Wednesday, 18 June 2014

KOLESTEROL TINGGI BERINGAT SEBELUM KENA

BEAUTYMOM
 
Penyakit tiga serangkai semakin menjadi - jadi dan dengan gembiranya mereka menyerang manusia.  Sedangkan empunya diri masih tidak sedar akan kehadiran penyakit ini. Saban hari jika kita lihat corak pemakanan rakyat Malaysia semakin ke arah yang tidak sihat. Semuanya lebih gemar kepada makan makanan segera yang lebih mudah didapati di mana-mana. Ada pula yang lebih suka makan dalam jumlah yang banyak dengan alasan mereka penat bekerja dan perlu reward diri dengan makan sepuasnya. Nauzubillah... Saya mengucap panjang...

Kolesterol dalam darah akan meningkat disebabkan pengambilan makanan yang banyak lemak dan gaya hidup yang tidak seimbang. Antara penyumbang masalah kolesterol adalah pengambilan makanan dari sumber haiwan yang banyak seperti daging merah.

Sebenarnya memang tubuh kita perlukan kolesterol untuk membentuk dinding sel dan sebagai memberi tenaga kepada tubuh. Kolesterol secara semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh berasal dari hati yang menyumbang sehingga 80% dan 20% dan yang lainnya adalah dari sumber makanan dan minuman kita setiap hari.

BEAUTYMOM

BEAUTYMOM


Sebenarnya kolesterol dapat diturunkan dengan mencegah sebelum ia menjadi kolesterol jahat. Kaedah menurunkan kolesterol juga boleh dilakukan dengan tanpa mengambil ubat-ubatan. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi kebiasannya tubuh tidak menunjukkan apa-apa gejala namun lama kelamaan ianya akan menyerang dengan senyap kerana sememangnya kita tidak sedar bahawa saluran darah kita telah tersumbat dan akan menyebabkan arteri menjadi sempit, akibatnya darah tidak dapat berjalan dengan lancar ke jantung dan ini akan menyebabkan masalah jantung atau pun darah tinggi.

Oleh itu pemakanan yang sihat dan senaman berkala setiap hari sangat membantu kita untuk mencegah kolesterol baik dari menjadi jahat.

Salam sayang perkongsian dari saya

BESTBEAUTYMOM...


No comments:

Post a Comment