Kebaikan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi
Sangat bahagia bila kita telah menjadi seorang ibu, dan paling seronok lagi bila kita dapat menyusukan anak sendiri.
Secara zahirnya setiap ibu mampu untuk menyusui anak sendiri, kerana susu ibu itu merupakan makanan terbaik untuk bayi.
Ia mengandungi khasiat yang tidak ternilai, khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran bayi dan perkembangan bagi memastikan bayi kita membesar dengan sihat.
Susu ibu mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi dalam melindungi bayi dari mendapat serangan jangkitan yang biasa dialami oleh bayi baru lahir.
Ia sangat sesuai mengikut perkembangan bayi, tidak seperti susu formula, yang mana ia biasa akan menyebabkan bayi cirit birit.
Manfaat kesihatan bukan sahaja pada bayi, malah ibu juga turut mendapat manfaat yang sangat besaar dalam kesihatan.
Ibu yang menyusukan anak dapat mengurangkan risiko kanser payudara, kanser ovari.
Kerana sepanjang tempoh penyusuan tersebut sangat membantu ibu mengecutkan semula rahim selepas bersalin, juga menjarakkan tempoh kehamilan secara semulajadi.
Penyusuan eksklusif selama 6 bulan sangat digalakkan dan meneruskannya sehingga 2 tahun, selain itu, selepas bayi berumur 6 bulan perlu diberi makanan pelengkap yang seimbang.
Diet Ibu Yang Menyusukan Anak
Ibu yang menyusukan anak perlukan diet yang terbaik dalam memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Diet itu bukan bermakna mengawal berat badan sahaja, sebenarnya apa yang ibu itu ambil makan dan amalkan untuk kesihatan ibu sendiri.
Minum Air Banyak - Ibu menyusukan anak sangat perlu memenuhi keperluan cecair dalam badan. Oleh itu disarankan untuk minum air masak 3liter sehari. Ini adalah untuk mengekalkan paras bendalir dalam badan, kerana dalam proses penyusuan itu sendiri akan banyak mengeluarkan air kerana kalori akan banyak terbakar.
Makan seimbang - Ibu perlu mendapatkan makana seimbang, karbohidrat, protien, vitamin dan semuanya.
Kerana dari makanan itu tadi akan diproses menjadi susu untuk diberi kepada bayi.
Saranan nutrien yang perlu diambil untuk ibu menyusu -
Multivitamin
Menyediakan vitamin dan mineral penting untuk ibu yang mana ianya tidak boleh didapati dari diet seharian.
Kadar vitamin yang mencukupi membantu menghasilkan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.
Protien
Bayi memerlukan protien yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna.
Sumber protien terbaik seperti protien soya dalam diet penyusuan amat penting utnuk penghasilan susu.
Protien membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.
Ibu yang meyusukan anak disarankan untuk mengambil 3 hidangan protien berkhasiat setiap hari.
Vitamin C
Dlam satu kajian didapati ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin c menunjukkan khasiat vitamin c tersebut tertumpu kepada bayi. Oleh itu ibu yang menyusukan secara eksklusif akan melindungi bayi dari kekurangan vitamin c. Vitamin c sangat penting bagi menguatkan sistem imun bayi, membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
Vitamin B Kompleks
Vitamin yang diperlukan untuk menyokong sistem saraf dan metabolisma yang kuat.
Fungsinya termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel yang sihat, penghasilan tenaga untuk sel, mengekalkan tenaga saraf.
Ibu yang menyusukan anak perlu mendapat vitamin b kompleks untuk memberi khasiatnya kepada bayi.
Kalsium
40% daripada susu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Ibu yang menyusukan disaran untuk mengambil 1300mg kalsium setiap hari.
Alfalfa
Mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin. Semua vitamin tersebut sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Alfalfa secara tradisional digunakan sebagai meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
Omega -3
Menggalakkan perkembangan otak dan mata anak.
Telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron mudah berhubung bila Omega - lebih banyak dalam otak.
Oleh itu diet yang seimbang, pengambilan nutrisi yang diperlukan sangat menbantu melancarkan perjalanan penyusuan itu sendiri.
Jika anda ingin konsultasi penyusuan dan juga milkbooster sebagai alternatif
Boleh hubungi saya
-0126764743
No comments:
Post a Comment