Showing posts with label PENYUSUAN. Show all posts
Showing posts with label PENYUSUAN. Show all posts

Sunday, 20 October 2013

MEMAHAMI KONSEP DEMAND & SUPPLY DALAM PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua!!!!

Saya agak terkesima sebenarnya kerana sebagai seorang yang Pro Breastfeeding, seorang penjual suplemen, agak terkejut dengan beberapa statement di wall FB sahabat - sahabat saya kerana mereka agak menghentam cara penjual suplemen mempromosi suplemen mereka kepada ibu yang menyusukan anak.
Lalu bila saya buat beberapa review memang benar ianya wujud. Agak kecewa juga saya kerana sebagai seorang yang menyokong penyusuan susu ibu dan juga penjual suplemen, saya rasa tidak patut mengiklankan bahawa jika anda makan suplemen itu dan ini comfirm susu anda akan mencurah - curah.

Masha Allah....
Ia sangatlah tidak bertepatan. Sebagai seorang penjual, janganlah kita tunjukkan kebodohan kita hanya kerana untuk mengejar sales semata. Apa tujuan sebenar kita menjual produk kesihatan? Sudah tentu kita nak pelanggan kita menjadi lebih sihat dan mengekalkan kesihatan mereka...

Saya menyokong pengambilan suplemen untuk ibu menyusu, kerana saya percaya dan saya sendiri telah merasa dan mengalaminya. Dimana suplemen itu sangat membantu untuk saya merasa lebih bertenaga. Sebagai seorang isteri, ibu yang bekerja, mengurus 2 orang anak lelaki, kerja 8-5, belum masuk masa terbuang dalam kesesakan jalanraya....itu semua mengundang stress dan keletihan.

BAGAIMANA KONSEP DEMAND & SUPPLY ?

Konsep demand & supply sangat penting dalam penyusuan dimana konsepnya mudah .
Semakin banyak permintaan susu dari bayi, maka ibu pun semakin kerap mengosongkan payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu. Haaaa!!!! Bagaimana tu?

Suplemen tidak membantu secara segera jika si ibu mempunyai masalah susu kurang.
Tingkatkan sesi perahan, JANGAN tunggu payudara penuh baru nak pam. Itu konsep yang salah.
Pam mengikut jadual yag biasa. MINUM AIR 3 liter sehari.
Si ibu perlu cek semula jadual datang haid, jika ia menghampiri waktu haid tak mustahil susu akan menjadi kurang. Ataupun ibu hamil lagi.


Contoh :

Si anak yang berumur 3 bulan, corak dan permintaan susu berbeza bila mereka berumur 5 bulan. Ini kerana mereka memerlukan lebih banyak sumber nutrisi untuk tumbesaran.

Anak saya sewaktu umur 3 bulan.
Saya tinggalkan di taska dari jam 7.30 pagi hingga 5 ptg.
Saya bekalkan 5 botol susu perahan purata sebotol 3oz
Memang sangat mencukupi pada umurnya waktu itu.

TAPI

Bila umurnya mencecah 5 bulan, pengasuh taska meminta saya membekalkan lagi 2 botol susu perahan.
Kerana anak saya akan lebih kerap minum. Sebab dia dah mula bergerak dengan aktif, dan bila penat sudah tentulah nak minum susu.

Diwaktu inilah saya sedar yang saya perlu meningkatkan sesi perahan, di mana selalunya jika waktu pejabat saya memerah 3 kali iaitu pagi, jam 10, tengahari jam 12, petang jam 3. Saya juga mengambil suplemen, kerana saya tahu saya akan lebih penat berbanding sebelum ini. Memerah susu adalah seumpama bersenam.

Suplemen tidak membanyakkan susu saya, kerana sewaktu anak pertama saya tidak mengambil sebarang suplemen, namun produksi susu tetap seperti biasa sehingga anak saya berumur hampir 2 tahun. Saya hanya mengamalkan konsep demand & supply dan kerap mengosongkan payudara agar lebih banyak susu yang akan terhasil dan saya wajib minum air masak 3 liter sehari.

Saya mengambil suplemen adalah untuk diri saya. Kerana saya tahu, umur semakin meningkat, tanggungjawab semakin bertambah, maka apa yang saya perlu reward pada diri saya adalah sebuah kesihatan. Jika saya tidak sihat,akan berlaku sedikit kepincangan dalam menguruskan rumahtangga.

Mudah bukan....

Jadi tak perlulah rasanya nak menyalahkan sesiapa, yang perlu adalah menegur mana yang tidak elok kepada yang elok.
Para penjual suplemen semua, jika anda nak target menjual Set Menyusu , anda perlulah memahami konsep sebenar dalam penyusuan. Jangan kerana sales anda lupa tanggungjawab yang perlu anda pikul.

AMBIL SUPLEMEN SUSU IBU LEBIH BERKHASIAT

Apa jua makanan yang ibu ambil ia tetap akan diserap ke dalam susu. Nutrisi dan khasiat susu ibu tidak akan terlebih atau terkurang. Ianya ciptaan Allah. cukup semuanya.
Jadi kemana perginya suplemen yang kita ambil?
Ia akan pergi menyerap kedalam tubuh ibu dan tetap akan disalurkan kepada anak melalui susu ibu.

Nasihat saya...

Fahamilah konsep sebenar penyusuan susu ibu, dan kenal pasti dulu kenapa ibu itu perlu suplemen.
Saya bukanlah seorang doktor, mahupun Lactation Kaunselor... hanya manusia biasa yang nak membantu ibu2 berjaya dalam penyusuan.
Namun jika ibu2 tak sanggup nak lalui cabaran dalam penyusuan, saya pun tak dapek nak nolongg.....

Salam keamanan semua.. PEACE V

Jika anda seorang bu yang sering keletihan....
HUbungi saya untuk anda mendapatkan SET IBU MENYUSU CERGAS
PM,SMS,WHATSAPP -0126764743
Emel :ammarhauu@gmail.com

Saturday, 13 July 2013

CABARAN IBU MENYUSU DI BULAN RAMADHAN

Salam Ramadhan kepada semua, khasnya kepada ibu-ibu yang menyusukan anak. Bagaimana dengan anda?
Adakah lebih baik ataupun agak mencabar? Tapi percayalah itu semua bukan alasan atau halangan untuk ibu -ibu semua meneruskan penyusuan di bulan Ramadhan.

Jom kita share sikit apakah cabaran menyusu di bulan Ramadhan?


- Menjelang Ramadhan
Ramai ibu-ibu yang risau mengenai stok susu ibu kurang di bulan puasa.
Sebenarnya tak menjadi masalah sama ada bulan puasa atau tidak. Apa punca susu ibu kurang penghasilannya?

 Pertamanya adalah mind set kita sendiri, di mana kita telah set di kepala jika buan puasa kita tak makan dan minum disiang hari, maka tiada sumber untuk menghasilkan susu ibu. Sebenarnya salah, jika kita set di minda bahawa " walaupun bulan puasa, tapi Insyaallah susu tetap ada dan takkan jejaskan penghasilan susu".

Kedua, pemakanan ibu menyusu, sangat perlu diambil berat kerana ibu-ibu perlu memastikan pengambilan nutrisi yang secukupnya diwaktu berbuka dan berssahur untuk mengelakkan keletihan melampau dan dehidrasi.

Tips diet ibu menyusu di bulan puasa :

1. Waktu berbuka - Digalakkan minum jus buah + makan buah kurma + makan makanan seimbang, kurangkan makanan bergoreng.
2. Malam selepas terawih- Minum susu + makan buah kurma + kekacang
3. Sewaktu bersahur - Nasi + Lauk berkuah seperti sup + air masak
4. Minum air masak kerap sedari waktu berbuka hingga menjelang habis waktu bersahur
Juga banyakkan mengambil sumber protein untuk membantu mengekalkan penghasilan susu ibu.


Ketiga adalah sesi memerah susu. Walaupun bulan puasa, tetapi memerah susu tetap perlu sekalipun kita tak terasa payudara penuh. Lakukan rutin pengepaman seperti biasa, untuk mengekalkan penghasilan susu, tak kiralah sedikit atau banyak.

Mudah bukan, yang penting elakkan dari berfikir perkara-perkara negatif yang boleh menjejaskan penyusuan.

Selamat berpuasa dan menyusukan anak di bulan Ramadhan.

Jika anda ada persoalan mengenai penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :

Nurul
012676443.
SMS/WHATSAPP dahulu apa masalah anda.

SEMUA MENGENAI KEBAIKAN ESP SHAKLEE

Video - Nikmati Kebaikan ESP Shaklee

ESP Shaklee memang sangat terkenal dikalangan ibu menyusu, namun ia bukan saja untuk ibu  menyusu, bahkan semua orang boleh menikmati kebaikan ESP Shaklee ini. Jom kita layan vidoe ESP Shaklee.


***jangan lupa click butang SUBSCRIBE

Kandungan Esp Shaklee.

Shaklee adalah syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein yang berasaskan protein soya. ESP Shaklee diiktiraf seluruh dunia kerana ia mempunyai kajian klinikal yang sangat komprehensif serta  memiliki kualiti protein yang tinggi. Kacang soya yang digunakan Shaklee adalah non-GMO ( tidak diubah genetiknya) dimana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tahukah anda, 850gram bersamaan 1 tin ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya. Wowww.... banyak tuuu. ESP ini mengandungi glycemic index yang rendah dimana ia memecahkan gula dengan perlahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Pengekalan paras gula dalam darah sangat penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Kebaikan ESP Shaklee

Banyak sangat kebaikan ESP Shaklee ni jika nak dicerita. Jadi saya kongsi beberapa khasiatnya pada kesihatan ya.

