Apa yang membimbangkan adalah salah tafsir konsep penyusuan itu sendiri sehingga saya dihujani banyak sms,whatsapp mengenai "milkbooster".
Sebelum memberi persetujuan untuk menjual vitamin ibu menyusu, saya lebih gemar bertanya dahulu apa masalah sebenar ibu tersebut, dan kebanyakan jawapan adalah begini :
- Saya baru melahirkan anak, susu saya sikit sangat, anak tak kenyang.
- Saya ibu mengandung, saya nak minum Esp supaya bila anak keluar nanti terus ada susu banyak
- Stok susu saya diparas bahaya, saya nak ambil suplemen supaya cepat boost susu.
- Saya tengok kat fb ramai ibu yang boleh perah susu dan simpan banyak-banyak selepas ambil suplemen.
- Saya takut anak tak kenyang kalau saya tak ambil suplemen sebab die kerap menyusu.
- Saya nak banyakkan susu.
Ya. Itulah antara masalah2 yang kerap saya terima. Jadi jom bersama saya kita fahami dan kenali konsep sebenar penyusuan susu ibu ini.
Saya baru melahirkan anak, susu saya sikit sangat, anak tak kenyang.
Saya baru melahirkan anak, susu saya sikit sangat, anak tak kenyang.
- Bagi ibu yang hamil, perlu memahami proses bagaimana terhasilnya susu ibu itu. Susu ibu terhasil kesan dari rangsangan hisapan dari bayi ke payudara ibu, dimana rangsangan akan dihantar kepada kalenjar pituitari dan hormon prolaktin dan oxytocin akan dihasilkan. Hormon prolaktin akan memberi arahan kepada otak untuk menghasilkan hormon oxytocin untuk payudara menghasilkan susu. Bayi menyusu bukan menyedut, sebaliknya melalui gerakan penolakan rahang bawah keatas lidah, dan penolakan itu akan menolak susu keluar. Jadi susu akan keluar setelah talipusat bayi dipotong, dan susu itu bukanlah banyak, sedikit saja namun itu sudah memadai kerana pada waktu itu saiz perut bayi sangat kecil. Sangat mustahil untuk susu keluar dengan banyaknya sejurus selepas melahirkan. Namun kuantiti yang sedikit itu sangat mencukupi untuk bayi anda dan anda perlu kerap menyusukannya untuk merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak. Kenyang atau tidak itu tidak penting buat bayi anda, apa yang penting adalah memenuhi keperluan tubuhnya untuk mendapat nutrisi yang penting serta membantunya mengeluarkan mekonium dari tubuh agar fungsi hatinya menjadi matang.
Saya ibu mengandung, saya nak minum Esp supaya bila anak keluar nanti terus ada susu banyak
- Ibu-ibu yang sedang hamil saya mengharap anda tidak salah faham, kerana apa yang anda makan sewaktu mengandung tidak akan menjamin penghasilan susu yang banyak. Susu ibu bukan sesuatu yang disimpan dalam jangka waktu yang lama dan akan dikeluarkan dengan banyak sekali apabila telah penuh. Ia memerlukan teknik dan rangsangan yang betul, juga pemikiran ibu itu sendiri. Jika sedari awal ibu itu sendiri mengatakan dia mahupun keluarga jenis tiada susu. Perkara pokok yang perlu adalah, dapatkan bantuan dari Peer Kaunselor mahupun Pakar Laktasi.
Stok susu saya diparas bahaya, saya nak ambil suplemen supaya cepat boost susu.
