Sunday 19 February 2012

TIPS : PAYUDARA KEKAL MENAWAN

Ramai wanita sekarang amat mementingkan bentuk badan, tak kiralah sama ada yang belum kahwin, lebih - lebih lagi yang sudah berumahtangga.

Memang tidak dinafikan bukan mudah untuk mengekalkan segalanya, kerana perjalanan usia itu sendiri.

Tetapi tidak salah untuk kite berusaha bukan

Antara tubuh badan yang selalu diambil berat adalah :
1. perut > takut buncit, mengeleber
2. Punggung > takut punggung akan kembang, lebih2 lagi setelah bersalin
3. payudara > takut mengendur

Haa. rasenya perkara yang ketiga tu mungkin kita boleh hi-lite lebih-lebih lagi untuk wanita yang bergelar ibu.

Kerana ada segolongan ibu yang berfikir kalau kite menyusukan anak, payudara akan jadi kendur dan sudah tidak menawan. Maka ini mereka jadikan alasan untuk tidak menyusukan anak mereka.

Saya amat kasihan dan bimbang dengan persepsi yang sebegini, kerana mereka tak sedar apa yang mereka katakan itu sebenarnya mendatangkan kerugian kepada anak2 mereka.

Untuk mengekalkan payudara bukanlah bererti kita tidak perlu menyusukan anak. masih banyak alternatif yang boleh diusahakan untuk mengekalkan kecantikan payudara itu sendiri kerana lebih-lebih lagi bila menyusukan payudara akan jadi lebih besar,penuh dan berat. Lepas tu bile lepas pam atau menyusukan anak, payudara akan kosong.
Maka sudah menjadi tugas ibu itu sendiri untuk berusaha mengekalkan kecantikan payudaranya dan dalam masa yang sama dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada suami, dan ibu yang berkerjaya.

Antara penjagaan yg perlu adalah :

1. Membersihkan payudara.

- Kebanyakan orang suka membersihkan payudara dengan sabun,keraena sabun akan mengganggu kelembapan semulajadi payudara itu sendiri. Sebaiknya bersihkan payudara hanya guna air sahaja.

- Setiap kali nak susukan anak, tak perlulah basuh payudara kerana akan menghilangkan minyak pelindung pada kawasan areola. Juga akan menghilangkan bau payudara ibu kerana anak2 amat suka pada bau payudara ibu.

- Jika anda mengalami puting merekah, atau puting luka, sapukan saja lebihan susu pada puting, biarkan seketika untuk menggalakkan penyembuhan.

2. Pemillihan Bra

- Pemilihan bra yang sesuai juga mempengaruhi payudara itu sendiri. Sebaiknya carilah payudara yang sesuai lebih - lebih lagi untuk ibu yang menyusukan. Bra yang terlalu ketat akan menyekat duktus susu, dan seterusnya akan menyekat aliran susu untuk keluar, maka akan terjadilah bengkak payudara.

- Bra yang sesuai untuk ibu menyusu adalah ia mempunyai bahagian yang boleh dibuka dikawasan puting dan ianya biasa dipanggil nursing bra


ini adalah contoh gambar nursing bra. dimana dia ada bukaan ditengahnya.

- Selain itu material bra itu sendiri perlu diambil kira. Bra yang dibuat dari kain kapas lebih elok digunakan berbanding kain nilon yang akan menghalang aliran udara di payudara.

- Bra yang mempunyai dawai juga bagus untuk mennyokong payudara, tetapi perlu berhati - hati kerana terdapat bra yang mempunyai dawai tetapi tidak sesuai untuk ibu yang menyusui anak. Sebaiknya carilah nursing bra yang berdawai kerana ia direka khas untuk ibu menyusu.

3. Teknik menyusukan bayi semasa memakai bra

- Kebanyakan ibu lebih suka menyusukan bayi tanpa memakai bra, lebih2 lagi bila berada dirumah, mungkin ianya memudahkan dan cepat.

- Tapi sebenarnya amalan inilah antara faktor yang menyumbang kepada kekenduran payudara.

- Bra yang ketat dan tak selesa juga mendorong ibu - ibu lebih memilih untuk tidak memakai bra semasa menyusu.

- Penyusuan yang kerap juga turut menjadi alasan untuk ibu tidak memakai bra.

- Jika ibu2 memakai nursing bra - seperti digambar, akan memudahkan ibu untuk menyusui anak. Jika ibu - ibu guna bra biasa, bukalah dari bahagian atas, kerana jika buka dari bahagian bawah, akan menyekat atau menekan payudara semasa menyusu.

4. Senaman menegangkan payudara.

- senaman yang mudah untuk dilakukan semasa berdiri atau duduk.

caranya :

1. tegakkan badan dan angkat kedua tangan di aras dada
2. rapatkan kedua tapak tangan dan tolak keduanya sekuat hati
3. cuba lakukan sekurang - kurangnya 15 tolakan setiap kali senaman

kebaikan senman ini :

1. melibatkan penggunaan otot dibahagian dada
2. amalkan secara berterusan akan menguatkan otot dan seterusnya dapat mengampu payudara dengan baik.

MENJAGA PENAMPILAN PAYUDARA :

- Ibu menyusu selalunya akan mengalami LET DOWN REFLEX -ataupun reflek pancutan susu. ia terjadi bila ibu teringat anak, mendengar suara anak, dan kadangnya susu akan mengalir banyak dengan tiba2 dan menyebabkan baju ibu menjadi basah.
- Jika perkara ini sering terjadi, ibu perlu memakai pad pada bra untuk elak kebasahan sampai ke baju.

Itulah diantara tips - tips yang boleh saya kongsikan kepada anda semua.

dan jika ingin mencuba produk untuk kesihatan dan kecantikan ibu , bapa atau sekeluarga, boleh hubungi saya

emel : ammarhauu@gmail.com
sms : nurul 0126764743



No comments:

Post a Comment