Ramai ibu yang bila disahkan mereka positif hamil pastinya melonjak kegembiraan bukan.
Mesti semuanya nak memberikan yang terbaik untuk bayi yang dikandungnya.
Tetapi bagaimanakah caranya kita nak mencari sumber, ilmu untuk kita berikan yang terbaik kepada si kecil di dalam itu?
Ini antara yang akan saya kongsikan kepada semua.
Semasa kehamilan anak pertama dahulu saya akui memang saya zero semuanya.
Yang paling rajin pun saya baca majalah PA & MA. Itu sahaja. Selebihnya saya hanya anggap ia akan berjalan secara semulajadi sahaja.
Dari awal hamil memang saya tidak ambil kisah khasnya tentang penyusuan susu ibu. Siap pergi ke pasaraya untuk survey susu untuk diberikan kepada anak saya.
Yang saya fikir adalah bila bekerja kelak, saya akan mix feeding iaitu siang anak minum susu formula tapi malam direct feeding dengan saya.
Tapi sangkaan saya meleset sebenarnya. Penyusuan susu ibu itu sangatlah penting sekurang kurang nya 6 bulan pertama dan meneruskan sehinga umur 2 tahun.
Namun saya bukanlah terlambat, Alhamdulillah dengan bantuan dari pembacaan dan rujukan dari Dr. Gouri dari KK AU2, akhirnya saya berjaya menyusukan anak pertama.
Saya fikir antara yang perlu dititik beratkan oleh ibu yang sedang hamil sebenarnya bukanlah bilik yang cantik, katil, baju mahupun botol susu yang mahal.
1. Persiapan yang perlu sahaja tidak sampai membazir
2. Beli pakaian bayi jangan ter over, beli berdikit dikit kerana bayi cepat membesar
3. Jangan sekali kali lalu survey ke tempat susu formula, kerana once dah buat macam tu kita akan set ada option jika susu keluar sikit
4. Banyakkan membaca tentang perkembangan bayi. bahasa bayi.
5. Cari info sebanyak mungkin tentang penyusuan susu ibu.
6. Pastikan hospital yang anda nak bersalin nanti adalah hospital rakan bayi. Kalau tak rakan bayi pon, request perkara - perkara untuk menjayakan penyusuan.
Saya rasa itu sahaja, jika anda ada lebih lagi,boleh kita sharingkan di fanpages saya
http://www.facebook.com/beautymoms
atau sms saya di 012-6764743 - nurul
No comments:
Post a Comment