Wednesday, 14 December 2011

SKIM BARU PERKHIDMATAN AWAM SBPA


Memang berita sangat baik untuk kakitangan awam khasnye.

Berita skim perkhidmatan baru dan tangga gaji baru, dan juga skim saraan baru hingga 60 tahun.

Saya sendiri sebagai penjawat awam amatlah suka (senyum sampai ke telinga) untuk 2 perkara.

Tapi saya akui saya amatlah tidak setuju untuk 1 lagi perkara iaitu skim saraan hingga 60 tahun tu. Faedahnye memang la banyak. Tapi pd saya macam tak masuk akal pula.

Bukan ape, ini senario yang saya lihat, rata-rata yang akan tandatangan 60 tahun tu terdiri dari kalangan kumpulan sokongan sahaja... jarang la atau tidak ramai dari golongan profesional, yang mana diorang ni nak cepat pencen ade la.

Kenapa dan mengapa senario ini terjadi?

Ini yang saya dapat rumuskan bila saya perhati dan teliti faktor-faktor yang mungkin menjadi penyebab untuk mereka memilih untuk tandatangan hingga 60 tahun :

1. Hutang rumah, peribadi, kenderaan, dan sebagainya yang mana tempoh bayar balik agak lama

2. Anak ramai yang masih bersekolah, anak kecil, nk beli pampers, nak beli susu.

3.Keadaan penyakit yang memerlukan kos rawatan yang agak tinggi atau rawatan susulan tiap bulan, minggu atau hari.

Tapi mungkin ketiga perkara ini boleh diatasi atau dikurangkan bebanan. maksud saya boleh dielak.

Contohnye hutang rumah tu mungkin tak boleh, tapi mungkin boleh kalau ade yang boleh claim overtime unlimited atau 2/3 dari gaji ke. atau pun ade bisnes sampingan. terpulanglah.

Anak ramai yang bersekolah tu, mungkin boleh dikurangkan bebanan dengan mengambil insuran / takaful untuk anak. coz ada takaful yang buat untuk perlindungan dan simpanan, 5 tahun boleh keluarkan. so mungkin boleh mula dari anak umur setahun ataupun lahir je anak tu terus apply, so that lebih kurang umor die 5 or 6 tahun dh boleh keluar dan boleh diguna untuk perbelanjaan sekolah die.

Pembelian pampers tu, terpulang kepada masing2, tapi boleh beralih kepada menggunakan CLOTH DIAPER (lampin moden)iaitu lampin yang boleh dibasuh, pakai hingga lusuh, memang sekeping tu harga die diakui agak mahal. tapi berdikit lah beli, jadi lame2 banyakla.boleh ulang pakai untuk anak seterusnya. nak urus pon mudah, boleh masuk mesin basuh, n sidai sampai kering. kirenye satu inovasi untuk ibu2 sekarang la.

Part susu anak tu, jom kite sama-sama menyeru ibu-ibu untuk menyusui anaknya. Dimana penyusuan susu ibu ini juga menyumbang kepada penjimatan kewangan keluarga kerana :
1. Tak perlu beli susu formula
2. Kurang perbelanjaan ke klinik kerana anak yang menyusu ibu jarng sakit, setakat demam selsema itu biasa.
3. Produktiviti kerja ibu bapa pon stabil, memandangkan anak2 sihat. Maka kuranglah EL, MC ataupun cuti yang panjang.
4. Boleh membantu menjarakkan kehamilan bagi 6 bulan pertama dengan syarat, anak sepenuhnya menyusu ibu, ibu tidak period sejak habis darah nifas, dan anak belum diperkenalkan solid food.

Memang semua akan komen, ko cakap senang la, tapi duduk, muhasabah diri masing2 bahawa semua ibu mampu menyusui anaknya tanpa bantuan susu formula. Percayalah, jika anda faham konsep penyusuan sebenar, anda pasti berjaya.

Berkenaan kos rawatan penyakit itu pula, jika kita lihat penyakit yang sangat biasa adalah KENCING MANIS, DAN DARAH TINGGI. Seringkali orang veteran cakap dah Tuhan bagi sakit nk buat macam mana. Hakikat sebenarnya adalah berpunca dari diri sendiri juga. Jika kita makan pada portion yang betul, kawal pengambilan gula, garam, lemak,MSG, insyaallah risiko itu akan berkurangan. Anda bayangkan, tiap pagi bedal nasi lemak dan teh tarik, or roti canai dan teh tarik or mee kari. Kadang - kadang boleh la.

Tiada senaman, balik ofis terus duduk buat kerja. tiada pengambilan suplemen/vitamin untuk membantu badan menstabilkan tekanan darah dan melancarkan salur darah.

Jadi logik kah pencen 60 tahun tu? Kalau bermacam masalah melanda diri. Lainlah yang belum cukup servis tu mungkin ok lagi.

Marilah bersama renungkan. kerana ini masa depan anda. hari ini anda sihat, siapa tahu masa depan?

Maka untuk mengekalkan kesihatan ditahap optimum, bila badan sihat, kerja pon lancar dan kuranglah masalah penyakit.

Jom amalkan pengambilan vitamin semulajadi.

Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa


No comments:

Post a Comment