Showing posts with label KEHAMILAN. Show all posts
Showing posts with label KEHAMILAN. Show all posts

Sunday, 9 December 2012

HILANGKAN LEMAK SELEPAS BERSALIN

Menjadi seorang ibu adalah satu detik yang menyeronokkan. Secara umumnya bila dah ada anak tu memang terjadi sedikit perubahan dalam hidup.
Begitulah juga melalui tempoh berpantang, ibu sebaiknya memastikan diri tidak berada dalam keadaan stress. Kerana stres hanya akan menjejaskan penghasilan susu.

Namun ada sesetengah ibu sangat risau dengan peningkatan berat badan selapas bersalin.
Tetapi,jangan risau, anda tetap boleh turunkan berat badan dengan berusaha menghilangkan lemak selepas bersalin.

Caranya  :

SENAMAN

Satu elemen paling asas untuk mendapatkan kualiti kesihatan dan kecergasan yang baik khasnya bagi ibu yang baru bersalin.  Selain membakar lemak ia juga meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan risiko kecederaan belakang, kejang kaki, bengkak buku lali,bengkak kaki dan banyak lagi.
Tetapi perlu diingat, jangan terlalu melakukan senaman yang berat, kerana akan dikhuatiri mendatangkan mudarat.

PENYUSUAN SUSU IBU

Penyusuan susu ibu sangat digalakkan secara eksklusif selama 6 bulan. Ini kerana terdapat banyak faedah antaranya ia juga dapat membantu ibu menurunkan berat badan. Satu yang menarik bukan. Setiap sesi penyusuan mampu membakar lemak hampir 300 kcal kalori.
Ramai ibu yang menyusukan anak berjaya menurunkan berat badan dengan drastik sekali.

2 Cara ini sangat berkesan untuk membakar lemak khasnya untuk ibu yang baru bersalin.

Namun pemakanan juga perlu diambil kira. Elakkan makanan bergoreng, banyakkan makan sup sayur, kerapkan minum air masak.

BENGKUNG jangan dilupa!!!!

Adakah produk yang sesuai untuk membantu ibu2 membakar lemak  sekaligus membantu menghilangkan lemak selepas bersalin.

Ada yang sesuai, dan ianya tak menjejaskan penghasilan susu, malah ia membantu masalah bengkak susu

beautymom
Ini dia, lecithin yang sangat membantu membakar lemak dan masalah bengkak susu.
Ianya selamat bagi ibu yang menyusukan, juga sesuai bagi ibu yang sedang berpantang. Ia juga membantu melancarkan pembuangan, maka tiada lagi masalah sembelit.

Jika anda mahu produk ini,
hubungi saya

sms,whatsapp : 0126764743
fb pages : beautymoms
emel  : ammarhauu@gmail.com

Artikel berkaitan  :


  1. http://bestbeautymom.blogspot.com/2012/02/buang-lemak-dengan-lecithin.html
  2. http://bestbeautymom.blogspot.com/search/label/BENGKAK%20SUSU
  3. http://bestbeautymom.blogspot.com/2012/10/menyusukan-bayi-bantu-kuruskan-badan.html




Monday, 6 August 2012

VITAMIN IBU HAMIL

KEPERLUAN VITAMIN UNTUK IBU YANG HAMIL

Ibu yang hamil perlu makan dalam portion yang cukup, tetapi bukan berlebihan.
Pemakanan seimbang sangatlah perlu dijaga kerana pada masa hamil ibu perlu membekalkan darah yang cukup kepada bayi dalam kandungan.
Perlu juga nutrisi yang lebih tinggi daripada orang lain.
Maka untuk mencukupkan nutrisi ini, ibu hamil perlu mengambil suplemen. Bukan sahaja untuk kebaikan bayi, malah ianya juga untuk kesihatan ibu dan membantu mengelakkan risiko semasa kelahiran.

Antara Vitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil 

  1. Vitalea/multivitamin
  2. B Complex - juga mengandungi asid folik
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix/kalsium
  5. Omega 
  6. Soy Protien
Ini adalah antara beberapa vitamin yang saya rasa memang amat bagus untuk diamalkan. Ibu akan merasa kecergasan yang agak panjang, membantu melegakan kekejangan kaki yang biasa berlaku pada ibu yang hamil, mengurangkan sakit belakang.

