Thursday, 14 June 2012

PENYUSUAN DI BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan semakin menghampiri kita. Ini adalah antara bulan keberkatan yang membawa banyak keberkatan.

Bagaimana ibu-ibu yang menyusu? Sudahkah anda bersedia untuk melalui pengalaman menyusukan anak dibulan Ramadhan? Tentunya ada banyak persoalan yang tersirat di dalam fikiran anda semua ya.
Sebenarnya penyusuan dibulan puasa ini, sama juga seperti bulan biasa. Tetapi yang berbeza adalah kita tidzk makan pada waktu siang.

Apa yang paling penting adalah ibu-ibu memastikan mereka mendapat tenaga yang cuku, disamping mengekalkan kesihatan diri memandangkan anda sedang menyusukan anak.

Antara corak pemakanan yang terbaik untuk ibu yang menyusu dibulan puasa adalah :

Waktu Berbuka

Minum air, makan kurma
Makan nasi atau apa jua juadah yang lengkap dengan sumber karbohidrat, protin dan vitamin.
Jika anda jenis berbuka tanpa nasi, seperti saya, saya sering amalkan minum air buah, makan kuih muih seperti popia basah, kerana ia mengandungi sayur, telur, sambal, juga kulit popia itu sendiri. errrrrmmmm. sedap kan.
Saya tidak mengambil makanan berat seperti nasi semenjak saya diserang gastrik. Saya hanya akan makan ringan, yang penting pada saya air. memang saya hantu air dibulan puasa. hihihi. itu saya tapi ibu-ibu lain bagaimana pula?

Antara tips yang boleh diamalkan dibulan puasa adalah:

- MINUM AIR YANG CUKUP
Macamana nak minum air banyak?
sebenarnya tak perlulah meneguk air sebanyak mungkin, sebaiknya waktu berbuka, sebelum menjamah makanan, amalkan minum seteguk dua air masak. tujuannya adalah untuk meneutralkan asid didalam perut supaya selepas makan nanti tidaklah sebu.
Cuba minum paling kurang 2 liter air. mungkin anda boleh minum sedikit demi sedikit sejak dari berbuka hingga waktu sahur.

Jangan Tinggal Sahur.
Memang ada diantara ibu yang mungkin telah biasa untuk tidak bersahur sewaktu bujangan. Namun apabila menyusukan anak, anda perlu bersahur. Makan lah sumber yang kaya dengan protin dan makanan dalam bentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng, kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yzng diambil.

Banyakkan buah dan sayur
Ia bukan sahaja mengandungi banyak khasiat, malah ia juga sumber serat yang terbaik.

Amalkan makan kurma
Ia membekalkan tenaga segera selepas seharian berpuasa

Amalkan madu
Ia mampu menambah stamina dan meningkatkan kadar serapan kalsium

Elakkan minuman bergas/berkafien
Kandungan gula dan kafien boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Amalan pengepaman dibulan puasa

Ibu-ibu boleh terus mengepam seperti biasa.
Jika anda dapati hasil anda kurang memberangsangkan, cubalah tambahkan sesi mengepam selepas berbuka.

Jika ibu terlalu letih, mungkin juga boleh ambil makanan tambahan untuk memenuhi nutrien yang kurang, secara tidak langsung sistem tubuh akan lancar, dan ibu kekal cergas.

Mungkin makanan tambahan itu perlu kerana diwaktu puasa, sistem tubuh agak rehat dari aktiviti, orang yang sakit pun boleh menjadi lebih sihat, jadi peluang ini lah yang kita gunakan untuk perbaiki mana yang kurang melalui pengambilan vitamin. Fungsi vitamin bukan merawat, tetapi ia memenuhi yang kurang, memperbaiki yang rosak.

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini, akan melegakan kebanyakan ibu yang risau mengenai produksi susu mereka dibulan puasa nanti.
Jika anda mempunyai masalah dalam penyusuan, sudilah hubungi saya melalui emel ammarhauu@gmail.com ataupun sms 0126764743
juga jika anda ingin mengamalkan vitamin untuk kecergasan diri hubungilah saya. konsultasi akan saya berikan secara percuma.

No comments:

Post a Comment