Khasiat dan kebaikan susu ibu sememangnya tiada tandingan dan tidak dinafikan lagi. Malah telah banyak kajian yang telah membuktikan kebaikan susu ibu itu sendiri
Antara kajian-kajian yang telah dibuktikan adalah :
1. Profesor Dr. Berthold V. Koletzko
Kajian pada tahun 2009 mendapati 1128 bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan dan obes bila dewasa kelak.
Lebih malang lagi bayi yang diberi susu formula dikatakan pendek umur berkaitan pelbagai penyakit yang dihadapi.
Ini kerana terdapat kaitan antara kenaikan berat badan pada bayi dan obesiti serta peningkatan dalam serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser dikalangan dewasa.
Bayi yang diberikan susu formula diawal usia berkemungkinan mengalami kenaikan berat badan lebih tinggi berbanding susu ibu. Ini kerana susu formula mengandungi lebih banyak protin antara 55 hingga 80% berbanding susu ibu.Manakala susu ibu pula mempunyai kandungan protin yang rendah .
Dalam kajiannya lagi , bayi yang diberikan susu ibu antara enam bulan hingga 2 tahun lebih sihat walaupun berat badan lambat bertambah. Sebaliknye bayi yang diberikan susu formula adalah lebih besar berbanding yang diberi susu ibu pada tahun pertama usia mereka. Tumbesaran yang cepat pada bayi yang diberikan susu formula adalah meningkatkat kadar obesiti sehingga 6 kali ganda.
Oleh yang demikian bayi tidak digalakkan mengambil susu formula sebelum usia mencapai 12 bulan walaupun bayi yang diberikan susu formula akan kelihatan montel.
Ibu bapa juga perlu tahu anak yang montel tidak semestinya sihat.Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia (MRNI) kanak-kanak yang berusia 1 hingga 3 tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga dari lemak.
Oleh itu bakal ibubapa khasnya perlulah mengambil maklum ilmu penyusuan susu ibu ini, bukan sahaja ibu sahaja yang perlu, bapa juga perlu sebagai sokongan kepada ibu itu.
Anda inginkan yang terbaik untuk simanja anda, tetapi perlulah kenal apa sebenarnya yang terbaik itu.
kepada anda yang inginkan konsultasi penyusuan
Bolehlah hubungi saya : 012-6764743
akan saya bantu semampu saya, jika perlu lawatan kerumah, ia bergantung kepada kelapangan saya dan persetujuan anda juga.
emel juga saya akan cuba membalas sesegera mungkin
ammarhauu@gmail.com
No comments:
Post a Comment