Untuk ibu-ibu yang hamil, jika anda inginkan pengalaman hamil dengan sihat, bolehlah hubungi saya untuk konsultasi percuma dan maklumat lanjut.
pm,sms,whatsapp 0126764743.


Thursday, 12 July 2012

MASALAH BERAT BADAN DAN KEHAMILAN



Ramai yang bertanya macam mana nak usaha lagi untuk hamil, sedangkan mereka telah berkahwin hampir 5 tahun dan keatas?

Saya tiada jawapan. Jika ada jawapan pun, namun saya tidak sampai hati nak cakap, takut terasa hati.

Oleh itu saya nak kongsikan di blog ini agar mereka-mereka yang pernah bertanya kepada saya lebih faham akan kaitan masalah berat badan dan kehamilan.

Masalah berat badan sebenarnya boleh menjejaskan kesuburan lelaki atau wanita.

Tapi bukan sahaja terlalu gemuk, malahan jika terlalu kurus pun menjadi sebab juga.

Kekurangan dan keterlebihan berat badan akan mengurangkan peratusan kejayaan kehamilan melalui teknik IVF.

Selain itu bacaan BMI yang terlebih dan terkurang dari paras normal akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon untuk menghasilkan telur ataupun sperma.

Ian juga akan menyebabkan kitaran haid seorang wanita menjadi tidak menentu.

JIKA WANITA OBES.....


1- Mengganggu proses ovulasi atau tiada langsung ovulasi. Telur tidak sempurna dan tidak mencapai saiz standard
2- Menggangu kitaran haid
3- Risiko kencing manis dan darah tinggi ketika hamil
4- Kurang respon terhadap suntikan kesuburan
5- Berisiko mendapat bayi besar.

JIKA WANITA TERLALU KURUS....


1- Kurang rembesan hormon
2- Kurang nafsu seksual
3- peratus implementasi embrio dalam rahim rendah


JIKA LELAKI TERLALU OBES ATAU TERLALU KURUS


Jumlah sperma akan berkurangan.


Jadi jika anda sedang berusaha untuk mendapatkan anak, kaji dahulu berat badan anda, adakah terlalu obes atau terlalu kurus.
Jika terlalu obes,anda perlu menurunkan berat badan dengan cara yang selamat, dan jika anda terlalu kurus, anda juga perlu mengamalkan makanan seimbang untuk mendapat berat yang ideal.


Anda nak vitamin yang dapat membantu menurunkan atau menaikkan berat badan?

Hubungi saya 012-6764743 untuk maklumat lanjut.

Thursday, 5 July 2012

VITAMIN MENGANDUNG

Ibu mengandung memerlukan nutrisi yang lengkap, bukan hanya untuk dirinya, malah lebih lagi untuk bayi dalam kandungannya.
Sedari mengandungkan anak pertama amat menitiberatkan  pengambilan vitamin. Cakap cakap orang yang mengatakan bila kita ambil vitamin nanti anak yang akan lahir bersaiz besar sama sekali tidak benar.
Saiz bayi bukan ditentukan oleh vitamin, tapi apa jenis makanan yang ibu itu ambil.
Oleh kerana itu pemakanan ibu semasa mengandung amat perlu dijaga, agar tidak
terlebih, atau tidak terkurang. Jika ibu kurang mengambil nutrisi yang seimbang, kemungkinan anak kurang mendapat nutrisi, dan ia juga memberi kesan pada ibu, dimana ibu akan lemah dan kemungkinan kurang darah, dan berat lahir anak mungkin tidak mencapai berat sepatutnya.
Begitu juga keadaannya jika ibu itu cenderung untuk makan lebih makanan manis, lebih karbohidrat, kemungkinan anak iatu akan bersaiz lebih besar ketika lahir nanti.

Pemakanan yang sesuai untuk ibu mengandung

Bagaimanakah pemakanan yang sesuai untuk ibu mengandung.
Jawapannya semua sesuai asalkan jangan amalkan makan sekali untuk berdua.
Makanlah berdikit dikit tapi kerap. Kurangkan pengambilan kafien kerana ia akan menjejaskan berat janin.
Paling penting jangan biarkan perut berlapar.

