Sunday 29 January 2012

VITAMIN DAN KEPERLUAN IBU MEYUSU

Ibu yang menyusukan anak tidak dinafikan akan makan lebih banyak, ini kerana kebanyakan kalori yang diperolehi dari makanan telah terbakar sewaktu menyusukan anak atau mengepam.

Jadi jangan terkejut ya.

Ramai yang bertanya perlukah ibu menyusu ambil vitamin untuk tambahkan hasil susu.
Jawapan saya TERPULANG. Jika ibu itu rasa dia ambil makanan yang secukupnya, dan dia rasa tak perlu, maka tidak perlulah. Tetapi jika dia kata perlu, maka ambillah.

Kenapa saya kata TERPULANG ini kerana keperluan setiap ibu adalah berlainan.

Jikalaupun si ibu makan semua, tetapi adakah keperluan setiap jenis vitamin itu cukup?
Memang kita jika kita lihat dalam sepinggan nasi ada sayur, ikan, atau ayam atau daging, memang mencukupi tetapi sebahagian atau hampir kesemua khasiat telah hilang dalam proses penyediannya. Memang itu kita tidak nampak.

Kenapa pula perlu ambil vitamin sedangkan kita makan semua?

Perlu untuk melengkapi mana mana yang kurang, kerana sedari proses memetik sayur, proses mengolah untuk dipasarkan pun sedikit demi sedikit nutrien hilang. Itu belum lagi penggunaan baja ketika penanaman sayur itu sendiri. Ianya sedikit sebanyak sudah tercemar.
Maka pengambilan vitamin itu perlu untuk mengeluarkan toksid yang berada dalam badan yang dibawa oleh makanan tadi.
Bila dalam badan kita bersih, maka perjalanan darah pun akan lancar, dan proses penghasilan susu pun akan lancar juga kerana aliran darah tidak terganggu.

Itu untuk jenis ibu yang makan segala makanan, jadi bagaimana pula yang jenis tidak makan itu dan ini?

Jenis ini lah yang perlu untuk amal vitamin. Kerana jika dia kurang kalsium, maka dirinya juga akan menerima kesan tulang reput, dan mungkin akan alami osteoporosis.
Jika dia kurang atau tidak suka ambil sumbet vitamin c seperti buah buahan, maka dia juga yang akan menerima kesan kekurangan seperti kulit kusam, mudah mendapat penyakit berjangkit, demam, selsema. Pendek kata lemah pertahanan badan.
Begitulah juga kesannya terhadap lain lain vitamin jika dia tidak mengambilnya.

Perlu diingat, ibu menyusu adalah antara ibu yang memikirkan untuk memberi yang terbaik untuk anak anak. Tapi bagimana pula dengan dirinya.
Jika ibu tidak sihat, maka agak sukarlah untuk mengurus rumahtangga.
Penghasilan susu juga akan terganggu.
Ibu mungkin akan mengalami stress.

Ini semua berhubung kait dengan fungsi tubuh badan ibu. Kerana ibu yang akan memberi kepada anak sumber darinya.

Pengambilan vitamin bukanlah bertujuan untuk menambah susu. Ianya sama sekali salah.
Pengambilan vitamin adalah untuk membantu badan ibu itu sendiri agar lebih bertenaga, sehat, cergas dan gembira.
Apabila sistem badan berjalan lancar, maka perjalanan darah pun lancar, dan susu pun akan lancar mengalir keluar.

Saya juga menyusui 2orang anak serentak, kepenatan memanglah. Jadi dengan ambil vitamin, dan paling penting pengambilan air sebanyak 3 liter untuk menampakkan kesan vitamin itu sendiri. Bila kurang air, badan akan mengalami kesan kekurangan air seperti sakit kepala.

Hubungi saya nurul dengan sms di 0126764743 atau emel ammarhauu@gmail.com untuk konsultasi permasalahan penyusuan secara PERCUMA dan vitamin yang sesuai dengan anda.

saya dan si tembam saya.

THE BEST VITAMIN

dalam banyak banyak vitamin yang ada ini adalah kombinasi yang saya amat suka dan saya amalkannya.

