Thursday 22 March 2012

KEPENTINGAN SUPLEMEN DALAM PENYUSUAN

Ramai ibu-ibu yang menyusukan anak sekarang adalah ibu yang berkerjaya. Dan kebanyakan mereka mempunyai kerjaya yang mencabar seperti doktor, jurutera, juruterbang, arkitek, pegawai - pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya.

Namun semua itu tidak membataskan mereka untuk menyusui anak mereka dengan susu ibu sepenuhnya.
Ini kerana pada zaman sekarang terdapat banyak kemudahan untuk menjayakan penyusuan tersebut.
Seperti pam berganda ( double pump), bekas simpanan susu, cooler bag, pek ais yang tahan lama dan sebagainya.

Itu dari segi peralatan dan kemudahan mengepam.

Tapi dari sudut kesihatan pula bagaimana?

Semua orang tahu penyusuan itu amat baik untuk ibu dan anak. Khasnya untuk prevent anak dari berisiko mendapat penyakit seperti diabetes, asma, dan sebagainya.
Manakala untuk ibu pula amatlah banyak kesannya khasnya mengurangkan risiko untuk mendapat kanser payudara, kanser pangkal rahim, diabetes, dan juga yang paling digemari oleh kebanyakan ibu adalah dapat menurunkan berat badan dengan drastik.

Pernah menjadi isu mengenai pengambilan suplemen untuk ibu menyusu satu ketika dulu. Namun sesetengah orang lain pendapat dan pandangannya.

Saya mengakui pengambilan vitamin sebenarnya bukanlah untuk menambahkan hasil susu.
Ianya lebih kepada kesihatan ibu sebenarnya.

Kenapa saya kata begitu. Sebenarnya saya sendiri telah meneliti dan membuat perbezaan sewaktu mengepam susu untuk anak pertama pada tahun 2009 hingga 2011. Saya langsung tidak mengambil sebarang suplemen, hanya konsisten waktu mengepam, tidak selang makan, makan tepat pada masanya, yang penting minum cukup air. Alhamdulillah production saya meriah .Sekali pam kedua belah dapat hampir 16oz.

Apabila bersalin anak kedua saya berniat untuk mengamalkan pengambilan suplemen. Tapi bukan bertujuan untuk tambah susu. Ianya untuk saya sendiri memandangkan saya akan tandem nursing kedua anak saya ( menyusukan kedua - dua anak). Tentunya kepenatan akan lebih terasa berbanding semasa menyusukan anak pertama.

Memang benar setelah mengamaklan suplemen saya dapati susu tidaklah mencurah - curah bagaikan air, namun produksi saya sama sahaja seperti anak pertama dahulu.

Namun pengambilan suplemen lebih membantu diri saya sendiri sebenarnya untuk merasa lebih segar, cergas kurang penat, tiada lagi pening kepala.

Jadi saya akui pengambilannya amatlah penting, lebih - lebih lagi ianya berfungsi sebagai antioksidan untuk menyingkirkan toksin - toksin dalam badan yang hanya akan menyebabkan penyakit .

Selepas beberapa bulan mengamalkannya, alhamdulillah saya lihat kulit saya lebih elok teksturnya, tiada lagi tompok tidak sekata.
Dan satu lagi kesan pada susu, susu saya lebih pekat kerana saya mencukupkan protin dalam badan saya.

Jadi ibu-ibu diluar sana janganlah anda semua jika bermasalah susu kurang, terus mencari suplemen untuk boost semula susu dengan kadar segera.

Tidak ada satu makanan khas pun yang mempercepat penghasilan susu kalau ibu itu tidak usaha sendiri dengan tekunnya.

Jadi ibu- ibu jika ingin merasa cergas, segar, kurang penat seperti saya bolehlah
SMS saya di 012-6764743 - nurul
emel saya ammarhauu@gmail.com
pm saya di http://www.facebook.com/beautymoms

akan saya dedahkan rahsia saya khas untuk anda.
juga jika anda mempunyai kemusykilan mengenai perihal penyusuan akan saya berikan konsultasi secara percuma.

salam sayang
BEAUTYMOM

Sunday 18 March 2012

PERSEDIAAN SEMASA HAMIL

Ramai ibu yang bila disahkan mereka positif hamil pastinya melonjak kegembiraan bukan.

Mesti semuanya nak memberikan yang terbaik untuk bayi yang dikandungnya.