Vitamin Ibu Mengandung

Ibu hamil sudah tentu perlu mengambil vitamin.
Ini kerana untuk memastikan supaya perkembangan janin selari dengan usia.
Selain itu ia juga mengelakkan terjadinya masalah ketidaksempurnaan pertumbuhan perkembangan janin.
Ini benar terjadi.
Kawan saya hamil sama dengan saya , tetapi dia hamil anak kedua.
Usia kandungan kami sama. Tetapi dia tak mahu langsung ambil sebarang vitamin/supplemen.
Alasannya tak mahu baby besar.
Akhirnya sewaktu scan umur baby enam bulan doktor mengesahkan  pertumbuhan spina tidak lengkap.
Amatlah kecewa si ibu diwaktu itu, tetapi apakan daya . Ya mungkin dah kuasa Tuhan.
Namun sedari janin lagi kita telah diamanahkan untuk menjaga dengan sebaik mungkin.
Sewaktu kandungan 7 bulan doktor telah memutuskan agar bayi itu dilahirkan sahaja secara pembedahan kerana walaupun dia lahir cukup bulan namun hayatnya hanya beberapa jam sahaja.
Memang benar, bayi itu hidup hanya 2 jam sahaja.

Apa yang saya kongsikan ini bukan untuk menakutkan, tetapi lebih kepada untuk dijadikan pengajaran kepada semua ibu hamil. Lain orang, lain pengalaman hamilnya. Jangan la mudah bersetuju bulat-bulat dengan kata orang. .
Oh ya, berbalik kepada vitamin ibu mengandung apa yang perlu diambil ya?

MULTIVITAMIN

Melengkapkan kesemua keperluan tubuh ibu, memandangkan sewaktu mengandung mungkin kita tak lalu nak makan semua makanan.

B COMPLEX

Juga sebagai sumber folat terbaik untuk ibu. Ini memang berkait rapat dengan darah.
Mengawal kadar darah dalam badan juga membekalkan darah yang cukup untuk ibu dan janin.

VITAMIN C

Vitamin pelindung. Ia juga amat bagus sebagai sumber perkembangan kulit janin.
Juga membantu ibu menguatkan sistem imun badan daripada terjangkit selsema atau demam

KALSIUM

Ini amat penting kerana ibu akan kehilangan banyak kalsium dimana bayi anda akan menarik sumber kalsium yang ada didalam tubuh ibu. Jika ibu tidak mengambil kalsium yang cukup, kemungkinan ibu akan menghadapi kesan seperti kekejangan kaki di malam hari, sakkit belakang,tumit bisa.
Untuk jangkamasa panjang pula ibu mungkin akan mengalami gigi reput, atau osteoporosis.

OMEGA

Asid lemak yang baik untuk perkembangan otak bayi.
Ada kajian yang menunjukkan jika ibu mengamalkan omega sewaktu hamil, anak mereka akan cergas dan tinggi ketahanan badan.

Walaubagaimana pun pemakanan yang seimbang amatlah penting.


Jika anda ibu hamil yang mencari vitamin yang selamat, hubungilah saya.
sms @ whatsapp 0126764743




Thursday, 21 June 2012

BERPANTANG DENGAN VITAMIN

Semenjak dahulu kala, masyarakat kita apabila berpantang sudah tentu menggunakan akar kayu, herba dan jamu.
Kebanyakannya memberi kesan yang positif terhadap kesihatan ibu.
Namun zaman sekarang sudah terlalu berlambak set besalin di pasaran hinggakan ibu sendiri tak tahu mana nak pilih.

Dalam rambang mata memilih mana satukah set bersalin yang sesuai, perlulah dititikberatkan beberapa perkara yang perlu diantaranya:
1. ADAKAH ANDA TAHU KANDUNGAN SEBENAR HERBA/JAMU TERSEBUT?
bukan saya hendak menidakkan keberkesanannya, namun tumbuhan di zaman dahulu tidak sama seperti sekarang.
Sekarang ni tumbuhan kebanyakannya diberi petisid, dan lain2 yang katanya untuk tumbesaran tumbuhan itu sendiri. Memang ia akan membesar, sihat, tapi membesar dek kerana bahan kimia tambahan.

2. ADAKAH ANDA TAHU BAGAIMANA IA DIPROSES?

Apabila ia tiba ditangan anda, ia sudah siap sebutir, mahupun berserbuk. Namun bagaimanakah dengan cara pemprosesannya, adakah ia mengikut standard, kebersihannya, dan lain-lain.