Yang pertama - Set A yang mengandungi
-vitalea @ multivitamin
Mengandungi kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Juga sebagai vitamin asas yang membantu melengkapkan keperluan vitamin untuk tubuh badan. Paling penting ianya semulajadi, bukan sintetik. Mampu menyingkirkan bahan kimia dalam badan. Meningkatkan kesegaran otak dan badan.

- vitamin c
Sangat penting untuk pertahanan badan, kerana ianya jenis vitamin yang sangat rapuh.
Ianya berfungsi untuk membina kolagen dalam menguatkan sel tisu dalam badan.
Paling best ianya membantu memulihkan selsema, resdung dan bersin di waktu pagi.
Membantu memelihara saluran darah yang sihat.
Dan banyak lagi fungsi.

- vitamin b complex
Membantu mengatasi kelesuan
Penting untuk kesihatan mental
Membantu mengurangkan stress. Ini yang saya suke, kerana sejak amalkan saya sudah tidak migrain lg.

- osteomatrix/kalsium
Sangat penting untuk saya kerana saya kurang mengambil sumber tenusu
Membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat. Sangat terasa sekarang ni dah tak ada sakit gigi lagi
Membantu pengeluaran tenaga. Maka kurangla letih
Mengurangkan sakit badan bila bangun pagi
Membuat pagi saya lebih bertenaga.

Energising soy protin
Yang ini memang membantu saya khususnya selepas saya mengepam susu, saya akan minum ini satu gelas untuk mengembalikan semula kadar protin yang diperlukan badan, dan juga membantu untuk melancarkan pengaliran darah agar susu mudah diproduce semula. Memang nampak hasil.
Badan pun sedap, kurang letih,kulit pun dah tak kering, tak menggelupas.



Inilah dia vitamin yang saya cerita tadi. Kebanyakan vitamin ini memang membantu sangat saya untuk merasa cergas sepanjang hari. Dimana pagi hari saya bangun seawal jam 5 pagi, siapkan anak untuk ke taska, saya masak sarapan untuk anak ye, anak saya tak makan nestum. Bukan nak megah, tapi saya nak anak saya rasa air tangan saya sendiri. Pergi kerja, jam 5 keluar office naik lrt, ke taska anak, lepas tu baru ami, kereta angkut anak blk rumah. Anak saya keduanya masih menyusu susu ibu. Memang tak dinafika kepenatannye. Walaubagaimana pun pengambilan air yang banyak amatlah digalakkan untuk melancarkan proses perkumuhan badan, jika kurang air, sama ada ambik vitamin atau tidak, memang tubuh anda akan rasa kurang segar.

Jadi jika anda nak amalkan vitamin diatas, bolehlah hubungi saya di sms 0126764743 atau emel di ammarhauu@gmail.com - nurul. Insyaallah akan saya reply sesegera yang boleh.

Saya juga akan membei konsultasi PERCUMA permasalahan penyusuan dan juga keahlian PERCUMA jika anda sayangkan kesihatan anda.

Wednesday 18 January 2012

VITAMIN E RAWAT CEDERA RINGAN

Jumaat lepas sewaktu saya menjemput kedua anak saya di task, saya amat terkejut melihat anak saya yang kecil Amsyar dengan tepi dahi benjol dan agak luka.

Bila ditanya kepada cikgu kenapa, jawapan cikgu, Amsyar jatuh.

Aduhh.. Luluh hati saya tengok. Bila saya tanya dah tuam, cikgu kata dah sapu minyak gamat. Kire ok la, jawapan yang boleh diterima.

Tapi saya masih tidak puas hati, kenapa boleh dibiarkan bayi yang baru belajar berdiri, dibiarkan berdiri sendiri?

Malah saya tgk cikgu melebihkan bayi yang suka merengek, tak boleh ditinggal. Berbanding dengan Amsyar yang independent.

Perasaan tidak puas hati melarut hingga ke rumah. Namun suami saya berkata, alhamdulillah dia hanya cedera luaran shj, tidak libatkan dalaman yang menyebabkan kecederaan teruk.