1. Petua Awet Muda
Asid amino penting untuk membina otot, kuku,rambut,darah,dan kulit. Pegambilan ESP setiap hari boleh meningkatkan peluang untuk kelihatan awet muda dari usia sebenar.

2. Baik untuk hormon
Kacang soya adalah satu satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavone dimana fungsinya sama dengan hormon wanita. Merendahkan kolesterol,mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. Baik untuk prostat
Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas didalam badan sebelum menukar sel DNA kepada sel kanser. Sangat baik dalam pemulihan pembesaran prostat.

4. Kecantikan kulit.
Merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, sebagai ejen anti penuaan , mengembalikan kepejalan otot, mempercepat peyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga
Membekal tenaga dan dengan segara dan meningkatkan sistem imun, jadi ia sangat baik untuk kekal bertenaga. mencegah migrain,insomnia dan tekanan.

6. Membaiki Masalah pigmentasi

7. Meningkatkan memori,vitaliti,dorongan seksual dan rangsangan.

Siapa yang boleh amalkan minum ESP ni?

Semua orang boleh menikmati keenakan dan khasiat ESP ni, tapi untuk yang mempunyai masalah buah pinggang saja yang tidak digalakkan.

- Ibu - ibu yang bekerja 
ESP membantu memberi tenaga yang berpanjangan, badan lebih cergas dan aktif.

-Wanita yang nak kuruskan badan - memberi rasa kenyang yang lebih lama.

- Ibu yang menyusukan anak - membantu membanyakkan dan mengekalkan susu ibu.

- Penyakit kencing manis - index glycemic yang rendah melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

- Wanita yang mementingkan kecantikan kulit.

Bagaimana nak order ESP ni

Hubungi saya
Nurul Radhiah : 0126764743
emel : ammarhauu@gmail.com
fb pages : beautymoms
jika anda order hari ini, Insyaallah akan saya uruskan penghantaran esok hari. 








Tuesday, 25 June 2013

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU DI BULAN PUASA

Menjelang bulan Ramadhan tak lama lagi ramai ibu yang menghantar mesej kepada saya bertanyakan bagaimana penyusuan di bulan puasa kerana pada waktu itu kita tidak makan di siang hari. Ramai meraka yang risau susu akan menjadi kurang.

Jom saya kongsikan TIPS PENYUSUAN DI BULAN PUASA

1. Persiapan menyimpan stok susu sebelum bulan puasa adalah sangat digalakkan kerana kita tidak tahu mungkin ada ibu yang akan datang haid di bulan puasa dan akan menyebabkan hasil perahan susu ibu tidak meriah seperti selalu.

2. Sewaktu berbuka, amalkan mengambil makanan yang tinggi sumber protein, elakkan minum teh atau kopi, minum air buah, dan minum kerap air masak dari waktu berbuka hinggalah menjelang habis waktu bersahur.

3. Gandakan waktu mengepam diwaktu malam, mungkin boleh mengepam selepas waktu berbuka, dan selepas waktu bersahur.

4. Kerapkan mengambil makanan yang ringan seperti kekacang, kismis, minum susu diwaktu malam.

5. Sewaktu bersahur ambil makanan yang agak berat seperti nasi, dan pastikan lauk pauk mesti mempunyai sumber protein, dan vitamin yang diperlukan tubuh. Elakkan minum teh dan  kopi yang mungkin akan menyebabkan dehidrasi awal disiang hari. Pilih lah untuk minum minuman berasaskan susu dan jangan lupa air masak.

6. Teruskan pengepaman disiang hari seperti biasa 2@ 3 kali waktu mengepam.

7. Berfikiran positif, elakkan berfikir bahawa susu akan kurang di bulan puasa, kerana anda adalah apa yang anda fikir.

Mudah kan tips tadi. Jadi ibi-ibu tak perlu risau dengan adanya persiapan mental dan fizikal yang kuat Insya Allah semua akan berjalan dengan lancar.

Jika ibu-ibu perlu untuk mengambil sebarang suplemen, saya galakkan anda ambil untuk membantu sistem tubuh menjadi bertenaga walaupun berpuasa.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

Hubungi saya
Nurul
0126764743
fb pages: beautymoms

Friday, 7 June 2013

BETUL KE SHAKLEE BOLEH BANYAKKAN SUSU IBU??

Eh! Betul ke tajuk kat atas tu?

Set Menyusu Shaklee boleh banyakkan susu ibu?


Benar atau tidak bergantung pada pengamal vitamin Shaklee itu sendiri. Konsepnya mudah, jika ibu ibu ambil set menyusu khasnya set B, ataupun set penyusuan yang paling popular TRIPLE M, namun jika tak ada usaha dari ibu tersebut, maka lupakan saja harapan ibu - ibu untuk dapat hasil susu yang banyak.

Kenapa saya berpendapat sedemikian, ini kerana semua orang tahu sumber utama susu adalah Protein, ESP contohnya,ia adalah sumber protein yang tinggi, jadi apabila tubuh kita mempunyai jumlah protein yang cukup, maka tak mustahil penghasilan susu ibu akan menjadi banyak, tapi perlulah dikeluarkan dengan proses memerah susu mahupun menyusukan bayi secara langsung. Begitu juga dengan vitamin-vitamin yang lain.


Tidak ada jaminan. Kerana vitamin yang dimakan ibu akan meresap kedalam tubuh ibu, dan melalui darah akan bertukar menjadi susu ibu. Maka apa yang dimakan ibu, akan dibekal kepada bayi melalui susu ibu. 
Sakit itu perlu kerana untuk menandakan yang bayi yang normal, tubuhnya berupaya melawan penyakit.
Kalau tak sakit-sakit pun masalah juga kan.

Bagaimana Set Menyusu Shaklee Boleh Banyakkan Susu Ibu?


1. Makan vitamin dengan konsisten
2. Pam paling kurang 3 kali sehari sehingga payudara benar-benar kosong
3. Jangan tunggu payudara penuh baru nak pam, kerana ia boleh mengundang masalah penyumbatan atau clogged duct.
4. Minum air masak sekurangnya 3 liter sehari
5. Kerapkan skin to skin contact dengan bayi.
6. Makan seimbang yang kaya dengan sumber protein, karbohidrat,serat,dan semua nutrisi yang diperlukan tubuh.
7. Berfikiran positif, elakkan stress khasnya ketika mengepam susu
8. Ikut aturan makan vitamin seperti yang telah diberi oleh pengedar.

Jadi, jika anda faham dengan konsep penyusuan yang mudah ini, insyaallah semua ibu akan berjaya menyusukan anak secara eksklusif selama 2 tahun mahupun lebih.


SET TRIPLE M




Dapatkan set - set penyusuan Shaklee yang boleh membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan dengan eksklusif sekali.

HUbungi saya:
Nurul
0126764743
emel: ammarhauu@gmail.com
fb pages : beautymoms.

Wednesday, 29 May 2013

SET MENYUSU TAMBAH KEINTIMAN SUAMI ISTERI?

Haaa.... suprise je kan bunyi dia. Anda rasa tak percaya ke?
Biasanya set menyusu Shaklee ataupun lebih dikenali dengan SetB akan dibeli oleh ibu ibu untuk membantu mereka meningkatkan penghasilan susu ibu.
Bukan itu saja,kebanyakan ibu yang mengamalkan set menyusu shaklee ni adalah ibu bekerja yang mana mereka ini menuntut tenaga yang tinggi untuk melaksanakan pelbagai tugas seharian. Jadi set menyusu shaklee ini sangat membantu ibu ibu tadi untuk terus kekal bertenaga sepanjang hari kerana telah mendapatkan nutrisi yang lengkap dari vitamin shaklee juga pemakanan seimbang.

Set Menyusu tambah keintiman suami isteri kerana dalamnya mengandungi Alfalfa yang membantu membersihkan keputihan, ibu akan rasa selesa sepanjang hari. Ia juga berfungsi mengetatkan faraj dimana otot otot faraj akan menjadi lebih kuat dan lebih sensitif





Dapatkan set menyusu Shaklee yang mengandungi alfalfa ini untuk kebaikan anak dan juga tambah keintiman suami isteri.

Hubungi saya sekarang:

Nurul
0126764743

Tuesday, 9 April 2013

KENALI KONSEP SEBENAR PENYUSUAN SUSU IBU

Kebelakangan ini saya selaku pengedar sah shaklee sangat berdukacita kerana terdapat pengenalan dan penyampaian yang salah mengenai penyusuan susu ibu.

Apa yang membimbangkan adalah salah tafsir konsep penyusuan itu sendiri sehingga saya dihujani banyak sms,whatsapp mengenai "milkbooster".

Sebelum memberi persetujuan untuk menjual vitamin ibu menyusu, saya lebih gemar bertanya dahulu apa masalah sebenar ibu tersebut, dan kebanyakan jawapan adalah begini  :


  1. Saya baru melahirkan anak, susu saya sikit sangat, anak tak kenyang.
  2. Saya ibu mengandung, saya nak minum Esp supaya bila anak keluar nanti terus ada susu banyak
  3. Stok susu saya diparas bahaya, saya nak ambil suplemen supaya cepat boost susu.
  4. Saya tengok kat fb ramai ibu yang boleh perah susu dan simpan banyak-banyak selepas ambil suplemen.
  5. Saya takut anak tak kenyang kalau saya tak ambil suplemen sebab die kerap menyusu.
  6. Saya nak banyakkan susu.
Ya. Itulah antara masalah2 yang kerap saya terima. Jadi jom bersama saya kita fahami dan kenali konsep sebenar penyusuan susu ibu ini.


