee Collagen Powder ini
emel : ammarhauu@gmail.com
sms@whatsapp - 0126764743
FB Pages : beautymoms

Monday, 19 November 2012

KULIT LEBIH ANJAL DENGAN COLLAGEN SHAKLEE

Collagen adalah protien yang paling banyak terdapat dalam badan manusia dan ianya menyumbang kira2 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kulit yang sihat akan menyerlahkan rupa yang sihat dan penampilan yang nampak muda.

Kesan Kehilangan Colagen


Bila usia semakin meningkat, kolagen dalam badan semakin berkurangan dan ini akan menyebabkan  kedutan pada kulit terbentuk dan akan muncullah tanda-tanda penuaan seperti  :

  • Kulit berkedut, kering dan melayut
  • Kuku menjadi rapuh 
  • Rambut mudah gugur
Kemerosotan ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan Collagen secara konsisten dapat menggantikan collagen yang hilang dan memelihara kulit.
Faedah mengambil collagen adalah dapat kulit lebih anjal,menyegarkan kulit, menyihatkan kulit,mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

ColLagen membentuk 90% protien matriks tulang-tulang dan 2/3 tulang rawan artikular. Oleh itu kehilangan kolagen boleh menjejaskan kesihatan tulang dan sendi, iaitu tulang akan menjadi lemah dan sendi kaku.

Jadi marilah kita halang tanda awal penuaan dengan memperlahankannya dengan pengambilan kolagen, jika anda nak satu kehidupan yang hebat, rasa muda.

  
beautymom


Dapatkan SHAKLEE COLLAGEN POWDER ini sekarang pada harga yang istimewa.
pm,sms,whatsapp - 0126764743.
atau emel ammarhauu@gmail.com.

Sunday, 11 November 2012

VITAMIN TERBAIK UNTUK KULIT

Setiap orang tak kira wanita, lelaki, remaja mengimpikan mempunyai struktur kulit yang tidak bermasalah.
Bebas dari masalah  pigmentasi, kulit berminyak,muka jerawat dan sebagainya.
Tetapi tidak ramai yang membuka mata mengenai punca sebenar masalah kulit, dan ada yang mengambil jalan singkat dengan membuat rawatan secara suntikan mahupun mengambil produk kecantikan yang kesannya akan nampak dengan begitu cepat sekali. Dimana sebenarnya mereka hanya melaburkan bahan kimia pada kulit mereka, yang akhirnya mendatangkan kesan yang buruk.

Sebenarnya terdapat cara yang selamat untuk mencantikkan kulit, sama ada kulit wajah, mahupun kulit tubuh badan anda.

Tips Untuk Kulit Cantik

Untuk kecantikan luaran yang kekal, sebenarnya perlu dicantikkan bahagian dalaman tubuh badan dahulu.
Percaya atau tidak jika anda mempunyai kulit muka yang berjerawat, tapi anda tidak menjaga pemakanan, sememangnya anda tidak berjaya mengekalkan kecantikan walaupun anda telah mengambil produk kecantikan yang mahal sekalipun.
Kerana apa yang anda makan semuanya akan menjadi darah, dan darah ini akan berjalan keseluruh tubuh , termasuklah wajah anda, maka jika sumber makanan tadi penuh dengan lemak, kolesterol,dan bermacam bahan yang tidak patut ada dalam makanan, maka ianya akan memberi kesan pada kulit anda

Jadi apa yang perlu dilakukan?????

  • Makan dengan seimbang, elakkan banyak mengambil makanan berminyak
  • Minum air masak sekurangnya 2 Liter sehari
  • Banyakkan makan buah-buahan

Perlukah ambil supplemen untuk kulit?

Ya. Jawapannya sangat perlu.
Kerana vitamin berfungsi untuk sebagai antioksidan iaitu untuk melindungi kulit dari pencemaran, dan radikal bebas.