Inisiatif saya, sebaik sahaja sampai rumah, saya segera sapukan Vitamin E dan alhamduillah setengah jam selepas itu bengkak pun surut, tiada lagi kebiruan di dahi, parut pun dah kecut.

Barulah saya faham pentingnye kegunaan vitamin e ini dimasa-masa kecederaan begini.

Ianya berfungsi mencegah kerosakan sel
Menjadi bahan penting dalam sistem perlindungan dan menjdikan badan lebih berkesan menghalang jangkitan.
Baik untuk kulit, melindungi, kulit yang cedera dari menjdi lebih teruk lagi.

Ni saya post gambar dahi Amsyar


Boleh kate magic jugak la. Afer 3day dh ok, kering, n keruping pun tanggal sendiri. Kulit die tiada kesan parut pun.

Ini adalah testimoni saya menggunakan vitamin e kepada keluarga saya sendiri.

Tujuan saya kongsikan adalah untuk mengajak ibu bapa lebih peka terhadap jagaan anak anda di taska dan pentingnya vitamin e itu sendiri.

So sesiapa yang nak prepare vitamin c ini di rumah, bolehla pm saya, or sms 0126764743
Untuk keterangan lanjut.

Konsultasi PERCUMA juga akan saya berikan kepada anda before and after sales.

Friday 13 January 2012

AMALAN PEMAKANAN IBU HAMIL


Sepanjang waktu kehamilan adalakanya amatlah mencabar. Namun adakalanya ianya menyeronokkan, anda tidak mengalami apa-apa simtom atau alahan yang teruk.Walaubagaimanapun ibu yang hamil perlu menjaga pemakanan agar ianya seimbang untuk anda dan bayi dalam kandungan, dan mendapat kesemua yang diperlukan oleh keduanya.

Pola pemakanan diatas adalah sebagai panduan untuk kita merujuk apa yang kite perlu lebihkan dan apa yang kita perlu kurangkan, begitu juga yang kita perlu maintain.

Kebiasannya ibu hamil akan merasa lemah, tetapi apa yang saya amati pada kedua dua kehamilan saya, jika kita rasa lemah, kita akan jadi lemah. Oleh itu kita perlu melawan. Sebenarnya badan kita kekurangan dari salah satu sumber nutrien.

Oleh itu untuk meningkatkan tenaga dan keyakinan ibu yang hamil perlu mengamalkan makan dengan betul sepanjang tempoh kehamilan antaranya :

1. Makan secukupnya untuk anda dan bayi
2. Ambil diet yang seimbang
3. Pelbagaikan makanan yang berkhasian

Contoh :

- Vitamin A - Untuk membantu pertumbuhan sel baru dan mengekalkan kesihatan bayi
- Vitamin B1,B2,B3 - Meningkatkan tenaga dan membantu anda dan bayi mempunyai kulit yang sihat
- Kalsium - Membina tulang yang kuat
- Folat - Penting untuk perkembangan sistem urat saraf bayi
- Zat besi - Membantu penghasilan hemoglobin bayi

Bagaimana pula dengan makanan tambahan?

Tidak salah dan ia adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang bermanfaat terutamanya jika anda tidak dapat memenuhi keperluan untuk sesetengah nutrien seperti zat besi, folat.

Malah makanan tambahan ini bertindak paling baik apabila anda mengambilnya sebagai sebahagian dari diet anda.

Oleh yang demikian mari kita lihat makanan tambahan yang saya syorkan untuk kehamilan anda.

Set EU4PACK
Mengandungi :

- VITALEA/MULTIVITAMIN
- B COMPLEX
- VITAMIN C
- OSTEOMATRIX/KALSIUM



Dapatkannya sekarang Fullpack dengan harga RM247
juga terdapat dalam Trialpack- hubungi saya untuk trialpack ini

Set J2 (TRIMESTER 2 DAN 3)
Mengandungi :

- VITALEA/MULTIVITAMIN
- B COMPLEX
- VITAMIN C
- OSTEOMATRIX/KALSIUM
- OMEGA GUARD




Dapatkannya dengan harga yang berbaloi Fullpack RM292
juga terdapat dalam trialpack - hubungi saya untuk trialpack ini

Jom kita berikan si manja kita yang terbaik

sms saya 0126764743 atau emel ammarhauu@gmail.com konsultasi juga akan saya berikan secara PERCUMA

Thursday 12 January 2012

RAHSIA KULIT CANTIK BERSERI

Saya amat suka melihat orang - orang yang mempunyai kulit yang cantik mulus tiada jerawat walau seketul pon.