Saya baru melahirkan anak, susu saya sikit sangat, anak tak kenyang.
  1. Bagi ibu yang hamil, perlu memahami proses bagaimana terhasilnya susu ibu itu. Susu ibu terhasil kesan dari rangsangan hisapan dari bayi ke payudara ibu, dimana rangsangan akan dihantar kepada kalenjar pituitari dan hormon prolaktin dan oxytocin akan dihasilkan. Hormon prolaktin akan memberi arahan kepada otak untuk menghasilkan hormon oxytocin untuk payudara menghasilkan susu. Bayi menyusu bukan menyedut, sebaliknya melalui gerakan penolakan rahang bawah keatas lidah, dan penolakan itu akan menolak susu keluar. Jadi susu akan keluar setelah talipusat bayi dipotong, dan susu itu bukanlah banyak, sedikit saja namun itu sudah memadai kerana pada waktu itu saiz perut bayi sangat kecil. Sangat mustahil untuk susu keluar dengan banyaknya sejurus selepas melahirkan. Namun kuantiti yang sedikit itu sangat mencukupi untuk bayi anda dan anda perlu kerap menyusukannya untuk merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak. Kenyang atau tidak itu tidak penting buat bayi anda, apa yang penting adalah memenuhi keperluan tubuhnya untuk mendapat nutrisi yang penting serta membantunya mengeluarkan mekonium dari tubuh agar fungsi hatinya menjadi matang.
Saya ibu mengandung, saya nak minum Esp supaya bila anak keluar nanti terus ada susu banyak
  1. Ibu-ibu yang sedang hamil saya mengharap anda tidak salah faham, kerana apa yang anda makan sewaktu mengandung tidak akan menjamin penghasilan susu yang banyak. Susu ibu bukan sesuatu yang disimpan dalam jangka waktu yang lama dan akan dikeluarkan dengan banyak sekali apabila telah penuh. Ia memerlukan teknik dan rangsangan yang betul, juga pemikiran ibu itu sendiri. Jika sedari awal ibu itu sendiri mengatakan dia mahupun keluarga jenis tiada susu. Perkara pokok yang perlu adalah, dapatkan bantuan dari Peer Kaunselor mahupun Pakar Laktasi.
Stok susu saya diparas bahaya, saya nak ambil suplemen supaya cepat boost susu.

  1. Tiada milkbooster yang berfungsi mempercepatkan penghasilan susu sepantas kilat jika tiada usaha dari ibu seperti mengepam dengan konsisten,minum air cukup, makan cukup,kerapkan skin to skin contact dengan bayi, mengosongkan payudara secara efektif. Kenapa saya cakap macam ni? Ini kerana adalah salah satu masalah besar ibu menyusu adalah mengharapkan peningkatan susu secara drastik. Tidak akan berlaku sekiranya tiada usaha. Mengapa terjadi susu berada di paras bahaya? Kebanyakan ibu yang saya jumpa mahupun menghubungi saya, mereka tidak mensiapkan diri meraka agar membuat stok sedari dalam pantang lagi. Kata mereka, boleh dibuat apabila bekerja kelak. Anda salah! Sebenarnya ia akan lebih membebankan dan akan menjadikan anda stress kerana pada satu-satu masa bayi akan mengalami peningkatan demand susu ibu, apa akan jadi jika pada waktu itu anda datang haid, yang sememangnya akan mengalami penurunan kuantiti susu perahan. Maka sangatlah saya merayu agar manfaatkan waktu cuti bersalin, manfaatkan wang yang anda telah laburkan untuk membeli gajet-gajet penyusuan. Manfaatkan kesihatan anak anda, itu yang lebih penting.
Saya tengok kat fb ramai ibu yang boleh perah susu dan simpan banyak-banyak selepas ambil suplemen.

  1. Jangan terpedaya, jadikan saja ianya pembakar semangat anda untuk berusaha agar susu anda sebanyak ibu tersebut. Jadi apa fungsi suplemen kalau saya asyik menafikan usaha memakan suplemen? Saya tak nafikan mentah-mentah, suplemen itu keperluan tubuh, namun jangan terlalu bergantung pada suplemen atau milkbooster semata kerana jika tidak ada usaha tak guna juga, kerana fitrah penyusuan susu ibu itu sendiri memerlukan usaha merangsang payudara, memerah, mengosongkan payudara dengan efektif. Kenapa ada yang makan suplemen susu meriah? Sebenarnya minda juga memainkan peranan. Jika kita makan suplemen dan usaha dengan bersungguh insyaallah hasil dari apa yang kita makan akan berhasil. Tak dinafikan suplemen yang bersumberkan soya sangat membantu kerana ia mengandungi protien dan sumber susu adalah protien, kemungkinan ia berkait rapat dengan keperluan protien dalam badan kita. Fungsi sebenar suplemen adalah mencukupi mana-mana yang kurang dalam sistem badan kita . Jika semua cukup dan lancar, maka susu pun meriah. Lagipun secara tak langsung susu ibu menyalurkan khasiat yang ibu dapati dari apa yang ibu makan dan ia akan diberi kepada anak dalam bentuk susu.
Saya takut anak tak kenyang kalau saya tak ambil suplemen sebab die kerap menyusu.

  1. Masalah ini pun salah satu yang menghantui ibu semua. Ingat ya susu ibu adalah terhasil dari apa yang kita makan dan minum. Kemungkinan susu menjadi pekat kerana kita makan daging, ayam, ikan. Susu juga boleh menjadi pekat kerana cuaca. Bila cuaca sejuk, susu lebih pekat kerana akan mengandungi lebih lemak untuk memanaskan bayi. Bila cuaca panas, susu lebih cair untuk memenuhi air dalam badan bayi. Bayi kerap menyusu adalah biasa, kadang kala bayi mungkin mengalami peralihan bulan dan ia kerap menyusu. Juga boleh jadi anak anda khasnya yang berumur 5 bulan keatas telah sedia untuk memulakan makanan pejal.
Saya nak banyakkan susu.

  1. Banyakkan la hasil susu ibu dengan   pam konsisten, kerap menyusu direct, minum air masak 3 liter sehari, makan seimbang. Rilex, elakkan stress. Inshaallah semua ibu boleh menyusukan anak selama 2 tahun.
Konsep sebenar penyusuan susu ibu adalah  :
- pam konsisten
- kosongkan payudara dengan efektif
- minum air 3 liter sehari
- makan dengans eimbang dan konsisten
- minda positif.

Barulah ibu akan berjaya menyusukan anak selama 2 tahun mahupun lebih. Mungkin usaha dari kaedah sokongan sekeliling juga sangat membantu ibu menjayakan penyusuan.

Aplikasi konsep ini diiringi bersama doa seorang ibu.....

Tuesday, 19 February 2013

VITAMIN BUAT IBU MENYUSU JADI CERGAS

Semalam saya ade menerima emel yang berbunyi begini  :


beautymom
SET BERPANTANG

BEAUTYMOM






'' Salam puan Nurul, saya seorang ibu yang baru lepas melahirkan anak, lebih kurang baru 2 minggu berpantang. Masalah saya adalah anak saya kerap sangat menyusu dan saya jadi lemah dan sering mengantuk. Ibu saya cakap kalau dalam pantang tak elok tido lama-lama, nanti badan kembang.
Boleh puan bantu saya suggestkan apakah vitamin yang sesuai untuk saya, saya pun memang nak menyusukan sepenuhnya susu ibu ke anak saya. Saya takmau dah berikan susu formula kerana 2 anak sebelum ni semua susu formula sejak hari pertama lahir. Tapi kali ni saya nekad nak berikan susu ibu walau apa cara sekalipun, setelah saya banyakkan pembacaan, pertanyaan mengenai kebaikan susu ibu.
Tolong lah saya puan " - Yaya.

Okeh.

Tahniah kepada ibu ini kerana mendapat seorang cahaya mata, dan tahniah juga atas kesedaran dan kesungguhannya untuk menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu kepada anaknya yang ketiga ini.

Dalam masalah puan ini saya tidak terus memberi cadangan vitami yang sesuai, tetapi saya sentuh dahulu mengenai beberapa masalah.

Bayi Kerap Menyusu

Bagi bayi yang baru lahir adalah normal kerap menyusu. Kerana kita perlu tahu saiz perut bayi yang berusia 2 minggu tidaklah sebesar mana, kemungkinan hanya sebesar bole pingpong saja. Jadi banyangkan jika kita suakan susu formula sebanyak 4oz. Tidakkah seperti tayar yang terlebih angin.
Jadi bayi kerap menyusu kerana susu ibu itu bersifat laxative, mudah hadam. Jika diperhatikan tak lama lepas bayi menyusu, mesti dia akan membuang. Itu petanda bagus, kerana sistem tubuh bayi sedang membuang mekonium dalam badan. Diwaktu ini juga bayi akan menyusu on demand, bukan mengikut jam. Ini adalah peluang untuk ibu mengosongkan payudara dengan efektif, dan akan refill dengan cepat.

Masalah ibu mudah penat

Ibu yang berpantang sebaiknya digalakkan minum air dengan kerap. Ini adalah untuk mengelakkan dahaga, kepenatan dan kelesuan. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan ibu merasa letih dan mudah penat.

Masalah ibu kerap tidur ketika menyusukan

Ini bukan satu masalah, tetapi waktu ini akan memberi ibu berehat. Istilahnya co-sleeping. Memang ibu akan mudah mengantuk ketika menyusukan, tetapi tidur ini sebentar saja untuk ibu berehat dan kembali segar semula selepas itu.