Tetapi bagaimanakah caranya kita nak mencari sumber, ilmu untuk kita berikan yang terbaik kepada si kecil di dalam itu?

Ini antara yang akan saya kongsikan kepada semua.

Semasa kehamilan anak pertama dahulu saya akui memang saya zero semuanya.

Yang paling rajin pun saya baca majalah PA & MA. Itu sahaja. Selebihnya saya hanya anggap ia akan berjalan secara semulajadi sahaja.

Dari awal hamil memang saya tidak ambil kisah khasnya tentang penyusuan susu ibu. Siap pergi ke pasaraya untuk survey susu untuk diberikan kepada anak saya.

Yang saya fikir adalah bila bekerja kelak, saya akan mix feeding iaitu siang anak minum susu formula tapi malam direct feeding dengan saya.

Tapi sangkaan saya meleset sebenarnya. Penyusuan susu ibu itu sangatlah penting sekurang kurang nya 6 bulan pertama dan meneruskan sehinga umur 2 tahun.

Namun saya bukanlah terlambat, Alhamdulillah dengan bantuan dari pembacaan dan rujukan dari Dr. Gouri dari KK AU2, akhirnya saya berjaya menyusukan anak pertama.

Saya fikir antara yang perlu dititik beratkan oleh ibu yang sedang hamil sebenarnya bukanlah bilik yang cantik, katil, baju mahupun botol susu yang mahal.

1. Persiapan yang perlu sahaja tidak sampai membazir
2. Beli pakaian bayi jangan ter over, beli berdikit dikit kerana bayi cepat membesar
3. Jangan sekali kali lalu survey ke tempat susu formula, kerana once dah buat macam tu kita akan set ada option jika susu keluar sikit
4. Banyakkan membaca tentang perkembangan bayi. bahasa bayi.
5. Cari info sebanyak mungkin tentang penyusuan susu ibu.
6. Pastikan hospital yang anda nak bersalin nanti adalah hospital rakan bayi. Kalau tak rakan bayi pon, request perkara - perkara untuk menjayakan penyusuan.

Saya rasa itu sahaja, jika anda ada lebih lagi,boleh kita sharingkan di fanpages saya
http://www.facebook.com/beautymoms
atau sms saya di 012-6764743 - nurul

ECZEMA


Apa itu eczema

Atopic Eczema ialah satu keadaan kulit yang kering dan gatal.Ia disebabkan oleh alergi terhadap sesuatu yang dimakan atau dihidu. Biasanya kelihatan seperti kulit yang kering dan berwarna kemerahan yang kemudiannya berubah menjadi merah, gatal dan keradangan.

Kadang-kala eczema hanya pada beberapa bahagian badan (seperti leher, siku, buku lali, pinggang dan lain-lain) tetapi di dalam kes yang lebih teruk ia mungkin meliputi seluruh badan.

Penyebab

Ahli keluarga - biasanya ia diwarisi oleh ahli keluarga yang pernah ada namun ia boleh dikawal secara mudah.
Kita perlu memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini contohnya jangkitan, tekanan hidup kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan samada tanda-tanda penyakit tersebut akan menjadi lebih buruk.

Usia berapakah atopic eczema biasanya berlaku?
Biasanya pada bayi atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 2 bulan -2 tahun. 75% akan mengalami tanda-tanda pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda-tanda pertama apabila umur 1 tahun. Atopic eczema kini semakin menjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.


Faktor-faktor yang boleh memburukkan keadaan


Jangkitan - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk. Mujurlah bakteria ini boleh dihapuskan menggunakan antibiotik dengan mudah sekali.

Tekanan - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan kanak-kanak secara tiba-tiba dalam keadaan tertekan seperti memasuki sekolah, memasuki taska, risau tentang peperiksaan atau apabila ibubapa menghidapi penyakit serius. Kadang-kala tekanan disebabkan kurang nyata, misalnya kanak-kanak mungkin risau tentang ketidakupayaan mengikuti pelajaran disekolah atau dibuli.

Suhu - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

Allergen-allergen lain - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.


Bagaimana risiko masalah eczema atopic boleh dikurangkan ?