Tapi macam mana ya nak dapat kulit macam tu?

Mungkin ada beberapa faktor yang mungkin boleh digunapakai seperti :

1. Dah memang dia turun temurun dari tok nenek dia berkulit cantik
2. Dia benar - benar menjaga pemakanan dia
3. Dia selalu buat facial
4. Kosmetik dia mahal, imported punya.
5. Dia ada ambil vitamin/suplemen

Setelah diteliti, saya rasa antara faktor utama adalah pemakanan. Memang benar jika kita sering mengambil makanan bergoreng, kulit kita akan naik jerawat atau lebih berminyak.

Faktor yang ke-5 yang saya hilite tu pun antara sebab juga. Kenapa saya kata begitu?
Ini kerana kulit juga memerlukan pemakanannya sendiri.
Oleh itu salah satu jenis vitamin yang membantu untuk mendapatkan kulit yang halus mulus adalah GLA - Gama Linolenik Asid


GLA adalah sejenis bahan binaan prostaglandin iaitu merupakan bahan hormon dalam badan yang membantu menstabilkan hormon badan. Antara fungsi GLA ialah :

- Mengurangkan jeragat
- Membantu mengawal dan mengatur haid
- Membantu menangani menopous
- Menguatkan kuku dan rambut
- Menjadikan kulit berseri
- Membantu menangani ekzema
- Melegakan sindrom athritis
- Memperlahankan proses penuaan

Ia bukan sahaja untuk wanita, malah untuk lelaki juga boleh amalkan pengambilan GLA ini.
Disertai dengan pengambilan air secukupnya. Insyaallah akan dapat hasil yang terbaik.

So jom kita amalkan GLA ini untuk kesihatan dalaman, dan juga kulit yang cantik
sms saya 012-6764743 nurul, untuk dapatkan GLA ini
atau emel ammarhauu@gmail.com

Tuesday 10 January 2012

HB RENDAH KETIKA HAMIL

Kerap kita dengar mengenai ibu yang hamil mengalami Hemoglobin rendah yang mungkin boleh menyebabkan anemia .Bagaimana ia boleh terjadi?

Antara faktor penyebab adalah kerana :
- Penurunan kadar hemoglobin normal
- Penurunan kepekatan sel darah merah
- Peningkatan isipadu darah

selain itu :

- kurang pengambilan zat besi dalam diet seharian
- kekurangan asid folat

Mungkin juga anda telah ambil asid folic cukup, tetapi masih anemic, ini adalah kerana perubahan pada proses pencernaan semasa hamil.

Tanda - tanda anemia :

- Keletihan yang berlebihan
- pening
- kulit pucat
- degupan jantung lebih cepat dari biasa
- sesak nafas
- mungkin boleh pengsan

Anemia ini tidak boleh dipandang remeh kerana akan memberi kesan kepada ibu dan bayi.

Kesan kepada ibu :

- Keguguran
- Kegagalan jantung
- Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
- Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan pada bayi :

- Pertumbuhan janin terbantut
- Lahir tidak cukup bulan
- Berat bayi kurang 2.5kg
- Mati ketika lahir

Namun ibu- ibu usah khuatir, pelbagai usaha boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah ini, antaranya dengan pengambilan makanan yang seimbang. Selain itu suplemen/vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh juga perlu dititikberatkan.