Cadangan vitamin yang sesuai untuk ibu berpantang

Memandangkan ibu ini sedang berpantang, maka saya cadangkan set berpantang plus dengan ESP Shaklee.

Apa yang ada dalam set berpantang ini  :

- Vitalea multivitamin
Memberikan vitamin dan mineral yang cukup untuk keperluan badan, ibu yang berpantang banyak kehilangan darah sewaktu proses kelahiran, maka vitamin ini sangat membantu untuk menstabilkan kekurangan darah.

-B complex
Sangat bagus untuk kembalikan semula aliran darah, stabilkan tekanan darah untuk mengelakkan terjadinya tumpah darah dan kekurangan darah. Ibu yang berpantang sangat bahaya bila kekuranga darah, pening atau tumpah darah.

- Vitamin c
Untuk memperbaiki semula struktur kulit, memberi perlindungan kepada sistem imun tubuh, kerana diwaktu ini tubuh masih lemah.

- Zinc
Mempercepat penyembuhan luka jahitan. sangat bagus untuk masalah rambut gugur selepas melahirkan, juga membantu mengelakkan kaki kebas, kekejangan otot.

- Esp Shaklee
Sumber protien yang sangat bagis, dan kaya dengan asid amino perlu yang sangat diperlukan tubuh.
Ia juga berupaya mengembalikan tenaga yang hilang, membantu membanyakkan susu ibu.

Namun saya ingatkan ibu semua, vitamin adalah pembantu, yang paling utama adalah usaha ibu itu sendiri.

Saya akui, saya sendiri gemar minum Esp setiap pagi dan petang, memang akan rasa cergas, tidak lesu dan lemau.

Jika anda sering rasa lesu, lemah dan mengantuk, kurang tumpuan, saya sarankan anda minum ESP ini,
bukan saja bertenaga, malah tahap kesihatan anda juga ditahap yang baik kerana protien tubuh anda sudag dipenuhi. Wajah akan kembali segar, kulit akan kembali licin, berat badan pun seimbang.

HUBUNGI SAYA!!!
Nurul
sms@whatsapp - 0126764743
emel : ammarhauu@gmail.com
tetapi saya prefer sms@whatsapp.

Tuesday, 22 January 2013

PANDANGAN MENGENAI KHASIAT VITAMIN IBU MENYUSU

Saya ada banyak menerima emel, sms, whatsapp, pm facebook mengenai persoalan
Adakah benar vitamin itu menambahkan kualiti dan khasiat susu ibu, dan ianya boleh bantu tambah susu

Apa yang saya boleh jawab adalah  :

1. VITAMIN bukanlah sebab utama yang menjadikan susu ibu itu berkualiti dan lebih khasiat.
Kerana sebenarnya susu ibu memang berkualiti.
Ia mengandungi protien lengkap, vitamin-vitamin, mineral,hormon, growth factor, imuniti, dan pelbagai khasiat yang tiada terdapat dalam susu formula.

Kenapa dikatakan bila ambil vitamin itu susu menjadi lebih berkualiti?

Walaupun saya penjual vitamin, namun saya nak perbetulkan pandangan sebenarnya.

1. Susu ibu nampak cair- tanda susu kurang berkualiti.

Sebenarnya anda salah. nilai nutirisi ataupun khasiat susu ibu tetap sama dalam apa jua keadaan.
Bila susu kelihatan cair, bermakna - anda mungkin memerah dalam cuaca atau keadaan panas. Susu akan cair kerana ia mengandungi lebih air untuk menghilangkan rasa dahaga anak anda.

Bila susu kelihatan pekat - ini bermakna anda memerah dalam keadaan sejuk seperti masa hari hujan ataupun dalam aircond. Susu menjadi lebih pekat kerana nak beri anak anda rasa hangat dan lebih kenyang dikala keadaan sejuk.
Namun jika anda lebih mengambil sumber protien juga adakalanya susu anda kelihatan agak pekat.

Kesimpulannya: susu cair atau pekat tetap sama khasiat susu ibu itu.

Jadi apa perlunya makan vitamin?
Vitamin adalah pelengkap nutrisi yang diperlukan tubuh.
Kenapa ibu menyusu perlu ambil vitamin?
Ibu menyusu sangat cepat membakar kalori, jadi mudah penat, dan lesu lebih-lebih lagi bila ibu itu seorang yang berkerjaya seperti saya.
Fungsi vitamin adalah lebih untuk tambah tenaga, dimana kita membantu ibu yang menyusukan anak untuk lebih bertenaga, cergas dan sihat.
Kejadian susu boleh menjadi banyak selepas mengambil vitamin adalah disebabkan oleh sistem badan ibu telah stabil kesan dari mengambil vitamin. Perjalanan darah menjadi lancar, maka penghasilan susu ibu sangat lancar.
Namun ianya perlu disertai dengan usaha-usaha wajib seperti mengepam dengan konsisten, minum air masak 3 liter, makan dengan seimbang, elakkan stres, enjoy kemanisan menyusui si manja.
Vitamin dari sumber semulajadi adalah vitamin yang mudah diserap oleh tubuh kerana dalam sehari belum tentu kita dapat memenuhi khasiat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Jadi pandangan saya elakkan mengharap 100% selepas makan vitamin susu akan keluar memancut mancut.
Jika tiada usaha langsung dari anda.


Okayy.

saya harap semua boleh clear dengan penjelasan mudah ini.

Jika anda punyai sebarang kemusykilan mengenai penyusuan atau mahu mencuba vitamin, boleh contact saya
Nurul - 0126764743


Thursday, 17 January 2013

KENALI MITOS DALAM PENYUSUAN SUSU IBU

Dalam menjayakan penyusuan susu ibu, mesti ada beberapa perkara yang mungkin kita sendiri tak berapa nak tahu atau mungkin kabur dengan maknanya sendiri. Ini kerana kebanyakan perkara tersebut di bawa dari orang-orang tua dan diturunkan kepada anak-anak.

Apakah mitos yang sentiasa kita dengar dan mungkin ianya sedikit mengganggu emosi seorang ibu untuk menyusui anaknya  :


  • Susu Ibu Pada Hari Pertama Perlu Dibuang
MITOS - Ini kerana berpunca dari warna susu itu dihari pertama adalah berwarna kuning jagung, yang mana kebanyakan orang tua-tua menyuruh kita membuangnya kerana mereka percaya itu adalah SUSU BASI!!!

FAKTA - Sebenarnya ini adalah susu yang paling bermakna buat si kecil. Ia dipanggil kolostrum yang sangat kaya dengan protien,imun, zat-zat yang diperlukan bayi.

  • Saya Keturunan Tiada Susu
MITOS - Seorang ibu yang dahuluya tidak menyusukan anaknya kerana mengatakan tiada susu, maka kepercayaan itu juga diturunkan kepada anaknya bahawa mereka adalah keturunan yang tiada susu.

FAKTA - Susu diawal kelahiran memang sedikit, itu bukan bermakna tiada susu, perlukan kekerapan menyusu, lebihkan sentuhan kulit ke kulit, minum air secukupnya, makan seimbang, barulah akan menghasilkan susu yang menggalakkan.

  • Perlu Beri Air Masak Supaya Tak Sembelit.
MITOS - Percaya jika memberi air masak akan memudahkan bayi membuang, elak masalah sembelit.

FAKTA - Bayi yang berumur dibawah 6 bulan tak perlu diberi air masak, kerana susu ibu itu sendiri bersifat laksatif, dan sangat mudah hadam. Pemberian air masak mungkin hanya akan memburukkan keadaan dimana akan menghakis lapisan dinding pertahanan usus bayi.

  • Payudara Kanan Nasi , Payudara Kiri Air
MITOS - Menggalakkan memberi payudara kanan dahulu kerana mempercayai itu adalah seumpama nasi, dan perlu minum setelah makan.

FAKTA - Kedua-dua belah payudara sama saja. Cuma mungkin kepekatan susu itu yang berubah kerana memang digalakkan ibu untuk menyusukan anak dengan payudara yang kanan dahulu, maka sudah tentu bayi  akan menyusu sehingga susu akhir (HINDMILK) yang nampak lebih pekat.
Kemudian apabila bayi hendak menyambung penyusuan kepada payudara kira, sudah tentu akan keluar susu  awal (FOREMILK) yang nampak lebih cair. Ini kerana kemungkinan bayi sudah kenyang menyusu sebelah payudara .

  • Breast Saya Tenggelam. Saya Tak Boleh Menyusukan Anak.
MITOS - Kerana percaya ibu yang hanya mempunya bentuk payudara sempurna sahaja yang boleh menyusukan anak.

FAKTA - Tidak kira apa pun rupabentuk payudara, semua ibu memang mampu menyusukan anak. cuma mungkin memerlukan bantuan dan sokongan dari mereka yang arif.

  • Anak Saya Masih Kuning ( Jaundis) Jadi Saya Perlu Berhenti Menyusukan
MITOS - Mempercayai bahawa bayi terkena jaundis kesan dari pemakanan ibu sewaktu berpantang.

FAKTA- Kebanyakan bayi akan mengalami masalah jaundis, namun apa pun jenis jaundis pengubat terbaik adalah susu ibu, ini kerana jaundis berlaku kerana hati bayi masih belum cukup matang untuk mengasingkan mekonium, susu ibu sangat diperlukan untuk membantu bayi membuang mekonium dari tubuh.
Mungkin jaundis akan jadi lebih lama jika bayi tidak kerap disusukan dengan susu ibu.

