Sunday, 18 March 2012

ECZEMA


Apa itu eczema

Atopic Eczema ialah satu keadaan kulit yang kering dan gatal.Ia disebabkan oleh alergi terhadap sesuatu yang dimakan atau dihidu. Biasanya kelihatan seperti kulit yang kering dan berwarna kemerahan yang kemudiannya berubah menjadi merah, gatal dan keradangan.

Kadang-kala eczema hanya pada beberapa bahagian badan (seperti leher, siku, buku lali, pinggang dan lain-lain) tetapi di dalam kes yang lebih teruk ia mungkin meliputi seluruh badan.

Penyebab

Ahli keluarga - biasanya ia diwarisi oleh ahli keluarga yang pernah ada namun ia boleh dikawal secara mudah.
Kita perlu memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini contohnya jangkitan, tekanan hidup kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan samada tanda-tanda penyakit tersebut akan menjadi lebih buruk.

Usia berapakah atopic eczema biasanya berlaku?
Biasanya pada bayi atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 2 bulan -2 tahun. 75% akan mengalami tanda-tanda pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda-tanda pertama apabila umur 1 tahun. Atopic eczema kini semakin menjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.


Faktor-faktor yang boleh memburukkan keadaan


Jangkitan - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk. Mujurlah bakteria ini boleh dihapuskan menggunakan antibiotik dengan mudah sekali.

Tekanan - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan kanak-kanak secara tiba-tiba dalam keadaan tertekan seperti memasuki sekolah, memasuki taska, risau tentang peperiksaan atau apabila ibubapa menghidapi penyakit serius. Kadang-kala tekanan disebabkan kurang nyata, misalnya kanak-kanak mungkin risau tentang ketidakupayaan mengikuti pelajaran disekolah atau dibuli.

Suhu - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

Allergen-allergen lain - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.


Bagaimana risiko masalah eczema atopic boleh dikurangkan ?


1. Sentiasa pastikan kulit lembap dengan menggunakan emolliet untuk kurangkan rasa kekeringan dan rasa gatal. Basuh tangan anda selalu untukmengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit
2. Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia
3. Jangan menggaru kulit badan atau sekurang-kurangnya pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah. Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru
4. Elakkan diri daripada memendam perasaan. Luahkan masalah anda
5. Galakkan anak anda untuk suarakan perasaan negatifnya atau berbincang
6. Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat
7. Jangan dedahkan bayi atau anak-anak anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat penyekat matahari
8. Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama
9. Sentiasa bersihkan cadar, karpet dan kain langsir

* dipetik dari mamayangcekal.com

Adakah produk yang benar - benar membantu untuk memulihkan eczema ini?
Jawapan saya perlu rujuk Doktor dahulu.
Namun tidak ada masalah jika ibu itu sendiri hendak berusaha untuk memberikan anak mereka suplemen yang membantu mengurangkan risiko eczema ini jika anak mereka berumur 1 tahun keatas dengan memberi minum MEAL SHAKES dan OMEGA kerana 2 vitamin ini membantu untuk memperbaikil sel kulit yang rosak akibat eczema.



Namun jika anak anda berumur kurang setahun, dan masih menyusu badan, adalah lebih elok ibu yang mengambil 2 suplemen ini.

Kerana apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak sebagai susu.

Jika anda ingin berusaha untuk membantu mengurangkan eczema pada anak anda,atau anda sendiri, jangan segan untuk hubungi saya
sms : 012-6764743 - nurul
emel: ammarhauu@gmail.com
pm: http://www.facebook.com/beautymoms

Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


No comments:

Post a Comment