3. ADAKAH IA BENAR-BENAR SELAMAT UNTUK PENYUSUAN?
Ini yang paling penting. Kerana jikalau hanya badan ibu sahaja yang cergas sihat, namun produksi susu menjadi semakin sedikit, tiada gunanya juga. Kasihan pada si kecil anda, tidak dapat menikmati keenakan lautan kasih sayang dari ibu untuk tempoh masa yang lama.
Ada sesetengah herba/jamu akan membangkitkan rasa panas pada ibu, dan juga memberi kesan kepada produksi susu.

4.ADAKAH IA SELAMAT KEPADA BAYI
Bukan semua bayi boleh menerima apa yang ibunya salurkan melalui susu. Mungkin tidak sesuai, akan membuatkan bayi cirit birit, naik ruam, dan sebagainya. Lebih lagi bila bayi sedang jaundis, ibu perlu menghentikan pengambilan jamu mahupun herba.

KENAPA PERLU MENGAMBIL VITAMIN SEMASA BERPANTANG?

Ia memang perlu kerana sifat semulajadi tubuh hanya mengenal vitamin sahaja. Tubuh kita tidak kenal akan sebijik sebijik jenis makanan seperti ikan goreng, tempe goreng dan lain2. Hasil usaha kuat buah pinggang lah yang mengenalkan tubuh kita terhadap makanan tadi.
Vitamin diperlukan sewaktu berpantang kerana ia membantu mempercepat proses pemulihan khasnya memulih jahitan bersalin.Lebih lagi jika anda bersalin secara c sect.
Selain itu ia juga membantu menstabilkan kandungan darah dalam badan kerana ibu yang baru bersalin telah kehilangan banyak darah.
Paling bagus, ia membantu ibu agar kekal bertenaga, maklumlah kadangkala ibu terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah bayi, dan ini membuatkan ibu letih. Jadi ia membantu ibu untuk cergas dan tidak stress.
Ianya selamat diamalkan walaupun bayi anda sedang jaundis.
Yang seronoknya, bila ibu cergas, tidak stress, darah ibu berjalan lancar, maka susu ibu pun akan mengalir lancar untuk simanja.
Anda tentu seronok bukan jika tempoh berpantang itu menjadi satu tempoh yang menyeronokkan, dan kegembiraan ini anda kongsikan bersama suami dan keluarga yang lain.

Oleh itu, jom kita berpantang secara selamat dengan mengamalkan vitamin semulajadi.
Hubungi saya NURUL di 0126764743
untuk keterangan lanjut dan konsultasi penyusuan susu ibu secara percuma.

Wednesday, 20 June 2012

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENGANDUNG

Mengandung kedua dua putera memang terkena waktu bulan puasa. Memang cabaran betul. Masa itulah datangnya morning sickness, mabuk bagai. Huh!

Masih tak lupa kenangan tapau MCD masuk dlm beg bwk naik opis untuk dijadikan sarapan.
Kantoi dengan bos dek kerana bau burger tu.

Masa anak kedua, ada sedikit morning sickness, tapi tak teruk. Masih selera untuk besahur walaupun bersahur dengan laksa semangkuk. Orang makan nasi, awak makan laksa.
Tapi apa yang penting pada saya dibulan puasa WAJIB ada air buah, kurma dan popia basah untuk juadah berbuka. Direct makan sepanjang puasa pun tak apa.

Namun apa yang saya nak kongsikan disini adalah bagaimana membantu ibu hamil agar dapat berpuasa sepenuhnya.
Mungkin ibu mengandung diberi kelonggaran untuk membuka puasa mereka disebabkan kemungkinan akan memberi kemudaratan kepada ibu dan anak.
Tetapi selagi upaya, teruskan saja.

Bulan ramadhan badan kita diberi rehat dari aktiviti memproses makanan yang berat. Ia juga merehatkan sebentar perut dari dipenuhi oleh makanan. Begitu juga bagi ibu yang hamil dan juga ibu yang menyusukan. Sebenarnya cara mereka berpuasa adalah sama, tetapi mungkin sestengah kondisi, mungkin ibu hamil memerlukan nutrien yang lebih untuk ibu dan anak, seperti pengambilan suplemen. tertentu, mungkin agak berbeza.

Apa yang penting adalah amalan dan aturan makanan yang membawa kebaikan untuk ibu dan bayi.