1. Sentiasa pastikan kulit lembap dengan menggunakan emolliet untuk kurangkan rasa kekeringan dan rasa gatal. Basuh tangan anda selalu untukmengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit
2. Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia
3. Jangan menggaru kulit badan atau sekurang-kurangnya pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah. Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru
4. Elakkan diri daripada memendam perasaan. Luahkan masalah anda
5. Galakkan anak anda untuk suarakan perasaan negatifnya atau berbincang
6. Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat
7. Jangan dedahkan bayi atau anak-anak anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat penyekat matahari
8. Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama
9. Sentiasa bersihkan cadar, karpet dan kain langsir

* dipetik dari mamayangcekal.com

Adakah produk yang benar - benar membantu untuk memulihkan eczema ini?
Jawapan saya perlu rujuk Doktor dahulu.
Namun tidak ada masalah jika ibu itu sendiri hendak berusaha untuk memberikan anak mereka suplemen yang membantu mengurangkan risiko eczema ini jika anak mereka berumur 1 tahun keatas dengan memberi minum MEAL SHAKES dan OMEGA kerana 2 vitamin ini membantu untuk memperbaikil sel kulit yang rosak akibat eczema.



Namun jika anak anda berumur kurang setahun, dan masih menyusu badan, adalah lebih elok ibu yang mengambil 2 suplemen ini.

Kerana apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak sebagai susu.

Jika anda ingin berusaha untuk membantu mengurangkan eczema pada anak anda,atau anda sendiri, jangan segan untuk hubungi saya
sms : 012-6764743 - nurul
emel: ammarhauu@gmail.com
pm: http://www.facebook.com/beautymoms

Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Wednesday 14 March 2012

SUSU SEDIKIT DI AWAL KELAHIRAN

Kegembiraan jelas terpancar diwajah ibubapa yang baru dikurniakan anak khasnya anak pertama. Namun sejauhmanakah anda menyelami perasaan intu. Dan juga bagaimanakah anda menyalurkan kegembiraan itu kepada bayi yang baru dilahirkan itu tadi.

Kebanyakan orang ibu -ibu selalu mengeluh dan mengatakan mereka tidak ada susu langsung sejurus selepas kelahiran.

Ye Betul saya akui memang betul tak keluar susu. TAPI yang akan keluar pada jam pertama selepas kelahiran hanyalah cecair jernih yang amat bermakna yang memberikan anak anda antibodi yang tinggi dipanggil kolostrum.

Kenapa ianya hanya sedikit?

Ya. Memang ianya tidak keluar secawan. Ia hanya keluar sedikit sahaja kerana ia cukup untuk memenuhi perut anak anda yang bersaiz sekecil guli itu.


ini adalah gambarajah saiz perut bayi untuk rujukan anda semua.

Amat kecil bukan? Jadi agak tidak gembiralah bayi anda yang mempunyai perut sekecil ini diberi susu selain susu ibu.

Perlu diingat, susu ibu ini selari dengan perkembangan bayi.

Susu diawal kelahiran ini memang cair, dan ia akan berpanjangan lebih kurang selama 3 hari.

Kemudian, hari seterusnya ia akan memekat kekuningan seperti air jagung kemungkinan selama 2 minggu, atau kurang atau lebih. Bergantung.

Selepas itu hadirlah susu matang yang berwarna putih, susu inilah yang akan kita berikan kepada anak kita selama 2 tahun atau lebih.

Bagaimana caranya untuk merangsang penghasilan susu diawal kelahiran?

1. Kebanyakan hospital sekarang ini mengamalkan konsep SKIN TO SKIN ataupun sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan anak. tujuannya adalah untuk anak mengenal bau ibu dan juga supaya anak itu mendapat kehangatan daripada haba badan si ibu. Untuk pengetahuan semua, haba dari badan ibu adalah tetap suhunya. Ia juga dapat membentuk hubungan awal yang erat antar ibu dan anak.

2. Mulakan penyusuan seawal mungkin untuk merangsang payudara ibu melalui hisapan dari bayi.

3. Rooming in dengan bayi 24 jam.
Ini amat penting untuk memastikan bayi sentiasa bersama ibu setiap masa supaya bayi boleh menyusu on demand .

Penyusuan on demand sangat penting kerana lebih kerap bayi menyusu maka lebih banyaklah susu yang akan terhasil.

Ada sesetengah hospital yang mungkin tidak mengamalkan rooming in ini, tetapi itu adalah satu hak pelanggan untuk memilih syarat rooming in dengan bayi.

