Tuesday 28 May 2013

TIPS KURANGKAN KOLESTEROL DALAM BADAN

Dengar je Kolesterol. Ohhh... Tidakkk!!!!
Mesti ramai orang yang tak suke dengar.
Tapi tak semua kolesterol tu jahat, ada juga kolesterol yang baik.

Perkataan kolesterol ni memang sangat popolar pada orang yang menjaga kesihatan, dimana jika paras kolesterol tinggi akan memberi impak pada kesihatan khususnya kesihatan kardiovaskular.

Jom kita kenali dulu kolesterol

Kolesterol ialah sejenis lemak yang dihasilkan oleh hati diperolehi dari makanan kita, dimana ia berfungsi dalam metabolisma sel. Setiap sel kita ada kolesterol pada membran luarnya.

Kolesterol yang termendap dalam salur darah akan mengakibatkan stroke. Tetapi ketidakseimbangan antara Kolesterol LDL>HDL akan memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan.


* credit to http://vitaminsemulajadi.com/cara-kurangkan-kolesterol-dalam-badan/

Kolesterol baik(HDL) diperlukan oleh sel yang sihat untuk bernafas, berkumuh, makan dan pelbagai lagi fungsi metabolisme, dan kolesterol tak baik (LDL) pula akan merosakkan fungsi sel tersebut.

Kenali Fungsi Kolesterol:



  • Membina dan memelihara membran sel
  • Penebat jaringan saraf
  • Membantu dalam penghasilan cecair hempedu
  • Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D
  • Penting untuk metabolisme vitamin larut lemak
  • Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal
Jika kolesterol tinggi ia akan memberi kesan kepada kesihatan seperti  :

  • Stroke
  • Serangan jantung
  • Dinding arteri menjadi sempit
  • Perjalanan darah tidak lancar

Tips Kurangkan Kolesterol Dalam Badan:


MENGAWAL PEMAKANAN - Makanan sebenar yang mengandungi kolesterol tidak akan memberi kesan buruk pada tubuh, tetapi jika pengambilan lemak tepu berlebihan seperti yang terkandung dalam makanan segera,ia akan meningkatkan kadar kolesterol dalam badan.
Pilih untuk makan lemak sebenar yang sihat.

AKTIVITI FIZIKAL - Kurang bersenam atau bergerak akan memiliki kadar kolesterol tidak baik (LDL) lebih tinggi  dari kolesterol baik (HDL). Tingkatkan aktiviti fizikal walaupun sekadar menguruskan rumah.

TURUNKAN BERAT BADAN - Berusaha untuk turunkan berat badan dengan menjalankan diet yang seimbang. Orang yang mengalami masalah berat badan atau obes berisiko memiliki kadar LDL yang tinggi.

ELAKKAN ROKOK DAN ALKOHOL - Sangat tidak baik kerana akan menjadi blok blok toksid dalam badan.

Kesihatan perlulah dijaga untuk menjadikan fikiran yang lebih mantap dan tubuh yang bertenaga .

Dapatkan Vita E Complex untuk sumber penurunan kolesterol dalam badan. Insyaallah

Hubungi saya segera

Nurul - 0126764743


No comments:

Post a Comment