Monday, 9 January 2012

TIPS UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU

Seringkali saya dihujani dengan pelbagai soalan bagaimana untuk " BANYAKKAN SUSU"

Saya tiada jawapan yang khas yang benar - benar 100% dapat membantu permasalahan itu.

Tetapi ada beberapa tips yang saya boleh kongsikan yang mungkin sedikit sebanyak boleh membantu ibu - ibu yang mempunyai masalah susu sikit dalam arena menyusukan anak.

Ataranya adalah :

1. Perlu faham benar - benar konsep penyusuan yang sebenar iaitu demand and supply.
kenapa konsep ini perlu untuk difahami? kerana ini adalah asas ilmu penyusuan dimana semakin banyak demand dari anak, maka lebih banyaklah supply susu kepada anak.

2. Pengosongan payudara dengan efektif. Ibu - ibu kerap mengepam. Tapi adakah payudara benar2 dikosongkan? Ini perlu diberi perhatian kerana apabila payudara dapat dikosongkan dengan sebaik mungkin, maka cepatlah susu yang baru akan dihasilkan, selain itu, susu yang telah dipam tadi telah mendapat kedua2 khasiat FOREMILK dan HINDMILK. Jika tidak dikosongkan dengan sebaik mungkin, saki baki susu yang tertinggal itu mungkin akan memenuhi payudara dan mungkin boleh menyebabkan bengkak, saluran susu tersumbat, dan sebagainya.

3. Berfikiran Positif - Ini sangat2 perlu kerana culture di Malaysia ini tidak semua orang positif tentang breastfeeding. Maka, jika terdengan kata-kata yang mungkin kurang enak didengar itu, rujuk dulu kepada yang pakar dalam bidang penyusuan adakah ianya benar. Setelah mendapat jawapan, barulah ibu timbangkan sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, malah si ibu perlu positif dikala produksi mengalami kemeruduman. Perlu diingat, penghasilan susu ini melibatkan fungsi dalaman badan, jika dalaman badan sihat, maka susu pon akan terhasil. Jika kita kurang sihat, susu mungkin akan kurang.

4. Stress - Punca utama kemeruduman susu adalah stress. Kenapa stress? Si ibu stress memikirkan kuantiti susu yang perlu dibekalkan kepada anak. Ini normal, tetapi berusahalah untuk mengelakkan diri dari stress. bila stress, perjalanan darah pon tidak lancar, maka susu pun tidak keluar.

5. Pemakanan seimbang - amat perlu kerana selain untuk diri ibu itu sendiri, perlu juga untuk anak, makanan yang seimbang dan berzat mampu memberi khasiat terbaik untuk anak.

6. Minum air banyak - kehausan akan terasa setelah mengepam atau menyusukan anak. Air adalah keperluan badan kita, oleh sebab itu pengambilan air amat perlu untuk mengekalkan bendalir dalam badan. Kekurangan air jua akan menyebabkan ibu itu sendiri merasa sakit kepala, pening, pitam.

7. Usaha - paling penting berusaha untuk mengekalkan penghasilan susu untuk anak tersayang.

8. Pengambilan suplemen/vitamin - ini bergantung pada masing. Tetapi perlu diingat, pengambilan vitamin bukan membanyakkan susu ibu. Ia hanya membantu melancarkan fungsi tubuh badan agar si ibu merasa lebih sihat bertenaga, jadi jika ibu kurang penat, kurang stress, maka secara tidak langsung susu pun akan lancar terhasil kerana ia ada kaitan dengan darah dimana susu itu berasal dari darah, pemakanan vitamin membantu melancarkan darah, maka semua lancar, susu pun lancar lah keluar.

Jadi jika anda ingin memberikan si manja yang terbaik, praktikkan lah tips2 berguna bukan sahaja dari saya, malah dari sesiapa sahaja. Insyaallah akan membantu

Jika anda mempunyai masalah penyusuan saya juga boleh membantu anda

sms saya di 0126764743 - nurul

No comments:

Post a Comment