Jika tidak dapat juga, buatlah satu persetujuan dengan hospital untuk kita menetapkan beberapa perkara untuk menjayakan penyusuan ini.

Juga bagus untuk ibu supaya dapat membiasakan diri dengan anak kecilnya itu.

4. Kerapkan Penyusuan
Kekerapan waktu menyusu adalah menjadi faktor utama keberhasilan susu.
Walaupun sedikit, tetapi bila kerap menyusu, makin banyaklah susu yang akan terhasil.

Konsep yang paling mudah DEMAND AND SUPPLY.

5. Rehat elakkan stress.
Tidak dinafikan setelah melalui proses bersalin yang mungkin agak panjang, dan memerlukan banyak tenaga membuatkan ibu berasa penat. Namun itu bukan alasan.
Jika kita amat mengambil berat bayi semasa dalam kandungan, begitulah juga kita ambil berat sejurus dia lahir ke dunia.

Pandanglah wajah anak yang comel itu, Insyaallah akan lahir perasaan kasih sayang yang tulus dari hati ibu.

Maka hormon oksitosin pun akan hadir, ditambah lagi dengan hisapan anak yang merangsang hormon prolaktin lalu keluarlah susu ibu untuk si anak .

Mungkin sedikit kesukaran akan timbul diawal sesi, tetapi ibu2 dinasihat untuk tenang dan perlahan2 hadapi situasi tersebut.

Bagi mereka yang mempunyai masalah puting leper, tenggelam , kecil, mintalah bantuan dari nurse untuk membantu anda meyelesaikannya.

Pernah pengalaman saya sewaktu anak kedua dimasukkan ke NICU kerana jaundis, saya agak tergamam kerana ramai ibu yang mengatak mereka tiada susu. Lalu saya tidak puas hati dan meminta izin mereka untuk membantu mereka melekapkan anak mereka kepada payudara mereka. Alhamdulillah anak itu menyusu dengan baik. Saya cakap pada mereka, jangan sesekali fikir susu tiada, semua ibu mampu menyusui anaknya.

Maka dengan ini, berfikiran positiflah untuk anak anda.

Jika stress, ambil sedikit masa untuk berehat
Makan dengan seimbang
Pastikan minum air secukupnya
Jika perlu ambil suplemen untuk membuatkan badan berasa sihat, ambillah.

Ok. Ini perkongsian untuk hari ini

Barangsiapa yang nak cuba vitamin yang sesuai untuk diri anda
hubungi saya
Nurul - 0126764743
atau emel = ammarhauu@gmail.com

Sunday 11 March 2012

VITAMIN 1 MALAYSIA

Kerajaan kita sekarang ini nampaknya semakin prihatin tetang kesihatan rakyatnya.

Memandangkan sekarang banyak penyakit yang pelik, luar biasa dan yang biasa pun ada, mungkin sebab itu juga.

Dan mungkin juga ianya vitamin khas untuk pelajar supaya mereka lebih bernutrisi, mungkin... Ataupun sebagai melengkapkan nutrisi keperluan badan mereka.. mungkin.

Tetapi apa yang saya difahamkan bukanlah semua pelajar akan menerima vitamin tersebut.

Mulai Oktober 2011 hingga September 2013 sahaja murid yang menerima RMT ( RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN)akan dibekalkan MULTIVITAMIN BERJENAMA CHAMPS M BERPERISA NANAS. Setiap murid akan dibekalkan 3 biji seorang setiap minggu.

Pada pandangan saya ini adalah bagus, namun kenapa hanya diberikan kepada mereka yang menerima RMT sahaja. Adakah mereka ini memang betul2 memerlukan disebabkan mereka tidak cukup nutrisi, ataupun mereka kurang berkemampuan?
Bagaimana pula dengan yang lain? Adakah mereka ini menerima cukup Nutrisi?

Kebanyakan RMT adalah disekolah luar bandar. Maka yang dibandar pula bagaimana?

Jawapannya hanya Kementerian saja tahu kenapa mereka buat program ini.