Namun adalah sebaiknya jika kita amalkan pengambilan vitamin gabungan sifat DETOKS DAN ANTIOKSIDAN.
Ini sangat penting kerana jika anda mengambil langkah untuk mendetoks dahulu kekotoran dalam tubuh anda, maka vitamin yang bersifat antioksidan tadi lebih mudah menyerap, maka akan nampak lah hasilnya dengan cepat.

MANA SATU VITAMIN TERBAIK UNTUK KULIT?

Apa yang disyorkan adalah 2 vitamin ini,

DETOKSIFIKASI - ALFALFA

ANTIOKSIDAN - VITAMIN E

Memang satu gabungan yang sangat hebat bukan saja untuk kulit, malah untuk kesihatan salur darah, untuk jantung, juga mengawal paras gula dalam darah. Memecah lelemak yang tersendat di dinding arteri yang boleh menyebabkan saluran arteri sempit.

Banyak lagi fungsi 2 vitamin ini khasnya untuk suami isteri....

ANDA TENTU TAK MAHU ANDA DILIHAT TUA SEBELUM USIA......

DAPATKAN 2 VITAMIN INI PADA HARGA YANG EXTRAVAGANZA FANTASTIC SEPANJANG NOVEMBER INI

Hubungi saya untuk maklumat lanjut
- 0126764743

entry berkaitan  





Wednesday, 3 October 2012

10 MAKANAN UNTUK KULIT AGAR SENTIASA CANTIK

Salam semua pembaca blog saya ini.

Diharapkan anda semua dalam keadaan yang sihat, cantik dan cergas.

Ok, selalunya kalau kita tanya mana2 orang, apa rahsia kulit cantik, mulus, berseri, macam-macam cara yang diberi kan. Itu dari segi tips, petua dan amalan.
Tapi bagaimana pula dengan pemakanan, selain perlu menjaga pola pemakanan yang sihat untuk menghasilkan kulit yang sihat.

Maybe apa yang saya kongsikan ini boleh memberi manfaat kepada anda semua

1. Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus  lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi

Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

6. Telur

Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Mudah bukan?
Yang mana saya hilite kan tu ada benarnya dan ada kaitan dengan SOY PROTIEN ini.
Selamat mencuba




Monday, 1 October 2012

TIPS KULIT CANTIK BERSERI

Semua orang mesti suka jika diberi sedikit tips untuk memelihara kulit agar sentiasa cantik.
Saya juga begitu.
Namun beberapa bulan kebelakangan ini ramai yang bertanya kepada saya bagai mana kulit saya lebih elok berbanding dahulu.

Ok saya kongsikan kepada anda tipsnya.

1. Minum air 3 liter sehari.
Bunyinya macam susah, tapi sebenarnya tidak. Mulakan dengan segelas air sejam, insyaallah lama kelamaan anda akan biasa. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelambapan kulit. Bila kita kurang air, kulit akan jadi kering dan kusam.
Air masak sahaja tauuu. Air manis tak dikira.

2. Makan lebih sayuran dan buah-buahan.
Saya tidak ada masalah dalam memilih sayuran mahupun buah.
Kerana keduanya mempunyai antioksidan dan kaya dengan vitamin yang diperlukan kulit.
Ianya sangat baik untuk memelihara ketegangan kulit.

3. Senaman
Kadangkala amat sukar untuk melakukan senaman.
Nak buat setiap hari memang susah jadi saya kumpulkan sekali buat hanya 20 minit saja.
Namun setiap hari saya akan pastikan saya ada aktiviti berjalan kaki dan menaiki tangga.
Bila badan keluarkan peluh, ia akan membuang toksik dari badan.
Nafas akan jadi teratur sekaligus merehatkan otot dan memberi oksigen yang cukup untuk jantung.

