Dalam entry kali ini saya kongsikan mengenai Tips Mudah Berpantang Dengan Cergas tanpa pengambilan jamu. Sebab kebanyakan masyarakat Melayu khasnya apabila disebut berpantang sudah tentu akan berfikir mengenai JAMU. Tiada salahnya untuk mengambil jamu, namun ada yang lebih mudah kenapa kita mahu memilih yang susah?
Tips Mudah Berpantang Dengan Cergas.
Bagaimana cara anda berpantang itu adalah pilihan masing-masing, namun saya ingin kongsi cara saya berpantang dengan mudah. Pengalaman ini saya aplikasikan semasa saya berpantang anak kedua.
1. Mulakan penyusuan susu ibu seawal mungkin untuk membantu mempercepat dan melancarkan darah nifas keluar. Ia juga sangat membantu mempercepat pengecutan rahim.
2. Amalkan minum air masak segelas setiap sejam.
3. Amalkan pengambilan sayur-sayur pelbagai warna seperti sawi, lobak merah, sawi putih, kentang. Paling mudah buat saja sup sayur.
4. Memulakan sesi urutan selewatnya pada hari ketiga berpantang. Lagi cepat lagi elok.
5. Mandi air rebusan daun jambu, serai,daun pandan, akar pandan, halia dan lavender. Lebih mudah jika dapatkan pek herba mandian. Hanya rebus dan nikmati airnya dikala mandi pagi dan petang. Memang sangat menyegarkan.
6. Amalkan bertungku setiap kali lepas mandi pagi dan petang.
7. Berbengkung setiap masa. Pastikan ikatan bengkung serapat mungkin. Ini bertujuan untuk mengembalikan semula kedudukan perut, agar perut tidak menggelembir setelah tamat tempoh berpantang.
8. Lakukan senaman yang mudah untuk mengembalikan kecergasan.
9. Ambil vitamin yang mudah sepanjang tempoh berpantang untuk mengembalikan kestabilan darah dan mempercepat penyembuhan luka jahitan.
10. Kerapkan penyusuan susu ibu.
Kelebihan Mengamalkan Set Bersalin Shaklee
SET BERSALIN SHAKLEE |
1. ESP sangat bagus diminum di pagi hari untuk sarapan ibu-ibu bepantang. Boleh dicampur dengan Nestum ataupun Milo atau Horlicks. Ia memberikan ibu tenaga yang segera dan membantu meningkatkan pencetusan susu ibu. Selain itu, protein sangat penting untuk membentuk semula sel-sel yang telah rosak. Ia juga menjadikan ibu lebih sihat dan segar sepanjang tempoh berpantang.
2. VITALEA membekalkan vitamin dan mineral yang cukup untuk ibu kerana mereka telah lama berkongsi dengan anak di dalam kandungan.
3. B COMPLEX menstabilkan perjalanan darah kerana ibu-ibu telah banyak kehilangan arah sewaktu proses melahirkan anak. Ia juga sebagai penenang untuk mengelakkan ibu-ibu merasa murung dan akan mengakibatkan meroyan.
4. ZINC membantu mempercepat penyembuhan luka bersalin. Selain itu boleh membantu mengurangkan berlakunya keguguran rambut
5. VITAMIN C memberi ibu kesegaran wajah, mengelakkan kekeringan kulit.Ia juga masalah berkaitan mental seperti stress.
Set Bersalin Shaklee juga selamat diambil ketika bayi anda sedang jaundis, jadi tiada kerisauan pada ibu-ibu, tidak perlu berhenti seketika. Anda boleh teruskannya.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut dan konsultasi percuma
- Nurul
0126764743
fb pages: Beautymoms
set terbaik sepanjang zaman
ReplyDelete