Sunday, 24 March 2013

SUPLEMEN UNTUK IBU BEKERJA



beautymom

Ibu Bekerjaya


Ibu bekerjaya menuntut banyak pengeluaran tenaga.
Sedari bangun pagi, menguruskan anak, menyediakan sarapan, menghantar anak ke sekola, ke pejabat untuk bekerja. Memang sangat perlukan tenaga.
Itu belum waktu petang, mengambil anak dari sekolah,pusat jagaan, mengharungi kesesakan lalulintas, sampai dirumah, perlu menyediakan makan malam untuk keluarga.

Fuhhh.....
Sangat banyak , peranan ibu khasnya yang bekerjaya.

Ramai juga diantara mereka yang menghubungi saya dan mengadu penat, lesu, kerap sakit khasnya selsema.

Apa yang saya boleh kongsikan sebenarnya semua ibu mampu untuk melakukan semua tugasan, namun perlu menjaga pemakanan mereka. Bukan saja pemakanan yang lengkap dan seimbang, namun rehat yang cukup pun perlu. Tapi mana mungkin seorang ibu akan dapat tidur yang lena bukan.

Saya juga sebagai sseorang ibu yang bekerja memang saya sendiri akui perlukan suplemen untuk membantu diri saya agar tidak mudah penat. Agar produksi susu tidak mengalami masalah, juga agar saya sentiasa cergas dah ketahanan tubuh kekal kuat.

Apa Suplemen Yang Sesuai Untuk Ibu Bekerja

Apa yang saya amalkan dan saya syorkan adalah pengambilan protien lengkap yang cukup. Protien ini adalah untuk membekalkan tubuh untuk kekal bertenaga, dan memenuhi mana-mana kekurangan protien dalam badan. Protien sangat penting pada tubuh untuk menjamin kesihatan seseorang.

Multivitamin juga salah satu yang wajib bagi saya kerana ia membekalkan vitamin dan mineral yang lengkap untuk tubuh.

Vitamin B Complex
B complex adalah sangat penting kerana ia bertugas untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
Ia juga menjaga sel darah merah yang sihat. Sangat bagus untuk saraf, meredakan sakit kepala, tekanan dan kemurungan.

Kalsium
Ini sangat penting pada saya, kerana saya jamin tak semua orang boleh memenuhi keperluan kalsiumnya bukan?Adakah dalam sehari anda dapat minum susu dengan cukup yang mengandungi 1000mg kalsium sehari? Tak ramai yang mampu. Oleh itu sebagai alternatif untuk menampung saya mengambil kalsium tablet. Bukan saja untuk kesihatan tulang, tapi juga membantu untuk mendapat tidur yang lena dan berkualiti. Ia juga mencegah sembelit, juga yang paling saya suka membantu mengurangkan masalah migrain.
Serius saya dah amalkan 2 tahun, dan memang setiap pagi bila bangun tidur memang segar badan, tidak lagi sakit badan.

Memang sekarang tidak dinafikan lagi keperluan suplemen untuk semua orang, dan bohong saya katakan jika anda rasa anda mendapat cukup nutrisi hanya dengan memakan makanan sahaja.
Tanyakan diri sendiri, dalam sehari adakah anda mendapat cukup hidangan buah-buahan dan sayuran?
Cukup kah kalsium yang anda dapat dari minum susu yang tak seberapa?
Juga keperluan lain-lain vitamin yang bersifat antioksidan.


Hubungi saya jika anda inginkan konsultasi percuma
untuk semua vitamin Shaklee ini
PM,SMS,WHATSAPP - 0126764743




No comments:

Post a Comment