WAKTU SAHUR
Pilih makanan dari sumber protin seperti ayam, telur, ikan.
Juga kandungan lemak yang cukup, JANGAN berlebihan.
Kombinasi PROTIEN DAN LEMAK boleh melambatkan rasa lapar disiang hari.

Elakkan ambil makanan manis agar tubuh tidak cepat merasa lapar akibat dari kejutan insulin.
Usahakan minum segelas susu untuk mengurangkan risiko anemia
Juga perlu untuk minum air masak
Selain itu pengambilan kalsium juga perlu, untuk mengekalkan kecergasan disiang hari.
Pilihlah sumber kalsium semulajadi iaitu kombinasi kalsium+magnsium+vitamin d, untuk mendapat kadar serapan yang lebih baik.

KETIKA BERPUASA
Lakukanlah ibadah puasa dengan niat yang ikhlas dan tekad untuk beribadah, agar segalanya berjalan lancar dan mudah.
Berikan badan anda rehat yang cukup
Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga seperti kerja dilapangan atau memikirkan hal yang berat sehingga boleh mendatangkan stress.
Banyakkan amalan rohani seperti bertadarus, berzikir dan sebagainya untuk mendapat fadhilat ramadhan.

Segera Batalkan Puasa Jika:
Muntah muntah lebih 3 kali kerana dikhuatiri akan mengalami dehidrasi.
Perut memulas dengan kerap.
Hidung berdarah disebabkan pembuluh darah, ia menandakan kondisi tubuh tidak stabil.
Lemas, pening kepala,mata berpinar, mungkin tanda hypoglisemia iaitu janin kekurangan gizi.
Berpeluh sejuk dengan kerap, mensndakan tubuh tidak mampu lagi untuk berpuasa.

WAKTU BERBUKA
Mulakan dengan minum air hangat dan sesuatu yang manis seperti kurma untuk meningkatkan kadar gula dalam darah.
Cuba elak minuman sejuk kerana ia akan mengerah buah pinggang untuk bekerja lebih.
Ambil kalsium sebagai suplemen tambahan.
Makanlah berdikit dikit dengan makan makanan sumber karbohidrst yang mudah diserap oleh tubuh seperti pengat.

Selepas solat maghrib,
ambillah makanan yang agak berat tapi bukan dalam jumlah yang besar, cukup sekadar saja.
Juga jangan dilupa untuk minum air masak sebagai membantu diri untuk elak dehidrasi disiang hari.
Paling penting sudah tentulah vitamin/suplemen untuk ibu dan anak seperti multivitamin, b complex, juga vitamin c.

Itulah serba sedikit yang saya dapat kongsikan. Semoga ianya dapat membantu anda ibu yang hamil untuk meneruskan ibadah puasa dengan tubuh yang sihat, juga beramal dengan hati yang riang.

Jika anda mempunyai sebarang masalah dalam menjayakan penyusuan susu ibu, hubungilah saya di talian 0126764743. juga untuk anda mendapatkan vitamin untuk ibu hamil.
Jangan lupa hubungi saya.
Konsultasi akan saya berikan secara percuma

Sunday, 27 May 2012

GLA BANTU CEPAT HAMIL

Mungkin ramai pasangan diluar sana yang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Tetapi masih gagal.

Kehamilan ini amat berkait rapat dengan kitaran haid. Mungkin ada yang tidak teratur, mungkin terganggu dek hormon, stress dengan kerja dan sebagainya.

Namun, walaupun itu semua kuasa dan rezeki dari tuhan, namun amatlah tidak salah untu kita berusaha sebagai ikhtiar untuk mendapatkan anak.
Allah pun suka orang yang berusaha dan berdoa kerana itu menandakan betapa kita ingt kepadaNya.

Seperti saya yang tidak ada apa masalah dalam aturan haid, dan alhamdulillah mudah untuk mengandung, saya ingin berkongsi dengan semua tentang kebaikan mengamalkan GLA dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

Kita sebenarnya jarang tahu yang badan kita kekurangan apa bukan?
Saya sendiri mengakui, tetapi setelah mengamalkan pelbagai vitamin, maka saya tahu keperluan tubuh badan saya.

GLA singkatan dari Gama Linolenik Acid

Fungsinya mampu menurunkan kadar kolesterol dan membantu melegakan PMS juga membantu meningkatkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan.