4. Pengambilan supplement.
Saya mengamalkan pengambilan MULTIVITAMIN, B COMPLEX, VITAMIN C, DAN SOY PROTIEN.
Kesemua vitamin ini sangat berkesan pada saya. Saya rasa lebih bertenaga, aktif dan sihat.
Bila tubuh anda cukup vitamin, semua akan jelas terpancar diwajah

Namun jika anda seorang yang susah nak makan sayur mahupun buah, anda boleh mengamalkan SOY PROTIEN sebagai pelengkap kepada amalan kecantikan anda

HARGA RM150.00
PROMOSI SEPANJANG OKTOBER INI, SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT
pm,sms,whatsapp 0126764743

Monday, 6 August 2012

CANTIK DI HARI RAYA

Kulit cantik idaman setiap wanita, khasnya bila tiba satu-satu hari yang istimewa seperti Hari Perkahwinan,Harijadi, tak lupa juga Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

So Apakah vitamin yang sesuai untuk kulit?

Vitamin E dan Vitamin C

Sebagai antioksidan yang amat kuat dan baik
Memperbaiki struktur kulit
Mengikat kolagen
Selain itu untuk kesihatan jantung dan kesihatan lain

Kolagen Powder

Untuk kesihatan kulit,rambut, mata,kuku,sendi dan seluruh badan.

Cepat dapatkannya sekarang

Sunday, 15 July 2012

RAHSIA CANTIK TANPA SUNTIKAN

BAHAYA SUNTIKAN

Ramai orang nak kulit nampak cantik, tak kusam, nampak segar bertenaga.
Tapi apa yang terjadi sekarang ramai orang hanya tertumpu pada luaran sahaja tanpa memikirkan kesan pengambilannya terhadap tubuh.
Antaranya ada yang mengambil jalan pendek dengan mengambil pelbagai suntikan yang kononnya bole menegangkan, menganjalkan, menggebukan kulit.
Tapi lama kelamaan akan muncul kesan terhadap pengambilannya .
Subhanalla. sangatlah menakutkan.
Sampai ada yang mati akibat terlebih bahan kimia dalam tubuh.
Kita tidak tahu sama ada adakah benar pakar itu menyuntik bahan sebenar ataupun hanya kimia berbahaya.
Ketaksuban yang akhirnya membawa kesengsaraan.

Tahukah anda


Tahukah anda jika anda menyuntik vitamin C, side efeknya adalah ia menimbulkan endapan kristal dlm tubuh yg mengakibatkan gangguan fungsi ginjal jika kurang air.
Jadi daripada suntik menyuntik, apa kata mulakan hari anda dgn pengambilan suplemen natural 2bj Vitamin C sehari...

Vitamin C berfungsi dlm pembentukan kolagen yg menghasilkan protein utk proses pembaharuan kulit. Vitamin C dan Vitamin E juga bertindak sebagai bahan antioksida yg melindungi radikal bebas dan melawan oksida yg menyebabkan penuaan.







Memang sejak mengamalkan vitamin c ini kulit saya lebih baik keadannya berbanding dahulu.
Jadi anda semua dh tentu nak kulit cantik bukan.

Jom dapatkannya dari saya sekarang.
Mahal? Oh tidak.
HANYA RM92.50 SAHAJA UNTUK 180 BIJI.
PM,SMS WHATSAPP SAYA 0126764743






Thursday, 12 July 2012

SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Apa dia kolagen


Kolagen ialah protin utama tisu sokongan dalam badan manusia. Ia merangkumi 30% daripada keseluruhan protin dalam badan.
Kolagen terdapat pada kornea mata,kanta mata, salur darah,rambut,kuku,tulang,tendon, rawan,sendi,gigi,hati,tulang sum-sum, tisu organ lain seperti buah pinggang, jantung dan sistem limfatik.

Fungsi kolagen

1. Membina struktur tisu penyokong dan mengawal fungsi sel
2. Melembapkan kulit
3. Memudahkan tidur nyenyak
4. Mengawal metabolisma tubuh dengan mencerna secara enzimatik
5. Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif
6. Menegang,menganjal dan melembapkan kulit
7. Meningkatkan penyerapan kalsium
8. Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah dibawah lapisan kulit
9. Meningkatkan isyarat induksi
10. Menghasilkan kualiti kulit rambut dan kuku yang baik.

