Mengandung kedua dua putera memang terkena waktu bulan puasa. Memang cabaran betul. Masa itulah datangnya morning sickness, mabuk bagai. Huh!
Masih tak lupa kenangan tapau MCD masuk dlm beg bwk naik opis untuk dijadikan sarapan.
Kantoi dengan bos dek kerana bau burger tu.
Masa anak kedua, ada sedikit morning sickness, tapi tak teruk. Masih selera untuk besahur walaupun bersahur dengan laksa semangkuk. Orang makan nasi, awak makan laksa.
Tapi apa yang penting pada saya dibulan puasa WAJIB ada air buah, kurma dan popia basah untuk juadah berbuka. Direct makan sepanjang puasa pun tak apa.
Namun apa yang saya nak kongsikan disini adalah bagaimana membantu ibu hamil agar dapat berpuasa sepenuhnya.
Mungkin ibu mengandung diberi kelonggaran untuk membuka puasa mereka disebabkan kemungkinan akan memberi kemudaratan kepada ibu dan anak.
Tetapi selagi upaya, teruskan saja.
Bulan ramadhan badan kita diberi rehat dari aktiviti memproses makanan yang berat. Ia juga merehatkan sebentar perut dari dipenuhi oleh makanan. Begitu juga bagi ibu yang hamil dan juga ibu yang menyusukan. Sebenarnya cara mereka berpuasa adalah sama, tetapi mungkin sestengah kondisi, mungkin ibu hamil memerlukan nutrien yang lebih untuk ibu dan anak, seperti pengambilan suplemen. tertentu, mungkin agak berbeza.
Apa yang penting adalah amalan dan aturan makanan yang membawa kebaikan untuk ibu dan bayi.
WAKTU SAHUR
Pilih makanan dari sumber protin seperti ayam, telur, ikan.
Juga kandungan lemak yang cukup, JANGAN berlebihan.
Kombinasi PROTIEN DAN LEMAK boleh melambatkan rasa lapar disiang hari.
Elakkan ambil makanan manis agar tubuh tidak cepat merasa lapar akibat dari kejutan insulin.
Usahakan minum segelas susu untuk mengurangkan risiko anemia
Juga perlu untuk minum air masak
Selain itu pengambilan kalsium juga perlu, untuk mengekalkan kecergasan disiang hari.
Pilihlah sumber kalsium semulajadi iaitu kombinasi kalsium+magnsium+vitamin d, untuk mendapat kadar serapan yang lebih baik.
KETIKA BERPUASA
Lakukanlah ibadah puasa dengan niat yang ikhlas dan tekad untuk beribadah, agar segalanya berjalan lancar dan mudah.
Berikan badan anda rehat yang cukup
Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga seperti kerja dilapangan atau memikirkan hal yang berat sehingga boleh mendatangkan stress.
Banyakkan amalan rohani seperti bertadarus, berzikir dan sebagainya untuk mendapat fadhilat ramadhan.
Segera Batalkan Puasa Jika:
Muntah muntah lebih 3 kali kerana dikhuatiri akan mengalami dehidrasi.
Perut memulas dengan kerap.
Hidung berdarah disebabkan pembuluh darah, ia menandakan kondisi tubuh tidak stabil.
Lemas, pening kepala,mata berpinar, mungkin tanda hypoglisemia iaitu janin kekurangan gizi.
Berpeluh sejuk dengan kerap, mensndakan tubuh tidak mampu lagi untuk berpuasa.
WAKTU BERBUKA
Mulakan dengan minum air hangat dan sesuatu yang manis seperti kurma untuk meningkatkan kadar gula dalam darah.
Cuba elak minuman sejuk kerana ia akan mengerah buah pinggang untuk bekerja lebih.
Ambil kalsium sebagai suplemen tambahan.
Makanlah berdikit dikit dengan makan makanan sumber karbohidrst yang mudah diserap oleh tubuh seperti pengat.
Selepas solat maghrib,
ambillah makanan yang agak berat tapi bukan dalam jumlah yang besar, cukup sekadar saja.
Juga jangan dilupa untuk minum air masak sebagai membantu diri untuk elak dehidrasi disiang hari.
Paling penting sudah tentulah vitamin/suplemen untuk ibu dan anak seperti multivitamin, b complex, juga vitamin c.
Itulah serba sedikit yang saya dapat kongsikan. Semoga ianya dapat membantu anda ibu yang hamil untuk meneruskan ibadah puasa dengan tubuh yang sihat, juga beramal dengan hati yang riang.
Jika anda mempunyai sebarang masalah dalam menjayakan penyusuan susu ibu, hubungilah saya di talian 0126764743. juga untuk anda mendapatkan vitamin untuk ibu hamil.
Jangan lupa hubungi saya.
Konsultasi akan saya berikan secara percuma
No comments:
Post a Comment