Jika anda ingin mencuba vitamin yang dikompilasi khas untuk ibu mengandung ini dia :


SET EU4PACK
Mengandungi :
- Vitalea/multivitamin
- B complex
- Vitamin C
- Osteomatrix/kalsium

Amat sesuai untuk ibu hamil kerana mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan tubuh

Jika berminat boleh sms saya 0126764743 - nurul

Monday 9 January 2012

TIPS UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU

Seringkali saya dihujani dengan pelbagai soalan bagaimana untuk " BANYAKKAN SUSU"

Saya tiada jawapan yang khas yang benar - benar 100% dapat membantu permasalahan itu.

Tetapi ada beberapa tips yang saya boleh kongsikan yang mungkin sedikit sebanyak boleh membantu ibu - ibu yang mempunyai masalah susu sikit dalam arena menyusukan anak.

Ataranya adalah :

1. Perlu faham benar - benar konsep penyusuan yang sebenar iaitu demand and supply.
kenapa konsep ini perlu untuk difahami? kerana ini adalah asas ilmu penyusuan dimana semakin banyak demand dari anak, maka lebih banyaklah supply susu kepada anak.

2. Pengosongan payudara dengan efektif. Ibu - ibu kerap mengepam. Tapi adakah payudara benar2 dikosongkan? Ini perlu diberi perhatian kerana apabila payudara dapat dikosongkan dengan sebaik mungkin, maka cepatlah susu yang baru akan dihasilkan, selain itu, susu yang telah dipam tadi telah mendapat kedua2 khasiat FOREMILK dan HINDMILK. Jika tidak dikosongkan dengan sebaik mungkin, saki baki susu yang tertinggal itu mungkin akan memenuhi payudara dan mungkin boleh menyebabkan bengkak, saluran susu tersumbat, dan sebagainya.

3. Berfikiran Positif - Ini sangat2 perlu kerana culture di Malaysia ini tidak semua orang positif tentang breastfeeding. Maka, jika terdengan kata-kata yang mungkin kurang enak didengar itu, rujuk dulu kepada yang pakar dalam bidang penyusuan adakah ianya benar. Setelah mendapat jawapan, barulah ibu timbangkan sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, malah si ibu perlu positif dikala produksi mengalami kemeruduman. Perlu diingat, penghasilan susu ini melibatkan fungsi dalaman badan, jika dalaman badan sihat, maka susu pon akan terhasil. Jika kita kurang sihat, susu mungkin akan kurang.

4. Stress - Punca utama kemeruduman susu adalah stress. Kenapa stress? Si ibu stress memikirkan kuantiti susu yang perlu dibekalkan kepada anak. Ini normal, tetapi berusahalah untuk mengelakkan diri dari stress. bila stress, perjalanan darah pon tidak lancar, maka susu pun tidak keluar.

5. Pemakanan seimbang - amat perlu kerana selain untuk diri ibu itu sendiri, perlu juga untuk anak, makanan yang seimbang dan berzat mampu memberi khasiat terbaik untuk anak.

6. Minum air banyak - kehausan akan terasa setelah mengepam atau menyusukan anak. Air adalah keperluan badan kita, oleh sebab itu pengambilan air amat perlu untuk mengekalkan bendalir dalam badan. Kekurangan air jua akan menyebabkan ibu itu sendiri merasa sakit kepala, pening, pitam.

7. Usaha - paling penting berusaha untuk mengekalkan penghasilan susu untuk anak tersayang.

8. Pengambilan suplemen/vitamin - ini bergantung pada masing. Tetapi perlu diingat, pengambilan vitamin bukan membanyakkan susu ibu. Ia hanya membantu melancarkan fungsi tubuh badan agar si ibu merasa lebih sihat bertenaga, jadi jika ibu kurang penat, kurang stress, maka secara tidak langsung susu pun akan lancar terhasil kerana ia ada kaitan dengan darah dimana susu itu berasal dari darah, pemakanan vitamin membantu melancarkan darah, maka semua lancar, susu pun lancar lah keluar.

Jadi jika anda ingin memberikan si manja yang terbaik, praktikkan lah tips2 berguna bukan sahaja dari saya, malah dari sesiapa sahaja. Insyaallah akan membantu

Jika anda mempunyai masalah penyusuan saya juga boleh membantu anda

sms saya di 0126764743 - nurul