  • Ibu Hamil Dilarang Menyusukan Bayi
MITOS - Kerana risau bayi dalam kandungan dan akan mengalami kekurangan zat, dan kemungkinan boleh membawa kepada keguguran.

FAKTA - Ibu yang hamil masih boleh meneruskan penyusuan, tapi perlulah membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan memastikan tiada sejarah masalah pendarahan, keguguran dan masalah rahim yang lain pada kehamilan yang lalu.

  • Ibu Dilarang Menyusukan Anak Serentak
MITOS - Menyusukan antara anak yang besar dan yang kecil secara serentak akan membuatkan anak yang besar lebih mendapat khasiat susu berbanding adik dan lebih manja.

FAKTA - Tiada masalah, kerana komposisi susu itu sama, dan susu akan terhasil semula selepas sesi penyusuan. Malah mereka akan lebih akrab.

  • Anak Yang Menyusu Lebih 2 Tahun Tidak Bijak  
MITOS - Terlalu berpegang kepada bayi harus menyusu selama 2 tahun saja, maka selebihnya akan menjadi keburukan.

FAKTA - Tidak ada kajian yang menunjukkan kesan keburukan penyusuan melebihi 2 tahun malah kajian mendapati semakin lama tempoh penyususan, kadar IQ semakin tinggi.

  • Anak Saya Kerap Menangis Tak Cukup Susu.
MITOS - Percaya apabila bayi menangis hanya hendak menyusu sahaja.

FAKTA - Menangis adalah tanda akhir bayi hendak menyusu. Selain itu, menangis bukan saja menunjukkan bayi hendak menyusu, kemungkinan dia panas, tak selesa, tak tenteram. Kerana menangis adal medium utama percakapan bayi.

  • Anak Berumur 2 Tahun, Bukan Menyusu, Tapi Minum Darah.
MTOS - Terlalu terikat dengan tempoh penyusuan selama 2 tahun.

FAKTA - Memang susu itu asalnya dara, maknanya bukan saja berumur 2 tahun minum darah, malah sedari bayi lagi. Pernahkah ibu yang menyusu anak lebih 2 tahun perah susu keluar darah semata? Saya rasa tak pernah.

Itulah serba sedikit perkongsian yang saya nak sampaikan kepada ibu2 semua, supaya anda semua serba sedikit boleh memberikan jawapan yang tepat kepada mitos-mitos ini.

Mungkin ada banyak lagi mitos yang saya sendiri tak ketahui mungkin, ibu-ibu boleh kongsi dengan saya dalam ruangan komen.

Jika ibu-ibu menpunyai masalah dalam penyusuan, boleh hubungi saya untuk bantuan perkongsian ilmu.

Nurul - 0126764743

Wednesday, 26 December 2012

CARA MEMBANYAKKAN SUSU IBU

Tahniah saya ucapkan kepada semua ibu yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya.
Anda adalah ibu yang sangat hebat!!!
Namun kepada ibu yang kurang berjaya, anda masih belum ketinggalan. Masih belum terlambat. Anda masih berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik membanyakkan susu.

APAKAH CARA BERKESAN UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU IBU?

  1. Mind Set
Minda yang telah anda set sedari awal sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu.
Jika anda set anda dari keturunan tiada susu, maka tiadalah susu yang keluar, tetapi jika anda set Insyaallah aku akan berjaya menyusukan si manja selama mana yang dia mahu.
Tentu ramai yang terfikir apa kaitannya membanyakkan susu ibu dan minda?
Begini. sebenarnya minda kita memainkan peranan penting untuk menghantar isyarat ke payudara untuk mengeluarkan susu.

2.  Percaya Dan Yakin
Ibu-ibu perlu mempunyai kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri khasnya ibu muda yang baru melahirkan anak pertama.
Polisi penyusuan susu ibu pun sudah menyatakan Penyusuan Eksklusif selama 6 bulan.
Yakin anda mampu menyusukan anak anda sepenuhnya tanpa bantuan susu formula.

3.Pam Dengan Konsisten
Pengepaman yang konsisten sangat membantu khasnya bagi ibu yang bekerja.
Ini kerana si ibu akan berjauhan seketika dengan anak.
Maka tujuan pam ini adalah sebagai usaha untuk mengekalkan kuantiti susu.
Berapa kali nak pam setiap hari?
Terpulang kepada kemampuan ibu, namun yang paling baik untuk ibu yang tiada masalah, memadailah 3 kali sesi mengepam sepanjang hari bekerja.
Jika ibu punyai masalah produksi susu kurang, perlu menggandakan sesi tersebut, mungkin setiap 2 jam sekali.
JANGAN sesekali anda Skipped masa mengepam, kerana ini akan menjejaskan kuantiti produksi susu.

4. Pam Sehingga Payudara Benar-benar Kosong
Ini sangat perlu kerana jika tidak mengosongkan benar-benar payudara kemungkinan akan berlaku saluran susu tersumbat, hanya susu cair saja yang banyak keluar,melambatkan proses penghasilan semula susu, bengkak susu, pengaliran susu tidak lancar.
Oleh itu pastikan ibu benar2 mengepam payudara sehingga kosong.

5. Minum Air Banyak
Amalkan minum air masak sebanyak 3 liter sehari kerana ibu yang menyusu akan membakar banyak kalori, dan mudah berpeluh dan ini menyebabkan bendalir dalam badan semakin berkurangan dan perlu sentiasa diganti.

6. Makan Seimbang
Ibu menyusu tidak perlu diet atau menyekat pemakanan. Hanya perlu memastikan mendapatkan diet yang seimbang seperti makan nasi, sayur, sumber protien seperti ayam, ikan daging,telur dan sebagainya.

7. Amalkan Suplemen
Ini bukanlah wajib, namun ianya satu additional kepada kesihatan ibu. Jika ibu kurang sihat mesti penghasilan susu ibu akan tejajas. Suplemen akan membantu mencukupkan nutrisi ibu, dan sekaligus ibu akan lebih bertenaga, sihat dan cergas.

8. Urutan
Lakukanlah urutan sekali sekala pada sekitar payudara ataupun seluruh badan. Cara ini adalah sebagai penghargaan untuk ibu supaya dapat kembali cergas dan saluran darah yang lancar.

Jika anda ada masalah penyusuan boleh hubungi saya
sms,whatsapp - 0126764743
Nurul


DIET DAN PEMAKANAN IBU MENYUSU

Kebaikan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi


Sangat bahagia bila kita telah menjadi seorang ibu, dan paling seronok lagi bila kita dapat menyusukan anak sendiri.
Secara zahirnya setiap ibu mampu untuk menyusui anak sendiri, kerana susu ibu itu merupakan makanan terbaik untuk bayi.
Ia mengandungi khasiat yang tidak ternilai, khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran bayi dan perkembangan bagi memastikan bayi kita membesar dengan sihat.
Susu ibu mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi dalam melindungi bayi dari mendapat serangan jangkitan yang biasa dialami oleh bayi baru lahir.
Ia sangat sesuai mengikut perkembangan bayi, tidak seperti susu formula, yang mana ia biasa akan menyebabkan bayi cirit birit.

Manfaat kesihatan bukan sahaja pada bayi, malah ibu juga turut mendapat manfaat yang sangat besaar dalam kesihatan.
Ibu yang menyusukan anak dapat mengurangkan risiko kanser payudara, kanser ovari.
Kerana sepanjang tempoh penyusuan tersebut sangat membantu ibu mengecutkan semula rahim selepas bersalin, juga menjarakkan tempoh kehamilan secara semulajadi.
Penyusuan eksklusif selama 6 bulan sangat digalakkan dan meneruskannya sehingga 2 tahun, selain itu, selepas bayi berumur 6 bulan perlu diberi makanan pelengkap yang seimbang.

Diet Ibu Yang Menyusukan Anak


Ibu yang menyusukan anak perlukan diet yang terbaik dalam memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Diet itu bukan bermakna mengawal berat badan sahaja, sebenarnya apa yang ibu itu ambil makan dan amalkan untuk kesihatan ibu sendiri.

Minum Air Banyak - Ibu menyusukan anak sangat perlu memenuhi keperluan cecair dalam badan. Oleh itu disarankan untuk minum air masak 3liter sehari. Ini adalah untuk mengekalkan paras bendalir dalam badan, kerana dalam proses penyusuan itu sendiri akan banyak mengeluarkan air kerana kalori akan banyak terbakar.

Makan seimbang - Ibu perlu mendapatkan makana seimbang, karbohidrat, protien, vitamin dan semuanya.
Kerana dari makanan itu tadi akan diproses menjadi susu untuk diberi kepada bayi.

Saranan nutrien yang perlu diambil untuk ibu menyusu  -

Multivitamin
Menyediakan vitamin dan mineral penting untuk ibu yang mana ianya tidak boleh didapati dari diet seharian.
Kadar vitamin yang mencukupi membantu menghasilkan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protien
Bayi memerlukan protien yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna.
Sumber protien terbaik seperti protien soya dalam diet penyusuan amat penting utnuk penghasilan susu.
Protien membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.
Ibu yang meyusukan anak disarankan untuk mengambil 3 hidangan protien berkhasiat setiap hari.

