Thursday 29 December 2011

PENCEN 60 TAHUN... TAPI...DIABETES

OPSYEN PENCEN 60 tahun dah pon keluar dan mesti sign before hujung bulan Disember ini.

Tapi sudahkah anda fikir semasak - masaknya?

Nak pencen 60 tahun atau awal lagi?

Terserah kepada keputusan anda sendiri, kerana anda yang menentukan.

Namun jika anda adalah seorang yang telah berpenyakit especialy penyakit2 zaman moden ni macam DIABETES , DARAH TINGGI, JANTUNG dan sebagainye, sebaiknye eloklah anda amalkan cara pemakanan yang baik, amalkan senaman.

Pengambilan suplemen/vitamin juga membantu anda untuk mengekalkan kesihatan.

Diakui memang tiada ubat segera yang boleh memulihkan sepenuhnya penyakit Diabetes, tetapi pencegahan dan pemerhatian awal amatlah memberi manfaat.

2 Jenis DIABETES :

1.IDDM (Isulin Dependent Diabetes Mellitus) - Bergantung kepada insulin
2.NIDDM (Noninsulin Dependent Diabetes Mellitus) - Bukan bergantung kepada insulin

* Insulin tidak menyembuhkan kencing manis, insulin menjamin anda terus hidup. Pesakit kencing manis tidak lagi mati disebabkan paras gula dalam darah yang tinggi, sebaliknya mereka terpaksa menghadapi berbagi komplikasi jangka panjang kerana pada tahap tettentu ia akan menjejaskan semua organ dan sistem badan.

Antara komplikasi dari DIABETES diantaranya adalah :
- Serangan jantung / stroke - akibat daripada penyempitan arteri besar
- Masalah mata - buta
- Masalah neurologi - fungsi saraf terjejas, rasa semut - semut, kebas
- Tekanan darah tinggi
- Masalah ginjsl - kegagalan buah pinggang
- Lemah sistem pertahanan badan

Jadi bagi pesakit2 ini, mungkin kualiti kerja akan sedikit terjejas dek kerana sering buat check up . Tetapi apa yang boleh disarankan adalah anda cuba ambil suplemen/vitamin untuk mengurangkan komplikasi kesan dari penyakit kencing manis ini adalah dengan mengambil FIBER DAN ZINC

Fungsi FIBER ini adalah untuk mencegah perubahan paras gula dalam darah secara mendadak. selain itu ia bertingak untuk mengurangkan kolesterol. adalah senjata paling baik untuk menyingkirkan kolesterol


Selain itu anda juga memerlukan ZINC

Fungsi zinc adalah untuk:
- Insulin mengandungi zinc paling tinggi
- Zinc banyak hilang waktu kencing dan perlu diganti
- Bantu penyembuhan luka
- Bantu penyembuhan ulser/luka kulit
- Merangsang pengimunan badan.



Marilah bersama - sama kite berusaha mengekalkan kesihatan badan kita dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang. senaman yang sesuai dan pengambilan vitamin untuk menambah kecergasan.

SMS saya 0126764743 dan juga emel saya di ammarhauu@gmail.com

Wednesday 14 December 2011

SKIM BARU PERKHIDMATAN AWAM SBPA


Memang berita sangat baik untuk kakitangan awam khasnye.

Berita skim perkhidmatan baru dan tangga gaji baru, dan juga skim saraan baru hingga 60 tahun.

Saya sendiri sebagai penjawat awam amatlah suka (senyum sampai ke telinga) untuk 2 perkara.

Tapi saya akui saya amatlah tidak setuju untuk 1 lagi perkara iaitu skim saraan hingga 60 tahun tu. Faedahnye memang la banyak. Tapi pd saya macam tak masuk akal pula.

Bukan ape, ini senario yang saya lihat, rata-rata yang akan tandatangan 60 tahun tu terdiri dari kalangan kumpulan sokongan sahaja... jarang la atau tidak ramai dari golongan profesional, yang mana diorang ni nak cepat pencen ade la.

Kenapa dan mengapa senario ini terjadi?

Ini yang saya dapat rumuskan bila saya perhati dan teliti faktor-faktor yang mungkin menjadi penyebab untuk mereka memilih untuk tandatangan hingga 60 tahun :

1. Hutang rumah, peribadi, kenderaan, dan sebagainya yang mana tempoh bayar balik agak lama

2. Anak ramai yang masih bersekolah, anak kecil, nk beli pampers, nak beli susu.

3.Keadaan penyakit yang memerlukan kos rawatan yang agak tinggi atau rawatan susulan tiap bulan, minggu atau hari.

Tapi mungkin ketiga perkara ini boleh diatasi atau dikurangkan bebanan. maksud saya boleh dielak.

Contohnye hutang rumah tu mungkin tak boleh, tapi mungkin boleh kalau ade yang boleh claim overtime unlimited atau 2/3 dari gaji ke. atau pun ade bisnes sampingan. terpulanglah.

Anak ramai yang bersekolah tu, mungkin boleh dikurangkan bebanan dengan mengambil insuran / takaful untuk anak. coz ada takaful yang buat untuk perlindungan dan simpanan, 5 tahun boleh keluarkan. so mungkin boleh mula dari anak umur setahun ataupun lahir je anak tu terus apply, so that lebih kurang umor die 5 or 6 tahun dh boleh keluar dan boleh diguna untuk perbelanjaan sekolah die.