Jadi ibubapa lain yang mungkin anak mereka tidak menerima vitamin tersebut, janganlah risau, jangan merajuk, kerana anda mampu memberikan yang lebih baik untuk anak anda dengan memberikan mereka vitamin seperti yang akan saya sarankan ini :

1. MEALSHAKES


Mealshakes ini paling sesuai untuk anak anda lebih2 lagi untuk diminum dipagi hari kerana saya percaya sekarang ini berapa ramai ibu-ibu bekerja yang sempat memasak sarapan untuk anak-anak?
Maka pilihan yang tepat adalah dengan memberi anak anda mealshakes ini kerana ia rendah lemak dan rendah glisemik.
Selain itu, ia menyediakan vitamin dan mineral penting yang menjadi nutrien asas untuk anak - anak yang sedang membesar dan remaja - remaja untuk terus kuat dan sihat.
Merupakan sumber terbaik protin dan kalsium

Hanya campurkan sesudu teh Mealshake kedalam minuman tenusu kegemaran anak anda secara sejuk atau suam, akan memberikan rasa kenyang dipagi hari, jadi anak anda akn lebih berasa bertenaga untuk belajar.

2. Omega Guard



Minyak ikan terbaik didunia mengandungi rangkaian 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi EPA,DHA, ALA dan lain - lain lagi yang berfungsi menyihatkan jantung, sendi perkembangan fungsi otak, penglihatan dan lain - lain.

Amat bagus untuk kanak-kanak kerana ia amat membantu dalam fungsi otak mereka memandangkan mereka masih belajar banyak perkara baru dalam kehidupan mereka.

2jenis vitamin tadi paling sesuai diamalkan khasnya kanak-kanak peringkat sekolah rendah.

Percayalah, jika kita memberi dari sumber yang terbaik, Insyaallah akan dapat juga hasil yang terbaik.

Hubungi saya untuk konsultasi secara percuma
Nurul: 012-6764743
emel : ammarhauu@gmail.com
fb : http://www.facebook.com/beautymoms

Wednesday 7 March 2012

THE BEST BREASTFEEDING SET

Why I said THE BEST BREASTFEEDING SET?

Its because now here we have 4 sets of vitamin combination suitable for breastfeeding mother to consume.
Wahhh. speaking lah pulakk

Tak pe kan.

Memang benar 4 set vitamin ini amat membantu khasnya untuk ibu yang menyusukan anak, kerana bukan sahaja sekadar vitamin sebagai suplemen, tetapi ianya juga membantu menjadikan ibu itu berasa cergas, kurang penat dan penghasilan susu itu sendiri pun lancar.

Saya sendiri setelah mengamalkan pengambilannya secara konsisten, amat nampak akan kesannya.

Memang benar suplemen tidak akan membanyakkan susu. Tetapi bukankah ibu itu yang akan memerah susu, membasuh baju, memasak, mengemas rumah, menyusukan anak dan sebagainya.
Cukupkah hanya dengan makan sahaja. Padahal tidak semua ibu dalam sepinggan nasinya terdapat benar - benar penuh nutrisi yang diperlukan oleh badannya. Vitamin ini secara mudahnya membantu mencukupkan mana yang kurang.

Kesan dari pengambilan vitamin ini akan dirasai oleh ibu itu sendiri seperti :

-Badan terasa cergas
- Tidak mudah letih
-Kulit akan kelihatan lebih cantik
- Kulit lebih anjal
-Rambut lebih sihat
dan banyak lagi lah

Berikut adalah senarai THE BEST BREASTFEEDING SET

Set Penyusuan

Set B (Vitamin Asas Penyusuan dengan Alfalfa)
* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
* Sesuai untuk semua ibu (termasuk yang tidak menyusukan anak)
* Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
* Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
* Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain

Set Eu Four Pack (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium)
* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
* Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid .
* Alternatif kepada set B untuk ibu yang ada masalah dengan alfalfa.
* Sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktosa.
* Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D serta mineral lain.


Set E (Set Penyusuan dengan Alfalfa dan Kalsium)
* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
* Menambahkebaikan antara set B dengan set Eu Four Pack.
***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain

Set Eu Four Pack Plus (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium dan Protein)
* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium dan ESP, tanpa alfalfa.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan tapi alah dengan alfalfa.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation .

Set Triple M (Set Penyusuan B, Lengkap dengan Kalsium dan ESP) - highly recommended!
* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation ***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain

Okeh.

for those yang berminat nak cuba vitamin diatas hubungi saya, akan saya berikan konsultasi secara percuma.

sms saya Nurul 012-6764743 atau emel ammarhauu@gmail.com.




Tuesday 6 March 2012

RAHSIA ISTERI KEMBALI DARA

Haaa. Sebelum ni saya tak pernah pun post pasal bahagian intim ni kan.