Kesan kekurangan kolagen

Kulit akan nampak kusam, tidak bermaya, tidak berseri, berkedut dan mula kendur.
Lalu nampaklah pigmentasi pada kulit
Badan akan cepat letih dan lesu. Sakit badan dan sendi.
Mudah lupa, dan penglihatan agak kurang.


                                                  SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Jom dapatkannya sekarang.
pm, sms atau whatsapp saya di 0126764743.




Thursday, 12 January 2012

RAHSIA KULIT CANTIK BERSERI

Saya amat suka melihat orang - orang yang mempunyai kulit yang cantik mulus tiada jerawat walau seketul pon.

Tapi macam mana ya nak dapat kulit macam tu?

Mungkin ada beberapa faktor yang mungkin boleh digunapakai seperti :

1. Dah memang dia turun temurun dari tok nenek dia berkulit cantik
2. Dia benar - benar menjaga pemakanan dia
3. Dia selalu buat facial
4. Kosmetik dia mahal, imported punya.
5. Dia ada ambil vitamin/suplemen

Setelah diteliti, saya rasa antara faktor utama adalah pemakanan. Memang benar jika kita sering mengambil makanan bergoreng, kulit kita akan naik jerawat atau lebih berminyak.

Faktor yang ke-5 yang saya hilite tu pun antara sebab juga. Kenapa saya kata begitu?
Ini kerana kulit juga memerlukan pemakanannya sendiri.
Oleh itu salah satu jenis vitamin yang membantu untuk mendapatkan kulit yang halus mulus adalah GLA - Gama Linolenik Asid


GLA adalah sejenis bahan binaan prostaglandin iaitu merupakan bahan hormon dalam badan yang membantu menstabilkan hormon badan. Antara fungsi GLA ialah :

- Mengurangkan jeragat
- Membantu mengawal dan mengatur haid
- Membantu menangani menopous
- Menguatkan kuku dan rambut
- Menjadikan kulit berseri
- Membantu menangani ekzema
- Melegakan sindrom athritis
- Memperlahankan proses penuaan

Ia bukan sahaja untuk wanita, malah untuk lelaki juga boleh amalkan pengambilan GLA ini.
Disertai dengan pengambilan air secukupnya. Insyaallah akan dapat hasil yang terbaik.

So jom kita amalkan GLA ini untuk kesihatan dalaman, dan juga kulit yang cantik
sms saya 012-6764743 nurul, untuk dapatkan GLA ini
atau emel ammarhauu@gmail.com

Thursday, 27 October 2011

HAND AND BODY LOTION

SHAKLEE ESSENTIAL HERBAL BLEND Sejenis krim yang membuat kepeningan kepala saya terungkai setelah mencuba pelbagai krim dan losyen untuk mengubati ruam Amsyar.
Akhirnya setelah menggunakan HERBAL BLEND ini, x sampai seminggu semua ruam tu hilang.
Baik di leher, celah2 pelipat dan jugak ruam lampin.
Saya juga telah baik dari gejala kulit kering. 
Pendek kate HERBAL BLEND ini amat sesuai untuk semua.
 Krim yang menenangkan ini dapat melembutkan kulit yang kasar.
 Pecah - pecah pada lutut, siku dan tumit kaki.
 Nyaman, bermenthol dan tidak melekit Diperbuat dari ekstrak semulajadi, sage,horse chesnut, yarrow dan rosemary.
 Kepada remaja yang suke pakai krim tu, bolehla cube krim ni coz ini diperbuat dari bahan semulajadi. Berapa harganya?. Amatlah murah HANYA RM27.50 sahaja. emel saya jika berminat di ammarhauu@gmail.com atau shakleebestvita@gmail.com atau sms saya 0126764743