Jadi sekarang saya kongsikan satu persatu agar jelas kepentingannya ye.
Meh saya start.
Protien
Selalu kita dengar mengenai protien, sumber protien, protien susu, protien soya, protien telur, dan protien dari sumber daging, ayam dan ikan.
Namun tahukah anda tubuh kita sebenarnya banyak yang terdiri daripada protien seperti :
- rambut, kulit, otot, tendon, urat rawan.
- hormon, enzim
- sistem imun menentang penyakit juga hampir semuanya terdiri daripada protien.
Fungsi Protien Pada Tubuh
Setiap sel dari bertrilion sel kita sentiasa menua, melusuh dan ditukar ganti dengan sel baru.
- Lapisan kulit diganti setiap 28 hari
- lapisan salur penghadaman diganti setiap 6 hari
- tulang temulang diganti setiap 7 tahun.
dan dalam proses ini protin amatlah memainkan peranan penting
Dan alangkah baiknya jika kita dapat menggantikan dengan sumber protin yang terbaik, sudah tentulah kita akan mendapat kulit, tulang dan sistem tubuh yang kuat dan sihat.
Protien berkualiti mengandungi kesemua asid amino perlu dalam amun yang sesuai. Ada juga sesetengah protien tidak mengandungi semua asid amino perlu, dan ini mungkin akan mendatangkan masalah.
Jika kita mengalami rendah protien, tetapi belum sampai ke tahap kekurangan, gejala pertama adalah belaku tekanan ke atas sistem imun. Mungkin kita tidak menyedarinya. Sistem imun yang baik adalah barisan pertahanan utama dalam menentang bakteria, virus, kanser dan oenyakit autoimun yang lain.
Sumber Protien
Apakah sumber protien yang baik untuk diamalkan?
Sumber protien boleh didapati dari telur, daging lembu, dan juga produk tenusu.
Mungkin juga ini menjadi masalah kepada sesetengah orang yang bermasalah dalam pengambilan jumlah kolesterol.
Kita digesa supaya mengurangkan tahap kolesterol, tetapi lemak yang terkandung dalam sumber protien.
Jika kita mengurangkan pengambilan kolesterol, maka secara tidak langsung kita akan mengurangkan kadar protien.
Oleh itu kita disaran untuk mengambil protien dari sumber tumbuhan iaitu protien soya.
Protien berasaskan soya adalah selamat dan semulajadi, namun anda perlu memastikan yang soya itu NON GMO, iaitu soya yang tidak ubah genetiknya.
Soya juga mengandungi ISOFLAVON yang dibuktikan dapat mencapai kebaikan dalam perkara ini :
- membantu mencegah kanser payudara dan kanser prostat
- melegakan gejala manopause
- menyelenggara tulang temulang selepas menopouse
- Membantu mengurangkan simptom PMS
- menurunkan kadar kolesterol
- sebagai antioksidan
- mengandungi protien setinggi telur dan susu.
Anda digalakkan untuk mengambil minuman protien berserbuk sebagai insuran untuk diet harian.Ianya adalah satu cara yang sihat, selesa untuk memastikan pengambilan protien optimum untuk anda sekeluarga.
Oleh itu, dapatlah saya simpulkan bahawa protien adalah nutrien yang sangat penting untu kesihatan menyelurus dan kita tidak harus merisikokan diri kita kepada kekurangan protien walau sedikit pun.
Anda sudah berfikir untuk mengamalkan pengambilan protien yang selamat?
Jom kita amalkan bersama.
No comments:
Post a Comment