Tapi setelah membaca majalah Pa&Ma , saya nak kongsikan sedikit tips untuk membantu merapatkan kembali bahagian intim wanita khasnya yang telah bergelar ibu.

Alat sulit longgar sebenarnya bukanlah penyakit, tetapi ia sebenarnya berkaitan dengan perubahan hormon selepas melahirkan anak.Kalau dibiarkan berlarutan akan menjejaskan hubungan seksual suami isteri dan mungkin akan memberi masalah dalam rumahtangga.

Biasanya jika ibu itu bersalin secara normal, doktor akan melakukan sedikit episiotomi iaitu sedikit guntingan untuk membantu memudahkan bayi keluar, dan seterusnya akan dijahit semula. Jahitan ini biasanya tidak akan mempengaruhi keintiman seseorang ibu itu, namun ibu itu sendiri perlu menjaga kebersihan vagina agar ianya cepat kembali seperti sediakala.

RAWATAN

Terdapat juga beberapa rawatan yang dikatakan boleh membantu merapatkan kembali V itu seperti Bertangas, berurut, bertungku, sauna, skrub dan senaman
.

PEMAKANAN

Pemakanan yang sihat juga perlu diamalkan untuk mengembalikan semula keintiman tersebut seperti berpantang makanan sejuk, air batu. Dan mengamalkan makanan yang sihat seperti ulam lengkuas,sayuran hijau dan sebagainya.

Antarai tips lain yang membantu untuk mengekalkan kesihatan V anda adalah :

- Sebelum tidur bersihkan bahagian intim daripada segala kekotoran dan bauan
- Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas semasa tidur
- Pakaian tidur yang seksi daripada fabrik satin atau renda hanya sesuai sewaktu berhubungan suami.
- Jika ada masalah keputihan, dapatkanlah nasihat doktor
- DIGALAKKAN mengambil suplemen seperto evening primerose oil dan multivitamin sebagai menjana tenaga dan kesihatan.

MAKANAN TAMBAHAN/SUPLEMEN

Suplemen juga yang di hi lite kan. memang ianya penting lebih lagi kita sebagai ibu yang sangat SUPER ini memang memerlukan untuk mengatasi keletihan dan membantu menyegarkan badan.

Seperti biasa, suplemen yang berkaitan dengan hal ehwal wanita ini banyak, tetapi ini yang saya syorkan :

- ALFALFA sangat membantu dalam mengatasi masalah keputihan, juga sebagai milk booster bagi ibu yang menyusukan anak


- GLA COMPLEX


- OSTEMATRIX


- OMEGA GUARD


Kebikan produk ini adalah :
- membantu melegakan simptom sengugut dan manopous
- Menggalakkan kulit yang cantik
- Menggalakkan tulang yang kuat
- Membantu melegakan risiko penyakit jantung
- Melegakan sakit sendi

Nah. bukan sahaja membantu merapatkan kembali keintiman, malah ia lebih dari itu.

Jika anda seorang yang mementingkan kesihatan dalaman dan luaran, cubalah amalkan suplemen ini. Insyaallah anda akan nampak kesannya jika diambil secara konsisten.

hubungi saya untuk konsultasi secara percuma
SMS : 012-6764743
emel : ammarhauu@gmail.com

Monday 5 March 2012

JANA PENDAPATAN

Sekarang ni banyak program menjana pendapatan sampingan ataupun pendapatan sepenuhnya.

Tetapi mungkin kita pening memikirkan yang mana satu nak dipilih memandangkan banyak janji manis yang ditaburkan.

Saya sendiri pun sudah banyak terjerumus dengan program-program seperti ini. Bukanlah mereka tidak tepati janji, tapi kebanyakan pulangan kita tidak akan dapat 100% seperti yang dijanjikan.

Sesudah saya fade up, akhirnya saya rajin berchatting dengan seorang usahawan wanita ini, walaupun dia sedang bekerja di satu tempat yang memberi gaji yang lumayan, namun padanya lebih baik buat apa yang kita minat.

Saban hari saya berchatting dan bertanyakan lebih lanjut mengenai produk yang sedang dipasarkannya.

Akhirnya saya faham konsep perniagaannya dan saya tidak ragu - ragu untuk join the club.

