Thursday, 22 March 2012

KEPENTINGAN SUPLEMEN DALAM PENYUSUAN

Ramai ibu-ibu yang menyusukan anak sekarang adalah ibu yang berkerjaya. Dan kebanyakan mereka mempunyai kerjaya yang mencabar seperti doktor, jurutera, juruterbang, arkitek, pegawai - pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya.

Namun semua itu tidak membataskan mereka untuk menyusui anak mereka dengan susu ibu sepenuhnya.
Ini kerana pada zaman sekarang terdapat banyak kemudahan untuk menjayakan penyusuan tersebut.
Seperti pam berganda ( double pump), bekas simpanan susu, cooler bag, pek ais yang tahan lama dan sebagainya.

Itu dari segi peralatan dan kemudahan mengepam.

Tapi dari sudut kesihatan pula bagaimana?

Semua orang tahu penyusuan itu amat baik untuk ibu dan anak. Khasnya untuk prevent anak dari berisiko mendapat penyakit seperti diabetes, asma, dan sebagainya.
Manakala untuk ibu pula amatlah banyak kesannya khasnya mengurangkan risiko untuk mendapat kanser payudara, kanser pangkal rahim, diabetes, dan juga yang paling digemari oleh kebanyakan ibu adalah dapat menurunkan berat badan dengan drastik.

Pernah menjadi isu mengenai pengambilan suplemen untuk ibu menyusu satu ketika dulu. Namun sesetengah orang lain pendapat dan pandangannya.

Saya mengakui pengambilan vitamin sebenarnya bukanlah untuk menambahkan hasil susu.
Ianya lebih kepada kesihatan ibu sebenarnya.

Kenapa saya kata begitu. Sebenarnya saya sendiri telah meneliti dan membuat perbezaan sewaktu mengepam susu untuk anak pertama pada tahun 2009 hingga 2011. Saya langsung tidak mengambil sebarang suplemen, hanya konsisten waktu mengepam, tidak selang makan, makan tepat pada masanya, yang penting minum cukup air. Alhamdulillah production saya meriah .Sekali pam kedua belah dapat hampir 16oz.

Apabila bersalin anak kedua saya berniat untuk mengamalkan pengambilan suplemen. Tapi bukan bertujuan untuk tambah susu. Ianya untuk saya sendiri memandangkan saya akan tandem nursing kedua anak saya ( menyusukan kedua - dua anak). Tentunya kepenatan akan lebih terasa berbanding semasa menyusukan anak pertama.

Memang benar setelah mengamaklan suplemen saya dapati susu tidaklah mencurah - curah bagaikan air, namun produksi saya sama sahaja seperti anak pertama dahulu.

Namun pengambilan suplemen lebih membantu diri saya sendiri sebenarnya untuk merasa lebih segar, cergas kurang penat, tiada lagi pening kepala.

Jadi saya akui pengambilannya amatlah penting, lebih - lebih lagi ianya berfungsi sebagai antioksidan untuk menyingkirkan toksin - toksin dalam badan yang hanya akan menyebabkan penyakit .

Selepas beberapa bulan mengamalkannya, alhamdulillah saya lihat kulit saya lebih elok teksturnya, tiada lagi tompok tidak sekata.
Dan satu lagi kesan pada susu, susu saya lebih pekat kerana saya mencukupkan protin dalam badan saya.

Jadi ibu-ibu diluar sana janganlah anda semua jika bermasalah susu kurang, terus mencari suplemen untuk boost semula susu dengan kadar segera.

Tidak ada satu makanan khas pun yang mempercepat penghasilan susu kalau ibu itu tidak usaha sendiri dengan tekunnya.

Jadi ibu- ibu jika ingin merasa cergas, segar, kurang penat seperti saya bolehlah
SMS saya di 012-6764743 - nurul
emel saya ammarhauu@gmail.com
pm saya di http://www.facebook.com/beautymoms

akan saya dedahkan rahsia saya khas untuk anda.
juga jika anda mempunyai kemusykilan mengenai perihal penyusuan akan saya berikan konsultasi secara percuma.

salam sayang
BEAUTYMOM

No comments:

Post a Comment