- Tiada milkbooster yang berfungsi mempercepatkan penghasilan susu sepantas kilat jika tiada usaha dari ibu seperti mengepam dengan konsisten,minum air cukup, makan cukup,kerapkan skin to skin contact dengan bayi, mengosongkan payudara secara efektif. Kenapa saya cakap macam ni? Ini kerana adalah salah satu masalah besar ibu menyusu adalah mengharapkan peningkatan susu secara drastik. Tidak akan berlaku sekiranya tiada usaha. Mengapa terjadi susu berada di paras bahaya? Kebanyakan ibu yang saya jumpa mahupun menghubungi saya, mereka tidak mensiapkan diri meraka agar membuat stok sedari dalam pantang lagi. Kata mereka, boleh dibuat apabila bekerja kelak. Anda salah! Sebenarnya ia akan lebih membebankan dan akan menjadikan anda stress kerana pada satu-satu masa bayi akan mengalami peningkatan demand susu ibu, apa akan jadi jika pada waktu itu anda datang haid, yang sememangnya akan mengalami penurunan kuantiti susu perahan. Maka sangatlah saya merayu agar manfaatkan waktu cuti bersalin, manfaatkan wang yang anda telah laburkan untuk membeli gajet-gajet penyusuan. Manfaatkan kesihatan anak anda, itu yang lebih penting.
Saya tengok kat fb ramai ibu yang boleh perah susu dan simpan banyak-banyak selepas ambil suplemen.
- Jangan terpedaya, jadikan saja ianya pembakar semangat anda untuk berusaha agar susu anda sebanyak ibu tersebut. Jadi apa fungsi suplemen kalau saya asyik menafikan usaha memakan suplemen? Saya tak nafikan mentah-mentah, suplemen itu keperluan tubuh, namun jangan terlalu bergantung pada suplemen atau milkbooster semata kerana jika tidak ada usaha tak guna juga, kerana fitrah penyusuan susu ibu itu sendiri memerlukan usaha merangsang payudara, memerah, mengosongkan payudara dengan efektif. Kenapa ada yang makan suplemen susu meriah? Sebenarnya minda juga memainkan peranan. Jika kita makan suplemen dan usaha dengan bersungguh insyaallah hasil dari apa yang kita makan akan berhasil. Tak dinafikan suplemen yang bersumberkan soya sangat membantu kerana ia mengandungi protien dan sumber susu adalah protien, kemungkinan ia berkait rapat dengan keperluan protien dalam badan kita. Fungsi sebenar suplemen adalah mencukupi mana-mana yang kurang dalam sistem badan kita . Jika semua cukup dan lancar, maka susu pun meriah. Lagipun secara tak langsung susu ibu menyalurkan khasiat yang ibu dapati dari apa yang ibu makan dan ia akan diberi kepada anak dalam bentuk susu.
Saya takut anak tak kenyang kalau saya tak ambil suplemen sebab die kerap menyusu.
- Masalah ini pun salah satu yang menghantui ibu semua. Ingat ya susu ibu adalah terhasil dari apa yang kita makan dan minum. Kemungkinan susu menjadi pekat kerana kita makan daging, ayam, ikan. Susu juga boleh menjadi pekat kerana cuaca. Bila cuaca sejuk, susu lebih pekat kerana akan mengandungi lebih lemak untuk memanaskan bayi. Bila cuaca panas, susu lebih cair untuk memenuhi air dalam badan bayi. Bayi kerap menyusu adalah biasa, kadang kala bayi mungkin mengalami peralihan bulan dan ia kerap menyusu. Juga boleh jadi anak anda khasnya yang berumur 5 bulan keatas telah sedia untuk memulakan makanan pejal.
Saya nak banyakkan susu.
- Banyakkan la hasil susu ibu dengan pam konsisten, kerap menyusu direct, minum air masak 3 liter sehari, makan seimbang. Rilex, elakkan stress. Inshaallah semua ibu boleh menyusukan anak selama 2 tahun.
Konsep sebenar penyusuan susu ibu adalah :
- pam konsisten
- kosongkan payudara dengan efektif
- minum air 3 liter sehari
- makan dengans eimbang dan konsisten
- minda positif.
Barulah ibu akan berjaya menyusukan anak selama 2 tahun mahupun lebih. Mungkin usaha dari kaedah sokongan sekeliling juga sangat membantu ibu menjayakan penyusuan.
Aplikasi konsep ini diiringi bersama doa seorang ibu.....
No comments:
Post a Comment