Setelah join, memang saya nampak ia lain dari yang lain, dan beliau sendiri pun sering keep in touch dengan anak bawahannya.

Tidak kedekut ilmu setiap minggu untuk memberikan coaching dirumah anak-anak bawahannya. Saya sendiri pun tidak malu untuk meminta beliau mengajar saya personally mengenai pemasaran dan sebagainya.

Pada saya, tidak kiralah anda seorang ibu bekerjaya, surirumah, pelajar atau siapa pun anda yang ingin menjana pendapatan lebih dari biasa , kini anda boleh memilih apa jua yang anda inginkan untuk diri anda sendiri.

Layari http://www.projekwohowo.com/

dan anda akan berpeluang untuk pelajari dengan lebih dalam mengenai :

- Kesihatan dan nutrisi
- Adsense dan Affiliates
- Barangan ibu dan bayi
- Ebook
- Usahawan borong cina.


siapa yang tak kenal wanita gigih ini?

Mommy Lyna pengasan http://hafiy.com , http://www.mysuperkids.net , dan banyak lagi lah. Dialah sifu saya...

Jadi jika anda nak jana pendapatan dengan Mommy Lyna ni layari sahaja web WOHOWO tersebut


ROTAVIRUS DAN PENYUSUAN SUSU IBU

Hampir setiap kanak - kanak akan dijangkiti rotavirus sekurangnya sekali sebelum menginjak usia 5 tahun.

Virus ini telah dikenalpasti sebagai punca utama masalah cirit-birit dan 600000 kematian akibat virus ini.

Rotavirus mudah berjangkit melalui sentuhan, titisan najis, makanan tercemar , air yang tercemar dan titisan pernafasan.

Jangkitan ini biasanya bermula dengan demam , cirit birit dan muntah - muntah.
Kesan dari cirit birit yang teruk akan menyebabkan dehidrasi dikalangan kanak - kanak kecil dan jika tidak dirawat boleh mengancam nyawa

Selain itu mereka mungkin akan mengalami simtom dehidrasi seperti mulut kering, menangis tanpa air mata, kencing sedikit mengantuk yang luar biasa.

Sebagai langkah pencegahan , ibubapa perlu lebih serius tentang penjagaan kebersihan anak sepanjang masa seperti mencuci tangan dengan air dan sabun, minum air yang dimasak, memakan makanan yang telah dimasak dengan sempurna.

Bagi ibu yang menyusukan pula disarankan meneruskan proses penyusuan kerana ia boleh membina antibodi kepada bayi untuk melawan jangkitan rotavirus ini

Selain itu, pemberian cecair dan elektrolit secara mencukupi dan segera merupakan teras utama dalam membantu mengurangkan komplikasi akibat rotavirus ini.

Mungkin juga ibu - ibu boleh memberi anak mereka bancuhan Performance Drink ini kepada anak - anak kerana ia sangat membantu dalam membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk mencegah penyahidratan.


Jom kita bersama membantu mencegah rotavirus dengan mengamalkan kebersihan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Performance Drink ini bolehlah hubungi saya

Nurul
sms 0126764743
emel ammarhauu@gmail.com
fb : best beauty mom

Sunday 4 March 2012

KRITERIA TASKA DAN TADIKA PILIHAN

Pengalaman saya menghantar anak ke taska membuatkan saya untuk berkongsi bagaimanakah, mengapakah dan apakah yang kita perlu titikberatkan untuk memilih sesebuah taska itu untuk kita tempatkan anak kita disitu.

Antara perkara yang paling perlu diambilkira adalah:
- BERDAFTAR dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Terdapat juga yang tidak berdaftar ataupun masih menunggu proses kelulusan dari JKM. Walaupun masih dalam proses kelulusan, minta sahaja pada mereka salinan surat permohonan kelulusan atau apa jua dokumen yang membuktikan mereka masih dalam proses memohon. Ini amat perlu untuk kita memantau berapa lama merka telah mohon, dan berapa lama mereka telah menunggu untuk keputusan kelulusan.

- Bersemuka dengan pengusaha taska
Ini amat penting untuk ibubapa mengenali dengan lebih dekat latar belakang pemilik taska tersebut, dan juga membina satu perhubungan yang baik untuk komunikasi dari masa ke semasa. Juga memudahkan ibu bapa untuk menyuarakan jika ada ketidakpuasan hati.

