Kegembiraan jelas terpancar diwajah ibubapa yang baru dikurniakan anak khasnya anak pertama. Namun sejauhmanakah anda menyelami perasaan intu. Dan juga bagaimanakah anda menyalurkan kegembiraan itu kepada bayi yang baru dilahirkan itu tadi.
Kebanyakan orang ibu -ibu selalu mengeluh dan mengatakan mereka tidak ada susu langsung sejurus selepas kelahiran.
Ye Betul saya akui memang betul tak keluar susu. TAPI yang akan keluar pada jam pertama selepas kelahiran hanyalah cecair jernih yang amat bermakna yang memberikan anak anda antibodi yang tinggi dipanggil kolostrum.
Kenapa ianya hanya sedikit?
Ya. Memang ianya tidak keluar secawan. Ia hanya keluar sedikit sahaja kerana ia cukup untuk memenuhi perut anak anda yang bersaiz sekecil guli itu.
ini adalah gambarajah saiz perut bayi untuk rujukan anda semua.
Amat kecil bukan? Jadi agak tidak gembiralah bayi anda yang mempunyai perut sekecil ini diberi susu selain susu ibu.
Perlu diingat, susu ibu ini selari dengan perkembangan bayi.
Susu diawal kelahiran ini memang cair, dan ia akan berpanjangan lebih kurang selama 3 hari.
Kemudian, hari seterusnya ia akan memekat kekuningan seperti air jagung kemungkinan selama 2 minggu, atau kurang atau lebih. Bergantung.
Selepas itu hadirlah susu matang yang berwarna putih, susu inilah yang akan kita berikan kepada anak kita selama 2 tahun atau lebih.
Bagaimana caranya untuk merangsang penghasilan susu diawal kelahiran?
1. Kebanyakan hospital sekarang ini mengamalkan konsep SKIN TO SKIN ataupun sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan anak. tujuannya adalah untuk anak mengenal bau ibu dan juga supaya anak itu mendapat kehangatan daripada haba badan si ibu. Untuk pengetahuan semua, haba dari badan ibu adalah tetap suhunya. Ia juga dapat membentuk hubungan awal yang erat antar ibu dan anak.
2. Mulakan penyusuan seawal mungkin untuk merangsang payudara ibu melalui hisapan dari bayi.
3. Rooming in dengan bayi 24 jam.
Ini amat penting untuk memastikan bayi sentiasa bersama ibu setiap masa supaya bayi boleh menyusu on demand .
Penyusuan on demand sangat penting kerana lebih kerap bayi menyusu maka lebih banyaklah susu yang akan terhasil.
Ada sesetengah hospital yang mungkin tidak mengamalkan rooming in ini, tetapi itu adalah satu hak pelanggan untuk memilih syarat rooming in dengan bayi.
Jika tidak dapat juga, buatlah satu persetujuan dengan hospital untuk kita menetapkan beberapa perkara untuk menjayakan penyusuan ini.
Juga bagus untuk ibu supaya dapat membiasakan diri dengan anak kecilnya itu.
4. Kerapkan Penyusuan
Kekerapan waktu menyusu adalah menjadi faktor utama keberhasilan susu.
Walaupun sedikit, tetapi bila kerap menyusu, makin banyaklah susu yang akan terhasil.
Konsep yang paling mudah DEMAND AND SUPPLY.
5. Rehat elakkan stress.
Tidak dinafikan setelah melalui proses bersalin yang mungkin agak panjang, dan memerlukan banyak tenaga membuatkan ibu berasa penat. Namun itu bukan alasan.
Jika kita amat mengambil berat bayi semasa dalam kandungan, begitulah juga kita ambil berat sejurus dia lahir ke dunia.
Pandanglah wajah anak yang comel itu, Insyaallah akan lahir perasaan kasih sayang yang tulus dari hati ibu.
Maka hormon oksitosin pun akan hadir, ditambah lagi dengan hisapan anak yang merangsang hormon prolaktin lalu keluarlah susu ibu untuk si anak .
Mungkin sedikit kesukaran akan timbul diawal sesi, tetapi ibu2 dinasihat untuk tenang dan perlahan2 hadapi situasi tersebut.
Bagi mereka yang mempunyai masalah puting leper, tenggelam , kecil, mintalah bantuan dari nurse untuk membantu anda meyelesaikannya.
Pernah pengalaman saya sewaktu anak kedua dimasukkan ke NICU kerana jaundis, saya agak tergamam kerana ramai ibu yang mengatak mereka tiada susu. Lalu saya tidak puas hati dan meminta izin mereka untuk membantu mereka melekapkan anak mereka kepada payudara mereka. Alhamdulillah anak itu menyusu dengan baik. Saya cakap pada mereka, jangan sesekali fikir susu tiada, semua ibu mampu menyusui anaknya.
Maka dengan ini, berfikiran positiflah untuk anak anda.
Jika stress, ambil sedikit masa untuk berehat
Makan dengan seimbang
Pastikan minum air secukupnya
Jika perlu ambil suplemen untuk membuatkan badan berasa sihat, ambillah.
Ok. Ini perkongsian untuk hari ini
Barangsiapa yang nak cuba vitamin yang sesuai untuk diri anda
hubungi saya
Nurul - 0126764743
atau emel = ammarhauu@gmail.com
No comments:
Post a Comment