Vitamin C
Dlam satu kajian didapati ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin c menunjukkan khasiat vitamin c tersebut tertumpu kepada bayi. Oleh itu ibu yang menyusukan secara eksklusif akan melindungi bayi dari kekurangan vitamin c. Vitamin c sangat penting bagi menguatkan sistem imun bayi, membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Vitamin yang diperlukan untuk menyokong sistem saraf dan metabolisma yang kuat.
Fungsinya termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel yang sihat, penghasilan tenaga untuk sel, mengekalkan tenaga saraf.
Ibu yang menyusukan anak perlu mendapat vitamin b kompleks untuk memberi khasiatnya kepada bayi.

Kalsium
40% daripada susu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Ibu yang menyusukan disaran untuk mengambil 1300mg kalsium setiap hari.

Alfalfa 
Mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin. Semua vitamin tersebut sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Alfalfa secara tradisional digunakan sebagai meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Omega -3
Menggalakkan perkembangan otak dan mata anak.
Telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron mudah berhubung bila Omega - lebih banyak dalam otak.

Oleh itu diet yang seimbang, pengambilan nutrisi yang diperlukan sangat menbantu melancarkan perjalanan penyusuan itu sendiri.

Jika anda ingin konsultasi penyusuan dan juga milkbooster sebagai alternatif
Boleh hubungi saya
-0126764743



Monday, 29 October 2012

MENYUSUKAN BAYI BANTU KURUSKAN BADAN

APAKAH CARA TERBAIK MENURUNKAN BERAT BADAN

Soalan yang sering diajukan kepada saya oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin khasnya.
Sebenarnya masalah berat badan ini amat sensitif kepada wanita, saya juga begituuu.....
Saya juga maklum ramai ibu-ibu yang berusaha mencuba pelbagai produk pelangsing dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mengatasi masalah ini.

Lumrah juga sebagai seorang isteri yang ingin kelihatan jelita dihadapan suaminya dengan bentuk tubuh yang menawan agar sentiasa dapat menambat hati suaminya. Bermakna bukan tidak puas hati dengan apa yang ada, tapi nak yang lebih baik, iyalah, bila dah bersalin anak sorang dua, kadangnya berat badan susah nak turun. Tambahan pula jika ibu itu menyusukan anak amat tidak digalakkan mengambil ubat pelangsing dan berdiet berlebihan kerana dikhuatiri akan menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.

Secara asasnya menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah ramai ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan kerana setiap sesi menyusukan 200 - 500 kalori  digunakan setiap hari, bagaimanapun pemakanan perlulah dijaga.

PANDUAN MENURUNKAN BERAT BADAN UNTUK IBU MENYUSU


  • Minum air secukupnya sekurangnya 3 liter sehari - air yang cukup akan melancarkan sistem badan dan mengekalkan kadar metabolisma.
  • Makan apabila lapar - 4 - 6 hidangan sehari dalam kuantiti yang kecil
  • Makanan yang diambil perlu seimbang
  • Mengambil vitamin tambahan untuk menambah kecergasan ibu, juga sebagai antioksidan.

PENGALAMAN TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN MENYUSUKAN ANAK

Pengalaman saya pada kedua-dua kelahiran, memang sangat senang untuk saya menurunkan berat badan dengan menyusukan anak.
Bayangkan sewaktu sebelum kahwin berat badan saya 68kg - dah puas usaha nak kurus namun tak membuahkan hasil.
Sewaktu mengandung maksima berat saya 70 - 72 kg
Sewaktu berpantang saya sepenuhnya menyusukan anak dan berat badan saya menjunam kepada 60kg. 
Semua seluar pun dah longgar, baju yang dulunya saya simpan dah boleh pakai, xde masalah nak cari seluar jeans.
Dan berat badan itu Alhamdulillah dapat dikekalkan  hingga sekarang.

Jika anda inginkan berat badan yang ideal selepas bersalin,
bolehlah hubungi saya untuk dapatkan vitamin yang sesuai
sms,whatsapp - 0126764743
emel - ammarhauu@gmail.com



Wednesday, 24 October 2012

VITAMIN BUAT IBU MENYUSU JADI CERGAS

Ibu yang menyusukan anak sememangnya kita selalu lihat mereka ini mudah tidur bersama anak mereka ketika menyusukan. Ini bagus, kerana ianya dipanggil sebagai co-sleep.

Namun ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka sangat mudah penat lebih-lebih lagi ibu yang bekerja, dan tiada maid dirumah.

Saya sendiri mengakui agak mencabar, dan memenatkan, itu belum ditambah lagi dengan perjalanan dari rumah ke pejabat yang agak jauh dan sesak.

PUNCA PENAT/LETIH   

Banyak sebenarnya punca penat ini, ada yang berpunca dari bebanan kerja yang sangat banyak, kurang tidur dan tak ketinggalan juga dari punca pemakanan yang tidak sihat.

Apabila kita makan makanan yang tidak sihat, nutrien tidak akan akan diserap tubuh, kerana tiada nilai kalori yang sihat yang dapat disalurkan kepada tubuh, malah hanya meningkatkan radikal bebas dalam badan. Semakin banyak radikal bebas yang termampat dalam badan, semakin banyak sel tubuh yang akan rosak.
Apabila sel tubuh mula mengalami kerosakan, maka akan banyaklah terjadinya masalah kesihatan seperti mudah demam, selsema,penyakit kronik dam macam-macam lagi.

BAGAIMANA VITAMIN MEMBANTU IBU MENYUSU JADI CERGAS?

Ramai orang yang bermasalah dalam penyusuan khasnya masalah susu merudum.
Namun saya amat kasihan pada ibu2 tersebut yang rasa terpaksa mencari MILKBOOSTER dikala susu telah merudum teruk.
Cara ini adalah tidak bertepatan sama sekali kerana sekali anda makan MILKBOOSTER bukan bermakna susu secara tiba-tiba akan meningkat.
Ibu - ibu perlu faham dan mengkaji semula apa punca sebenar masalah susu merudum. Kemudian barulah mencari jalan penyelesaian.
Vitamin juga sering disalah anggap sebagai MILKBOOSTER. Jika anda berfikir begitu anda salah sebenarnya.
Sebenarnya memang terbukti vitamin membantu ibu yang mempunyai masalah dalam penyusuan, kerana kebanyakan ibu-ibu ini mengalami masalah kesihatan yang nyata iaitu mudah letih. Apabila ditanya bagaimana dengan pemakanan dan pengambilan air, jawapan mereka, makan ikut sempat dan minum klu rasa haus.

Ibu-ibu yang mengamalkan vitamin lebih merasa diri mereka cergas dan lebih sihat, kurang penat, malah produksi susu pun semakin meriah.

Ini kerana vitamin berfungsi untuk menyingkirkan radikal bebas dalam badan yang membuatkan sel tubuh menjadi lemah. 
Selepas itu ia akan memperbaiki sel-sel yang telah rosak tadi dengan menggantikannya dengan sel yang baru.
Apabila sel telah digantikan dengan yang baru, maka sistem tubuh pun akan berjalan dengan baik.
Saluran darah pun tidak lagi disempitkan dengan blok-blok mendapan lemak tepu yang tidak sihat.
Kulit mempunyai tekstur yang lebih baik.
Kesihatan tulang pun semakin baik, kerana bekalan kalsium yang diperlukan tubuh mencukupi.

SUSU MENINGKAT SELEPAS MAKAN VITAMIN?

Ya! Boleh terjadi kerana atas usaha ibu itu juga seperti mengepam dengan konsisten, minum air 3 liter sehari, plus makan vitamin. 
Susu adalah sumber protien dan pelbagai nutrien lain. Jika badan ibu mempunyai cukup nutrien , susu pun akan lebih meningkat. Tambahan pada kualiti susu tersebut, dimana ibu yang mengamalkan pemakanan yang sihat, akan menyalurkan kesihatan pada anaknya melalui susu ibu.

Yaaa. begitulah kisahnya mengenai ibu yang sering mengadu penat.

Antara vitamin yang boleh membantu ibu menghilangkan kepenatan dan kelesuan adalah  :

beautymom
Dapatkan set penyusuan ini dengan menghubungi saya 
Nurul 0126764743

konsultasi akan deberi percuma.

Monday, 22 October 2012

7 TIPS RELAKTASI

APA ITU RELAKTASI?

Relaktasi adalah proses menyusukan semula bayi dimana sebelum ini bayi tidak menyusu dengan susu ibu.
Proses ini tidak mustahil untuk dilakukan, tapi memerlukan kesabaran yang tinggi. Semakin besar umur bayi itu, semakin banyak cabaran yang harus ditempuhi.  Selain usaha yang berterusan, doa yang berterusan juga sangat penting untuk menentukan keberhasilan usaha.

BAGAIMANA UNTUK MULAKAN RELAKTASI?

Pelbagai cara yang boleh digunakan untuk memulakan relaktasi. 
Namun yang penting adalah ibu itu perlu memulakannya dan jangan sesekali berharap bayi anda akan terus faham dengan apa yang anda inginkan.

Dikali yang pertama, anda bolehlah memulakan skin to skin contact dengan bayi, iaitu menanggalkan pakaian bayi, hanya tinggal daipers sahaja, masukkan bayi anda kedalam baju, atau selimut , pastikan kulit bayi dan kulit anda bersentuhan. Berikan bayi anda menghidu bau payudara anda. Sambil itu bercakap-cakaplah dengan bayi anda.