- Kegiatan Ibubapa
Pastikan taska mempunyai program yang memerlukan penglibatan ibubapa seperti Hari Keluarga, Sukaneka, Hari Bertemu Ibubapa. Program ini amat penting untuk jaringan perhubungan antara ibubapa , guru dan pengusaha taska itu sendiri.

- Peraturan
Salah satu elemen penting. Peraturan masa lawatan ibubapa khasnya kepada ibu untuk menyusui anaknya. Peraturan menghantar dan menjemput anak, dan pelbagai lagi peraturan yang difikirkan perlu.

Benarkan ibubapa melawat persekitaran taska untuk mereka memberi idea yang mana mungkin boleh menambahbaik taska.

Peraturan menghantar anak yang kurang sihat mahupun kuarantin.

- Pekerja
Terdiri daripada guru, pengasuh, tukang masak dan tukang cuci. Perlu kita selidiki untuk mengetahui latar belakang mereka. Memang jika diperhati macam remeh bukan, tetapi sebenarnya amat penting. Untuk kita mengelak sesuatu perkara buruk sebelum terjadi. Latar belakang pendidikan guru, pengasuh. Pekerja biasa seperti tukang masak dan cleaner pun perlu sebab seperti tukang masak, untuk kita pastikan mereka menyediakan menu yang sesuai untuk bayi dan kanak - kanak, menu yang berkhasiat. Pandai mempelbagaikan jenis makanan. Jika cleaner pula, tahu asas kebersihan yang perlu diambil berat lebih lagi kebersihan tandas, lantai, pingan mangkuk dan sebagainya.
Dan pastikan guru dan pengasuh sekurang kurangnya telah menghadiri kursus Asas Asuhan Kanak - kanak ( KAAK).

-Kemudahan Taska
Taska yang terbaik adalah menyediakan kemudahan yang sesuai, selesa dan selamat untuk anak - anak dibawah jagaannya seperti :
Bilik pembelajaran yang menarik, kemudahan kerusi meja yang sesuai untuk kanak - kanak
Bilik Bayi yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi.
Katil bayi, tilam bayi.
Bilik tidur mengikut kategori umur
Tandas
Bilik Komputer
Ruang solat
Pentas
Taman permainan
Tetapi ini bergantung kepada keperluan taska masing - masing yang mana difikirkan perlu

- Program
Program pendidikan yang diterapkan seharusnya sejajar dengan keperluan anak -anak dan ekspektasi ibubapa kepada taska tersebut.
-Program pembangunan kognitif
- Motorik
- Sahsiah dan rohani
-Kendiri
-Minda
dan sebagainya.
Bukan sahaja diperingkat toddler, malah sedari bayi lagi.

- Kebersihan
Ini semua pihak perlu memerhati setiap masa, kerana kebersihan menjamin kesihatan yang tinggi terhadap anak jagaan mereka.
Semua aspek kebersihan perlu diambil kira
Sebaiknya perlu membuat sanitasi sekurangnya sebulan sekali.
Kebersihan kanak - kanak itu sendiri
Kebersihan pekerja.
Pendek kata semua aspek

- Keselamatan
Termasuklah keselamatan persekitaran, penjagaan anak - anak kerana anak -anak jagaan dibawah mereka adalah amanah dari ibubapa.

Menurut prosidur keselamatan yang telah ditetapkan oleh JKM amat perlu kerana ini adalah untuk mengelak perkara yang buruk berlaku.

Selain itu juga tanggungjawab ibubapa juga perlu untuk memaklumkan terlebih dahulu jika anak mereka dalam sesuatu kondisi yang memerlukan lebih perhatian.

Kita tengok je sekarang ni banyak kes yang disebabkan oleh kecuaian pengasuh mahupun guru ataupun pemilik taska yang hampir setiap hari terpampang didada akhbar. Rasanya mahu sahaja ibu-ibu berhenti kerja dan jaga anak sendiri di rumah bukan? Saya juga berfikiran seperti itu tetapi sekarang belum lagi sesuai kerana sedang berusaha menjana pendapatan agar suatu hari mampu menjaga anak sendiri di rumah. Ibu-ibu diluar berminat untuk menjana pendapat sehingga 6 angka sebulan? Dan juga menikmati kehidupan yang sihat?
Kalau nak, jom sama - sama kita usaha ke arah itu

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Nurul
sms : 012-6764743
emel : ammarhauu@gmail.com