Sunday, 30 September 2012

RAHSIA BANYAKKAN SUSU BADAN

Ibu- ibu yang baru mendapat baby pastinya teruja untuk mengumpul stok yang banyak kan.
dan pastinya seronok jika dapat mengumpul stok dengan jayanya.

Namun cabaran tetap ada, tetapi itu hanyalah sedikit ujian dari Nya untuk ibu-ibu lebih tabah.

Bercakap tentang rahsia banyakkan susu badan, saya banyak menerima panggilan dan bertanya bagaimana saya dapat membanyakkan susu sewaktu dalam pantang lagi.

Jawapan saya begini  :

RAHSIA BANYAKKAN SUSU 

Saya mula membuat stok sejak bulan kedua saya berpantang.Memandangkan saya dapat maternity leave selama 3 bulan.

Bulan Pertama
Bulan ini adalah bulan pertama untuk saya dan baby saling mengenali antara satu sama lain ( ecehh... macam bercinta pulak).
Nak tahu rythm masa baby menyusu, untuk baby mengenal ibu.
Pendek kata bulan pertama tu bergomol - gomolan saja dengan baby

Bulan Kedua.

Saya mulakan dengan membuat stok . 
Sesi perahan pertama adalah pagi hari sebelum baby bangun.
Sesi kedua setelah saya tidurkan baby . Kiranya lepas baby mandi semua la.
Sesi ketiga selepas makan tengahari.
Sesi keempat sewaktu baby tidur petang

Bulan ketiga 
Saya mula melatih baby minum EBM 
Saya mulakan sehari satu sesi, dan sesi itu meningkat hari demi hari.
Diingatkan!!
Saya mula melati si kecil Amsyar tidak menggunakan botol
Saya hanya pakai sudu plastik ataupun cup kecil.

Jadi 2 minggu sebelum kerja saya dah mula hantar Amsyar ke taska
Saya mula tinggalkan untuk beberapa jam dan tengok apa reaksi Amsyar.
Alhamdulillah semuanya lancar

Jadi apa kaitannya dengan banyakkan susu badan?

Ya. Banyakkan direct feeding, mengepam dengan konsisten sehingga payudara benar2 kosong.
Itulah caranya.

Selain itu ramai juga yang bertanya pada saya apa rahsia pemakanan saya.

Saya mengamalkan pengambilan vitamin untuk kecergasan badan. Kerana saya percaya jika saya cergas, tidak stress, maka susu pun akan mengalir lancar.
Selain itu saya mengamalkan minum SOY PROTIEN SHAKLEE.
Ianya sangat membantu saya lebih cergas dan susu pun menjadi lebih banyak.

Tidak susah rasanya jika anda semua nak tingkatkan hasil susu.
Minum air masak 3 liter sehari
Makan seimbang.

konsepnya mudah

PAM, DIRECT FEEDING, MAKAN DAN MINUM YANG CUKUP

SET TRIPLE M SANGAT MEMBANTU IBU YANG MENYUSU

JIKA ANDA INGIN DAPATKAN VITAMIN YANG SESUAI UNTUK IBU MENYUSU 
pm,sms,whatsapp saya 0126764743 sekarang


No comments:

Post a Comment