Ini sedikit sebanyak yang saya kongsikan melalui pembacaan saya ya.
Sekarang ini trend ibu menyusukan memang telah berkembang pesat. Tapi amat bagus kerana kita kembali kepada perkara yang disunnahkan oleh Nabi Muhammad S.A.W
Namun untuk menjayakan penyusuan bukanlah perkara yang mudah. Antaranya yang sering menjadi persoalan adalah, Perlukah ambil makanan tambahan ketika menyusukan anak?
Jawapan yang paling tepat adalah TIDAK PERLU. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya kata tidak perlu? Ini kerana sememangnya tidak ada garis panduan khas atau program pemakanan yang khusus untuk ibu yang menyusukan. Jadi apa tujuan saya jual suplemen sedangkan saya mengatakan tidak?
Begini..>
Ibu perlu memastikan dia mendapat diet yang seimbang untuk memastikan agar tubuhnya kekal sihat dan pada masa yang sama dapat menyalurkan khasiat pemakanan yang diperlukan oleh anak anda menerusi susu ibu. Diet yang seimbang juga cukup untuk menggantikan simpanan tenaga yang berkurangan sewaktu menyusukan bayi.
Oleh itu, tidak ada arahan khusus yang mengatakan ibu menyusukan perlu ambil makanan tambahan, bahkan digalakkan untuk mengikuti graf pemakanan yang seimbang seperti pengambilan nutrien yang terdiri dari sayuran, nasi,daging, buah- buahan dan ikan.
Amatlah disarankan ibu yang menyusukan untuk MEMPELBAGAIKAN jenis makanan. BANYAK makan sayur, buah, bujirin. HADKAN pengambilan makanan tinggi lemak, kolesterol, gula, garam. AKTIVITI seharian juga perlu seperti senaman.
Namun kebanyakan diet pemakanan untuk ibu menyusu terlalu sukar untuk dicapai. Dan mungkin kita tidak sedar ianya hanya akan menjadi benteng untuk kita meneruskan penyusuan. Mungkin ada ibu yang jenis tidak gemar makan sayur,kurang makan buah, kurang makan ikan atau ayam. Masalah ini lah yang mungkin memerlukan untuk ibu itu mengambil makanan tambahan dimana ianya bertujuan untuk memenuhi sumber nutrisi yang kurang pada ibu tersebut. Kerana makanan tambahan itu lebih untuk kebaikan itu sendiri dan bukannya untuk menambah penghasilan susu.
Sangatlah digalakkan untuk mengambil makanan tambahan berikutan persekitaran sekarang ini yang dipenuhi toksid, asap, habuk, dan bermacam jenis lagi yang mungkin akan memudaratkan kesihatan kita kerana makanan tambahan itu berfungsi untuk menapis, dan membersihkan fungsi tubuh kita.
Dalam konteks penyusuan, jawapan saya TERPULANG jika anda memilih untuk mengamalkan pengambilan suplemen. Namun yang paling wajib anda ikuti adalah konsep penyusuan yang betul iaitu DEMAND n SUPPLY.
Lebih kerap payudara dikosongkan, maka lebih keraplah penghasilan susu akan terjadi.
Tetapi jika anda seorang ibu yang mementingkan kesihatan bolehlah hubungi saya
sms : 012-6764743
emel : ammarhauu@gmail.com
akan saya beri konsultasi secara percuma untuk anda,khasnya dalam masalah penyusuan.
No comments:
Post a Comment