Ia juga membantu melegakan kesakitan dan kekejangan ketika sedang PMS

Jadi bagaimanakah GLA membantu mengurangkan PMS?
Bila senggugut, otot rahim dan sekitarnya akan menjadi kejang. Ini berlaku akibat kekurangan GLA. Jadi dengan pengambilan GLA akan mengurangkan kesakitan itu.

Dan bagaimana pula ia membantu untuk cepat hamil?

seperti yang saya katakan tadi, GLA membantu menghasilkan lendir yang berkualiti, dan ia berlaku sebulan sekali, menandakan seorang wanita itu sedang subur.
Disinilah fungsi GLA dalam menghasilkan cecair yang berwarna putih telur, kerana cecair ini membantu sperma untk berenang terus ke uterus dan teus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan ovum.
Cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup selama 5hari.

Jadi amat penting untuk wanita yang masih berusaha untuk mendapatkan anak, memeriksa cecair serviks anda.
Jika ianya berwarna kecoklatan, tebal dan kering, itu petanda kurang baik dan boleh menghalang persenyawaan.

Kepada anda yang nak usaha mendapatkan anak dengan mengamalkan GLA ini,
bolehlah sms saya 0126764743
KERANA SEKARANG SEDANG PROMOSI GLA TAU?
LAGI TIGA HARI SAJA LAGI!
CEPAT! RUGI KLU KETINGGALAN

Sunday, 18 March 2012

PERSEDIAAN SEMASA HAMIL

Ramai ibu yang bila disahkan mereka positif hamil pastinya melonjak kegembiraan bukan.

Mesti semuanya nak memberikan yang terbaik untuk bayi yang dikandungnya.

Tetapi bagaimanakah caranya kita nak mencari sumber, ilmu untuk kita berikan yang terbaik kepada si kecil di dalam itu?

Ini antara yang akan saya kongsikan kepada semua.

Semasa kehamilan anak pertama dahulu saya akui memang saya zero semuanya.

Yang paling rajin pun saya baca majalah PA & MA. Itu sahaja. Selebihnya saya hanya anggap ia akan berjalan secara semulajadi sahaja.

Dari awal hamil memang saya tidak ambil kisah khasnya tentang penyusuan susu ibu. Siap pergi ke pasaraya untuk survey susu untuk diberikan kepada anak saya.

Yang saya fikir adalah bila bekerja kelak, saya akan mix feeding iaitu siang anak minum susu formula tapi malam direct feeding dengan saya.

Tapi sangkaan saya meleset sebenarnya. Penyusuan susu ibu itu sangatlah penting sekurang kurang nya 6 bulan pertama dan meneruskan sehinga umur 2 tahun.

Namun saya bukanlah terlambat, Alhamdulillah dengan bantuan dari pembacaan dan rujukan dari Dr. Gouri dari KK AU2, akhirnya saya berjaya menyusukan anak pertama.

Saya fikir antara yang perlu dititik beratkan oleh ibu yang sedang hamil sebenarnya bukanlah bilik yang cantik, katil, baju mahupun botol susu yang mahal.

1. Persiapan yang perlu sahaja tidak sampai membazir
2. Beli pakaian bayi jangan ter over, beli berdikit dikit kerana bayi cepat membesar
3. Jangan sekali kali lalu survey ke tempat susu formula, kerana once dah buat macam tu kita akan set ada option jika susu keluar sikit
4. Banyakkan membaca tentang perkembangan bayi. bahasa bayi.
5. Cari info sebanyak mungkin tentang penyusuan susu ibu.
6. Pastikan hospital yang anda nak bersalin nanti adalah hospital rakan bayi. Kalau tak rakan bayi pon, request perkara - perkara untuk menjayakan penyusuan.

Saya rasa itu sahaja, jika anda ada lebih lagi,boleh kita sharingkan di fanpages saya
http://www.facebook.com/beautymoms
atau sms saya di 012-6764743 - nurul

Friday, 13 January 2012

AMALAN PEMAKANAN IBU HAMIL


Sepanjang waktu kehamilan adalakanya amatlah mencabar. Namun adakalanya ianya menyeronokkan, anda tidak mengalami apa-apa simtom atau alahan yang teruk.Walaubagaimanapun ibu yang hamil perlu menjaga pemakanan agar ianya seimbang untuk anda dan bayi dalam kandungan, dan mendapat kesemua yang diperlukan oleh keduanya.