Selepas itu anda boleh mempraktikkan babarapa tips yang boleh membantu proses relaktasi antaranya  :

  1. Ibu perlu yakin. Keyakinan yang sangat tinggi sangat diperlukan. Sekali anda dah buat keputusan untuk relaktasi, jangan menoleh kebelakang, teruskanlah walaupun ianya mengambil masa dan agak mendugakan perasaan ibu.
  2. Berjumpa,berhubung dengan kaunselor nahupun pakar laktasi untuk mendapatkan bantuan . Ia sangat penting agar anda terus bersemangat dan tidak patah semangat.
  3. Mengamalkan pengambilan suplemen mahupun ubat mestilah dari preskripsi doktor. Ia sangat penting kerana untuk anda tahu apa yang tubuh anda perlukan.
  4. Rutin memerah susu hendaklah dijaga dengan sedisiplin mungkin. Jika tidak anda akan ptus asa. Biarlah dipertama kali tiada setitik pun namun tetap diteruskan juga. Konsistensi mengepam adalah setiap 3-4 jam dan 15-20 minit setiap payudara..Sentiasa tanam pada diri anda bahawa susu akan hadir, dan anda tak perlu stress memikirkan berapa banyak yang akan keluar.
  5. Digalakkan mengambil makanan penambah susu untuk bantu lagi tingkatkan keyakinan anda. Namun anda tidak boleh bergantung 100% kepada makanan penambah susu, kerana jika rutin mengepam tidak dilakukan dengan konsisten, memang tidak akan mendatangkan hasil.
  6. Berdoa sebanyak mungkin. Niatkan apa yang kita lakukan adalah untuk anak kita dan kebaikan masa hadapan mereka.
  7. Positifkan fikiran anda. Jangan fikir persepsi masyarakat yang memperlekeh usaha anda. Teruskan , sabar dan yakin boleh anda boleh melakukannya.
Selain itu sokongan suami juga sangat perlu dalam menjayakan relaktasi ini. Mungkin anda boleh menceritakan sedikit sedikit mengenai kebaikan penyusuan susu ibu ini.

Itulah serba sedikit ilu yang saya kongsikan kepada anda, atau mungkin anda mempunyai cara yang lebih baik yang boleh dikongsi, boleh kongsikan diruangan komen.


Sunday, 30 September 2012

RAHSIA BANYAKKAN SUSU BADAN

Ibu- ibu yang baru mendapat baby pastinya teruja untuk mengumpul stok yang banyak kan.
dan pastinya seronok jika dapat mengumpul stok dengan jayanya.

Namun cabaran tetap ada, tetapi itu hanyalah sedikit ujian dari Nya untuk ibu-ibu lebih tabah.

Bercakap tentang rahsia banyakkan susu badan, saya banyak menerima panggilan dan bertanya bagaimana saya dapat membanyakkan susu sewaktu dalam pantang lagi.

Jawapan saya begini  :

RAHSIA BANYAKKAN SUSU 

Saya mula membuat stok sejak bulan kedua saya berpantang.Memandangkan saya dapat maternity leave selama 3 bulan.

Bulan Pertama
Bulan ini adalah bulan pertama untuk saya dan baby saling mengenali antara satu sama lain ( ecehh... macam bercinta pulak).
Nak tahu rythm masa baby menyusu, untuk baby mengenal ibu.
Pendek kata bulan pertama tu bergomol - gomolan saja dengan baby

Bulan Kedua.

Saya mulakan dengan membuat stok . 
Sesi perahan pertama adalah pagi hari sebelum baby bangun.
Sesi kedua setelah saya tidurkan baby . Kiranya lepas baby mandi semua la.
Sesi ketiga selepas makan tengahari.
Sesi keempat sewaktu baby tidur petang

Bulan ketiga 
Saya mula melatih baby minum EBM 
Saya mulakan sehari satu sesi, dan sesi itu meningkat hari demi hari.
Diingatkan!!
Saya mula melati si kecil Amsyar tidak menggunakan botol
Saya hanya pakai sudu plastik ataupun cup kecil.

Jadi 2 minggu sebelum kerja saya dah mula hantar Amsyar ke taska
Saya mula tinggalkan untuk beberapa jam dan tengok apa reaksi Amsyar.
Alhamdulillah semuanya lancar

Jadi apa kaitannya dengan banyakkan susu badan?

Ya. Banyakkan direct feeding, mengepam dengan konsisten sehingga payudara benar2 kosong.
Itulah caranya.

Selain itu ramai juga yang bertanya pada saya apa rahsia pemakanan saya.

Saya mengamalkan pengambilan vitamin untuk kecergasan badan. Kerana saya percaya jika saya cergas, tidak stress, maka susu pun akan mengalir lancar.
Selain itu saya mengamalkan minum SOY PROTIEN SHAKLEE.
Ianya sangat membantu saya lebih cergas dan susu pun menjadi lebih banyak.

Tidak susah rasanya jika anda semua nak tingkatkan hasil susu.
Minum air masak 3 liter sehari
Makan seimbang.

konsepnya mudah

PAM, DIRECT FEEDING, MAKAN DAN MINUM YANG CUKUP

SET TRIPLE M SANGAT MEMBANTU IBU YANG MENYUSU

JIKA ANDA INGIN DAPATKAN VITAMIN YANG SESUAI UNTUK IBU MENYUSU 
pm,sms,whatsapp saya 0126764743 sekarang


Monday, 17 September 2012

SUSU MERUDUM SELEPAS BERPANTANG

Ibu yang selepas melahirkan anak sudah tentu seronok dapat menyusukan anaknya sepanjang tempoh berpantang.
Dan pastinya banyak stok susu yang berjaya dikumpul sebagai bekalan untuk diberi kepada anak apabila ibu sudah mula bekerja nanti.
Namun ada segelintir ibu yang mengalami kemeruduman susu setelah kembali bekerja. Hal ini sangat membimbangkan ibu khasnya bagi ibu yang sering bekerja luar daerah mahupun yang bekerja dilapangan.
Walau apa pun, ibu perlulah kaji dahulu punca bagaimana terjadi kemeruduman susu ini dan jangan sesekali mudah menyerah dengan memberikan anak susu formula kerana si kecil anda belum mencapai usia 6 bulan.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA SUSU MERUDUM

1. Kenalpasti punca susu merudum. Adakah ianya berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Kurang sesi mengepam
-Stress- kerana banyak kerja
-Kurang direct feeding dengan anak

2. Bagaimana pula dengan pengambilan air dalam sehari
Dalam sehari kalau orang tidak menyusu digalakkan ambil air 2Liter sehari, tetapi bagi ibu yang menyusu digalakkan mengambil 3Liter sehari. Ini adalah untuk mencukupi keperluan ibu itu sendiri selain untuk anak.
Kalu badan kite kurang air akan datang masalah lain pulak seperti dehidrasi, darah terlebih pekat,buah pinggang bermasalah dan banyak lagi.

3. Bagaimana pula dengan pemakanan
Ibu yang menyusu saya sarankan anda janganlah terlalu sibuk nak berdiet hanya nak nampak kurus.
Tahukah anda setiap sesi penyusuan akan membakar lebih kurang 300 kalori dalam badan. Seronok kan dengar.
Jadi ibu yang menyusu anda tetap bersenam walaupun sedang berbaring dengan anak anda.
Apa yang perlu dimakan adalah semua nutrien seperti karbohidrat, protien, kalsium,lemak dan segalanya anda perlu makan. Tapi jangan main redah, perlu berpada dalam sesetengah kandungan karbohidtrat dan lemak agar tak menjadi kolesterol pula.

Perlukan ambil suplemen untuk tambahkan susu?

Sebenarnya tiada suplemen mahupun vitamin yang spesifik untuk penyusuan. Namun ianya disesuaikan mengikut keperluan ibu itu sendiri.
Saya berani katakan tanpa mengambil sebarang suplemen pun ibu masih boleh mengekalkan produksi susu.
Jadi apakah fungsi suplemen?
Suplemen berfungsi untuk melengkapkan nutrien yang kurang oleh kerana cara pemakanan zaman kini kebanyakannya adalah segera, dan jika tidak segera pun, kebanyakan zat dari sumber makanan itu sendiri sudah banyak hilang dan badan kita hanya dapat sedikit sahaja.
Bila tubuh mendapat bekalan makanan yang cukup, ia bukan sahaja kenyang, malah sihat dan cergas untuk bekerja.
Itulah fungsi suplemen.

Dipendekkan cerita apa ibu2 jangan sesekali skip mengepam ya.

Jika anda mahu bantuan bimbingan penyusuan, mahupun suplemen untuk membantu menjayakan penyusuan jangan segan untuk hubungi saya
sms,whatsapp 0126764743 - nurul

Saturday, 4 August 2012

VITAMIN IBU MENYUSU

Ramai ibu yang baru melahirkan anak khasnya selalu merungut tiada susu, mahupun susu kurang.
Sebenarnya perkara ini tidak perlu dijadikan alasan untuk tidak menyusukan anak.
Sya kongsikan sedikit tips untuk menstimulate payudara:
- LAKUKAN BREAST MASSAGE di sekitar payudara menggunakan jari saja.
- Gentel puting untuk merangsang Let Down Reflex.
- Rilex kan minda dengan tenang suakan mulut anak anda ke payudara, dan biarkan dia menghisap sendiri.
Mudah bukan.

