Tuesday, 22 January 2013

PANDANGAN MENGENAI KHASIAT VITAMIN IBU MENYUSU

Saya ada banyak menerima emel, sms, whatsapp, pm facebook mengenai persoalan
Adakah benar vitamin itu menambahkan kualiti dan khasiat susu ibu, dan ianya boleh bantu tambah susu

Apa yang saya boleh jawab adalah  :

1. VITAMIN bukanlah sebab utama yang menjadikan susu ibu itu berkualiti dan lebih khasiat.
Kerana sebenarnya susu ibu memang berkualiti.
Ia mengandungi protien lengkap, vitamin-vitamin, mineral,hormon, growth factor, imuniti, dan pelbagai khasiat yang tiada terdapat dalam susu formula.

Kenapa dikatakan bila ambil vitamin itu susu menjadi lebih berkualiti?

Walaupun saya penjual vitamin, namun saya nak perbetulkan pandangan sebenarnya.

1. Susu ibu nampak cair- tanda susu kurang berkualiti.

Sebenarnya anda salah. nilai nutirisi ataupun khasiat susu ibu tetap sama dalam apa jua keadaan.
Bila susu kelihatan cair, bermakna - anda mungkin memerah dalam cuaca atau keadaan panas. Susu akan cair kerana ia mengandungi lebih air untuk menghilangkan rasa dahaga anak anda.

Bila susu kelihatan pekat - ini bermakna anda memerah dalam keadaan sejuk seperti masa hari hujan ataupun dalam aircond. Susu menjadi lebih pekat kerana nak beri anak anda rasa hangat dan lebih kenyang dikala keadaan sejuk.
Namun jika anda lebih mengambil sumber protien juga adakalanya susu anda kelihatan agak pekat.

Kesimpulannya: susu cair atau pekat tetap sama khasiat susu ibu itu.

Jadi apa perlunya makan vitamin?
Vitamin adalah pelengkap nutrisi yang diperlukan tubuh.
Kenapa ibu menyusu perlu ambil vitamin?
Ibu menyusu sangat cepat membakar kalori, jadi mudah penat, dan lesu lebih-lebih lagi bila ibu itu seorang yang berkerjaya seperti saya.
Fungsi vitamin adalah lebih untuk tambah tenaga, dimana kita membantu ibu yang menyusukan anak untuk lebih bertenaga, cergas dan sihat.
Kejadian susu boleh menjadi banyak selepas mengambil vitamin adalah disebabkan oleh sistem badan ibu telah stabil kesan dari mengambil vitamin. Perjalanan darah menjadi lancar, maka penghasilan susu ibu sangat lancar.
Namun ianya perlu disertai dengan usaha-usaha wajib seperti mengepam dengan konsisten, minum air masak 3 liter, makan dengan seimbang, elakkan stres, enjoy kemanisan menyusui si manja.
Vitamin dari sumber semulajadi adalah vitamin yang mudah diserap oleh tubuh kerana dalam sehari belum tentu kita dapat memenuhi khasiat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Jadi pandangan saya elakkan mengharap 100% selepas makan vitamin susu akan keluar memancut mancut.
Jika tiada usaha langsung dari anda.


Okayy.

saya harap semua boleh clear dengan penjelasan mudah ini.

Jika anda punyai sebarang kemusykilan mengenai penyusuan atau mahu mencuba vitamin, boleh contact saya
Nurul - 0126764743


1 comment:

  1. sy suke! vitamin beri kesihatan pd tubuh bdn sy..autimatik ia mengalir dlm air susu dan bayi juga mendapat tempiasnya.. anak juga jarang sakit dan xbyk ragam krn cepat kenyang..:) tQ sharing..

    ReplyDelete