Pola pemakanan diatas adalah sebagai panduan untuk kita merujuk apa yang kite perlu lebihkan dan apa yang kita perlu kurangkan, begitu juga yang kita perlu maintain.

Kebiasannya ibu hamil akan merasa lemah, tetapi apa yang saya amati pada kedua dua kehamilan saya, jika kita rasa lemah, kita akan jadi lemah. Oleh itu kita perlu melawan. Sebenarnya badan kita kekurangan dari salah satu sumber nutrien.

Oleh itu untuk meningkatkan tenaga dan keyakinan ibu yang hamil perlu mengamalkan makan dengan betul sepanjang tempoh kehamilan antaranya :

1. Makan secukupnya untuk anda dan bayi
2. Ambil diet yang seimbang
3. Pelbagaikan makanan yang berkhasian

Contoh :

- Vitamin A - Untuk membantu pertumbuhan sel baru dan mengekalkan kesihatan bayi
- Vitamin B1,B2,B3 - Meningkatkan tenaga dan membantu anda dan bayi mempunyai kulit yang sihat
- Kalsium - Membina tulang yang kuat
- Folat - Penting untuk perkembangan sistem urat saraf bayi
- Zat besi - Membantu penghasilan hemoglobin bayi

Bagaimana pula dengan makanan tambahan?

Tidak salah dan ia adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang bermanfaat terutamanya jika anda tidak dapat memenuhi keperluan untuk sesetengah nutrien seperti zat besi, folat.

Malah makanan tambahan ini bertindak paling baik apabila anda mengambilnya sebagai sebahagian dari diet anda.

Oleh yang demikian mari kita lihat makanan tambahan yang saya syorkan untuk kehamilan anda.

Set EU4PACK
Mengandungi :

- VITALEA/MULTIVITAMIN
- B COMPLEX
- VITAMIN C
- OSTEOMATRIX/KALSIUM



Dapatkannya sekarang Fullpack dengan harga RM247
juga terdapat dalam Trialpack- hubungi saya untuk trialpack ini

Set J2 (TRIMESTER 2 DAN 3)
Mengandungi :

- VITALEA/MULTIVITAMIN
- B COMPLEX
- VITAMIN C
- OSTEOMATRIX/KALSIUM
- OMEGA GUARD




Dapatkannya dengan harga yang berbaloi Fullpack RM292
juga terdapat dalam trialpack - hubungi saya untuk trialpack ini

Jom kita berikan si manja kita yang terbaik

sms saya 0126764743 atau emel ammarhauu@gmail.com konsultasi juga akan saya berikan secara PERCUMA

Tuesday, 10 January 2012

HB RENDAH KETIKA HAMIL

Kerap kita dengar mengenai ibu yang hamil mengalami Hemoglobin rendah yang mungkin boleh menyebabkan anemia .Bagaimana ia boleh terjadi?

Antara faktor penyebab adalah kerana :
- Penurunan kadar hemoglobin normal
- Penurunan kepekatan sel darah merah
- Peningkatan isipadu darah

selain itu :

- kurang pengambilan zat besi dalam diet seharian
- kekurangan asid folat

Mungkin juga anda telah ambil asid folic cukup, tetapi masih anemic, ini adalah kerana perubahan pada proses pencernaan semasa hamil.

Tanda - tanda anemia :

- Keletihan yang berlebihan
- pening
- kulit pucat
- degupan jantung lebih cepat dari biasa
- sesak nafas
- mungkin boleh pengsan

Anemia ini tidak boleh dipandang remeh kerana akan memberi kesan kepada ibu dan bayi.

Kesan kepada ibu :

- Keguguran
- Kegagalan jantung
- Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
- Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan pada bayi :

- Pertumbuhan janin terbantut
- Lahir tidak cukup bulan
- Berat bayi kurang 2.5kg
- Mati ketika lahir

Namun ibu- ibu usah khuatir, pelbagai usaha boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah ini, antaranya dengan pengambilan makanan yang seimbang. Selain itu suplemen/vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh juga perlu dititikberatkan.

Jika anda ingin mencuba vitamin yang dikompilasi khas untuk ibu mengandung ini dia :


SET EU4PACK
Mengandungi :
- Vitalea/multivitamin
- B complex
- Vitamin C
- Osteomatrix/kalsium

Amat sesuai untuk ibu hamil kerana mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan tubuh

Jika berminat boleh sms saya 0126764743 - nurul