Pembelian pampers tu, terpulang kepada masing2, tapi boleh beralih kepada menggunakan CLOTH DIAPER (lampin moden)iaitu lampin yang boleh dibasuh, pakai hingga lusuh, memang sekeping tu harga die diakui agak mahal. tapi berdikit lah beli, jadi lame2 banyakla.boleh ulang pakai untuk anak seterusnya. nak urus pon mudah, boleh masuk mesin basuh, n sidai sampai kering. kirenye satu inovasi untuk ibu2 sekarang la.

Part susu anak tu, jom kite sama-sama menyeru ibu-ibu untuk menyusui anaknya. Dimana penyusuan susu ibu ini juga menyumbang kepada penjimatan kewangan keluarga kerana :
1. Tak perlu beli susu formula
2. Kurang perbelanjaan ke klinik kerana anak yang menyusu ibu jarng sakit, setakat demam selsema itu biasa.
3. Produktiviti kerja ibu bapa pon stabil, memandangkan anak2 sihat. Maka kuranglah EL, MC ataupun cuti yang panjang.
4. Boleh membantu menjarakkan kehamilan bagi 6 bulan pertama dengan syarat, anak sepenuhnya menyusu ibu, ibu tidak period sejak habis darah nifas, dan anak belum diperkenalkan solid food.

Memang semua akan komen, ko cakap senang la, tapi duduk, muhasabah diri masing2 bahawa semua ibu mampu menyusui anaknya tanpa bantuan susu formula. Percayalah, jika anda faham konsep penyusuan sebenar, anda pasti berjaya.

Berkenaan kos rawatan penyakit itu pula, jika kita lihat penyakit yang sangat biasa adalah KENCING MANIS, DAN DARAH TINGGI. Seringkali orang veteran cakap dah Tuhan bagi sakit nk buat macam mana. Hakikat sebenarnya adalah berpunca dari diri sendiri juga. Jika kita makan pada portion yang betul, kawal pengambilan gula, garam, lemak,MSG, insyaallah risiko itu akan berkurangan. Anda bayangkan, tiap pagi bedal nasi lemak dan teh tarik, or roti canai dan teh tarik or mee kari. Kadang - kadang boleh la.

Tiada senaman, balik ofis terus duduk buat kerja. tiada pengambilan suplemen/vitamin untuk membantu badan menstabilkan tekanan darah dan melancarkan salur darah.

Jadi logik kah pencen 60 tahun tu? Kalau bermacam masalah melanda diri. Lainlah yang belum cukup servis tu mungkin ok lagi.

Marilah bersama renungkan. kerana ini masa depan anda. hari ini anda sihat, siapa tahu masa depan?

Maka untuk mengekalkan kesihatan ditahap optimum, bila badan sihat, kerja pon lancar dan kuranglah masalah penyakit.

Jom amalkan pengambilan vitamin semulajadi.

Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa


Saturday 3 December 2011

RAHSIA KEKAL LANGSING SELEPAS BERSALIN


Berat badan berlebihan sering menjadi masalah utama bagi ibu yang baru lepas melahirkan anak.

Tetapi kadang kita terpaksa menerima hakikat tersebut dek kerana putaran hormon sudah tidak sama sewaktu anak dara.

Walaubagaimanapun tedapat beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk mengekalkan berat tersebut.

Antara yang paling baik diamalkan adalah:

Pemakaian bengkung sebaik saja pulang dari hopital (untuk yang bersalin normal)

Tapi ikatan bengkung tu jangan ala-ala je. Ikat betul2 ketat smpai perut flat gituuu.

Minum air banyak untuk elak sembelit dan membantu pengaliran susu.

Amalan pemakanan yang sihat, elakkan goreng2, makan sup sayur, minum jus buah.

Tapi yang istimewa saya amalkan adalah selepas pantang lebih kurang 3 bulan saya elakkan minum ais, minum air masak je. Itu petua mak saya.

Tapi yang paling penting dan paling membantu menurunkan berat badan adalah Menyusukan anak dari awal kelahiran sehingga selama mana yang anak itu mahukan.

Itu saya. Anda pula bagaimana?

Ya saya akui masa anak dara jenuh saya cuba turunkan berat badan, bersukan, gym,slimming center.

Rm pon byk terbuang begitu sahaja.

Rupanya mudah sy, susukan anak jawapannya.

Berat masa hari persandingan adalah 68kg

Berat waktu hamil sehingga due date 70kg. Saya mengalami penurunan berat badan diawal kehamilan kerana mabuk teruk.

Berat saya turun dgn drastik sebulan pantang sehingga 10kg.

Dan kekal sehingga sekarang.

Menjadi tugas saya untuk mengekalkan berat ideal tesebut, lalu saya amalkan pengambilan vitamin.

Vitamin utama yang menjadi pilihan saya adalah :

Multivitamin

Vitamin c

B complex

Lecithin

Energising soy protien.

Vitamin - vitamin ini baik untuk diamalkan oleh ibu yang menyusui anak, ianya membantu ibu menyegarkan diri, mengekalkan keperluan badan dan sekaligus membantu melancarkan pengaliran susu jika ibu itu sendiri sihat dan gembira.

Jadi anda2 sekalian, jika anda rasa ingin mencuba vitamin-vitamin tersebut, bolehlah dapatkan trialpack khas dari saya dengan harga yang sangat berbaloi

Jangan segan untuk bertanya melalui emel ataupun sms 0126764743

Insyaallah saya akan consult anda sebaik mungkin