CABARAN DALAM PENYUSUAN

Dalam merealisasikan  penyusuan ini memang banyak cabaran antaranya Sokongan sama ada dari suami mahupun keluarga. Komuniti juga perlu membantu seperti mewujudkan Kumpulan Sokongan.
Selain itu mental ibu perlu kuat. Perlu mendalami ilmu penyusuan agar dapat berdepan dengan pandangan negatif oleh segelintir masyarakat.
Dari segi pelaksanaan pula, mungkin ibu akan sedikit stress dalam melalui saat seperti anak yang kerap menangis, anak asyik mengempeng, puting luka, anak jaundis dan sebagainya. Percayalah semuaitu sementara saja. bayi anda baru nak menyesuaikan diri dengan keadaan dunia.
Namun tidak kurang juga ibu yang menyusu sering mengeluh mudah penat, lesu,tekanan darah menjadi rendah.
Kenapa masalah ini terjadi.? Ramai ibu yang menyusukan anak makan tanpa mengikut saranan yang sepatutnya. Alasan mereka jika kurang makan, susu pun kurang.
Memang tiada salahnya anda makan untuk maintain supply susu anda,namun perlu diingat haruslah mengambil makanan yang seimbang.
Kerana jika ibu makan "main bedal" kemungkinan akan mendatangkan masalah lain. Maka inilah faktor yang menyumbang kepada penat dan lesu itu tadi.

HARUSKAH IBU MENYUSU AMBIL VITAMIN

Jawpan saya tepuk dada tanya badan.

Kerana saya yakin tidak semua ibu yang gemarkan makan sayur,minum susu,makan nasi dan sebagainye.
Jadi bagaimanakah cara ibu nak mendapat segala faedah nutrisi daripada makanan.Amalkanlah pengambilan vitamin sebagai suplemen. 

SUPLEMEN TAMBAH SUSU

Ya benar suplemen akan membantu menambahkan susu ibu sekiranya ia diaplikasikan bersama konsep penyusuan yang betul iaitu DEMAND AND SUPPLY.
Minum air meatilah sekurangnya 3liter sehari. Cuma jika anda mengambil vitamin anda mendapat extra kebaikan, pada tubuh ibu itu sendiri. 
Suplemen ini melengkapkan nutrisi yang kurang pada tubuh dan menyokong fungsi tubuh, agar segala sistem berjalan dengan baik, dan manfaatnya tubuh ibu kekal cergas, sihat dan cantik luar dalam.

Tidak mahukah jika anda seorang ibu yang menyusukan, tetapi anda masih cergas bekerja, buat kerja rumah, layan suami dengan anak sebaik mungkin?

Jika anda nak jadi SUPERMOM, pastikan anda telah invest kesihatan anda dahulu dengan makan vitamin .

Jangan lupa sms, whatsapp saya 0126764743 untuk maklumat lanjut dan konsultasi penyusuan secara percuma. dan bolehlah memadansuaikan vitamin mNA YANG SEsuai dengan anda.

Thursday, 2 August 2012

WORLD BREASTFEEDING WEEK 2012

Setiap tahun pada 1 hingga 7 Ogos disytiharkan sebagai Minggu Penyusuan Susu Ibu SeduniaDan pada tahun ini WORLD BREASTFEEDING WEEK bertem kan Understanding the past, planning for the future.


OBJEKTIF WORLD BREASTFEEDING WEEK 2012

Tahun ini objektif yna gdiketengahkan adalah mengenai  :
1. To take stock of lessons learnt and achievement from past 20 years on infant and young child feeding (IYCF).
2.To assess  the status of implementation of the Global Strategy for Infant and Young Child Feeding globally
3. To celebrate seccucces and achievements nationally,regionally, and globally and showcase national work at the global level.
4. To call for action to bridge the remaining gaps in policy and programmes on breastfeeding and IYCF 
5. To draw public attention to the state of policy and programmes on breastfeeding and IYCF
( acik xpandai translate, so acik kopipes je dari poster yg acik dpt dari WABA)

USAHA MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Jadi sekarang adalah masanya untuk kita semua bertindak memperkasakan, dan mempromo dengan lebih luas lagi mengenai penyusuan susu ibu ini. 
Pelbagai cara yang boleh diusahakan sebenarnya seperti  :
1. Menetapkan Polisi Kebangsaan, Koordinasi dan Program.
2. Pelaksanaan Hospital Rakan Bayi tak kira sama ada Hospital Kerajaan mahupun swasta
3.Menetapkan kod etika
4. Perlindungan
5.Sistem penjagaan kesihatan dan makanan
6.Kumpulan sokongan antara komuniti
dan banyak lagi usaha murni yang boleh dijalankan untuk kelangsungan penyusuan susu ibu ini.

Kepada semua ibu saya menyeru SUSUILAH ANAK ANDA DENGAN SUSU IBU SAHAJA kerana terdapat banyak manfaat dari segi kesihatan, kekeluargaan, kewangan, minda dan sebagainya.

Dengan ini saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA kepada semuan ibu yang menyusukan anak dan bakal ibu yang akan menyusukan anak.

Namun dalam menjalankan penyusuan, kesihatan jangan dilupa.
Amalkanlah pengambilan makanan tambahan yang semulajadi, halal dan baik.

Thursday, 26 July 2012

TIPS MUDAH BERPANTANG

Perasaan gembira sudah semestinya menyelubungi naluri setiap ibu bila selamat melahirkan seorang bayi yang suci.
Namun kepenatan ketika proses kelahiran amatlah tidak boleh terkata.
Oleh itu jangan pula dek kerana penat sakit bersalin yang agak lama, ibu-ibu mengambil peluang untuk berehat setelah melahirkan. Itu adalah tanggapan yang salah.

PENYUSUAN DI AWAL KELAHIRAN

Ini adalah perkara yang penting.
Penyusuan boleh dilakukan seawal yang mungkin sebaik saja talipusat bayi dipotong.
Mungkin juga boleh menyusukan ketika doktor sedang menjahit koyakan anda.
Penyusuan diawal sangat bermakna, kerana ianya merupakan langkah pertama si bayi dapat mengenal bau si ibu, dan dari bau itu lah yang membuatkan anak anda gagah mencari payudara anda untuk menyusu.
Ia juga sebagai langkah bagi mencetuskan penghasilan susu yang lancar dan baik, kerana kesan dari lekapan bayi, isyarat akan dihatar ke otak untuk mengarahkan payudara menghasilkan susu.
Subhanalla, sangatlah menakjubkan ciptaan Allah ini.

CARA MUDAH BERPANTANG

1. Minun air sikit tapi kerap. 

orang tua-tua tidak galakkan minum air kerana takut faraj ibu akan terlebih berair, jahitan lambat kering.
Semua ini bukan fakta. Hakikatnya pengambilan air amatlah perlu untuk mengelakkan dehidrasi dan juga sembelit.
Selain itu pengambilan air yang cukup dapat mengelakkan ibu tidak cukup susu.
Saranan dari saya - Minum 1 gelas sejam. Mudah bukan???

2. Sentiasa memakai bengkung.

Ini amat penting kerana untuk mengembalikan semula bentuk asal tubuh, khasnya bahagian perut, untuk elak ianya menjadi buncit. Ia juga dapat membantu proses pengembalian semula rahim pada kedudukan asalnya.

3.Berpantang makan

Bermakna bukan tidak boleh makan, namun elakkan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan, sejuk, bisa-bisa..
Amalkan memakan sayu-sayuran hijau, carrot, sawi hijau, tahu, tempe, ikan haruan. semua ini boleh membantu meningkatkan susu badan ibu.

4.Mandi Herba dan Bertungku.

Tujuannya untuk menyegarkan badan, sedap kan kalau dapat menghirup bau2 yang semerbak.
Tungku pula untuk menghangatkan badan.

6.Kerapkan penyusuan susu ibu

Tujuannya adalah untuk mempercepat kan rahim mengecut, selain itu berat badan ibu juga cepat kembali kepada bentuk asal, anak pun sudah tentu akan sihat.


7. Pemakanan Khas 

Ini terpulang krpada masing- masing.
Diingatkan bahawa pengambilan jamu tiada salahnya, namun jika anak anda sedang jaundis, anda perlu memberhentikan pengambilannya sehingga anak anda benar-benar bebas dari jaundis.
Mesti tak seronok, n mesti ramai ibu yang gigih berusaha untuk cergas dan berat badan kembali seperti asal.
Jadi apakah yang sesuai?

PENGAMBILAN VITAMIN KETIKA BERPANTANG

Ya!!
Amatlah digalakkan memandangkan ianya selamat.
Bagaimana vitamin ini boleh membantu?
Vitamin sebenarnya adalah makanan tubuh, jadi apabila ibu lepas melahirkan anak sudah tentu akan kehilangan banyak darah. Oleh itu vitamin akan recover semua kehilangan ini tadi dengan produce apa yang sesuai untuk tubuh. Misalnya darah rendah, jadi B COMPLEX akan mengambil alih memperbaiki semula tekanan darah ibu supaya ibu tidak mengalami pening, stress, dan tidak cukup darah.
Macam VITAMIN C pula akan membantu memperbaiki sel2 yang mungkin rosak, selain itu ia memberikan ibu cukup vitamin c bagi mempertingkatkan sistem imun badan.
ZINC pula sangat meembantu untk mempercepat pulih luka jahitan, juga untuk elak sakit sendi, seperti kebas kaki, juga baik untuk mengurangkan risiko keguguran rambut.

Apabila kesemua nutrien dalam badan cukup sudah tentu ibu akan gembira melalui tempoh berpantang.

Selamat berpantang dan selamat menyusukan.

DAPATKAN VITAMIN UNTUK BERPANTANG INI HANYA DARI SAYA 
jangan segan untuk hubungi saya jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai vitamin mahupun masalah penyusuan
sms,whatsapp saya 0126764743
emel - ammarhauu@gmail.com

* saya juga amat mengalukan anda jika anda nak beli sendiri terus ke Shaklee , boleh guna id saya seperti yang tertera ditepi blog. Silalah...

ADA SESUATU YANG ISTIMEWA UNTUK RAMADHAN INI.....