Thursday, 5 July 2012

VITAMIN MENGANDUNG

Ibu mengandung memerlukan nutrisi yang lengkap, bukan hanya untuk dirinya, malah lebih lagi untuk bayi dalam kandungannya.
Sedari mengandungkan anak pertama amat menitiberatkan  pengambilan vitamin. Cakap cakap orang yang mengatakan bila kita ambil vitamin nanti anak yang akan lahir bersaiz besar sama sekali tidak benar.
Saiz bayi bukan ditentukan oleh vitamin, tapi apa jenis makanan yang ibu itu ambil.
Oleh kerana itu pemakanan ibu semasa mengandung amat perlu dijaga, agar tidak
terlebih, atau tidak terkurang. Jika ibu kurang mengambil nutrisi yang seimbang, kemungkinan anak kurang mendapat nutrisi, dan ia juga memberi kesan pada ibu, dimana ibu akan lemah dan kemungkinan kurang darah, dan berat lahir anak mungkin tidak mencapai berat sepatutnya.
Begitu juga keadaannya jika ibu itu cenderung untuk makan lebih makanan manis, lebih karbohidrat, kemungkinan anak iatu akan bersaiz lebih besar ketika lahir nanti.

Pemakanan yang sesuai untuk ibu mengandung

Bagaimanakah pemakanan yang sesuai untuk ibu mengandung.
Jawapannya semua sesuai asalkan jangan amalkan makan sekali untuk berdua.
Makanlah berdikit dikit tapi kerap. Kurangkan pengambilan kafien kerana ia akan menjejaskan berat janin.
Paling penting jangan biarkan perut berlapar.

Vitamin Ibu Mengandung

Ibu hamil sudah tentu perlu mengambil vitamin.
Ini kerana untuk memastikan supaya perkembangan janin selari dengan usia.
Selain itu ia juga mengelakkan terjadinya masalah ketidaksempurnaan pertumbuhan perkembangan janin.
Ini benar terjadi.
Kawan saya hamil sama dengan saya , tetapi dia hamil anak kedua.
Usia kandungan kami sama. Tetapi dia tak mahu langsung ambil sebarang vitamin/supplemen.
Alasannya tak mahu baby besar.
Akhirnya sewaktu scan umur baby enam bulan doktor mengesahkan  pertumbuhan spina tidak lengkap.
Amatlah kecewa si ibu diwaktu itu, tetapi apakan daya . Ya mungkin dah kuasa Tuhan.
Namun sedari janin lagi kita telah diamanahkan untuk menjaga dengan sebaik mungkin.
Sewaktu kandungan 7 bulan doktor telah memutuskan agar bayi itu dilahirkan sahaja secara pembedahan kerana walaupun dia lahir cukup bulan namun hayatnya hanya beberapa jam sahaja.
Memang benar, bayi itu hidup hanya 2 jam sahaja.

Apa yang saya kongsikan ini bukan untuk menakutkan, tetapi lebih kepada untuk dijadikan pengajaran kepada semua ibu hamil. Lain orang, lain pengalaman hamilnya. Jangan la mudah bersetuju bulat-bulat dengan kata orang. .
Oh ya, berbalik kepada vitamin ibu mengandung apa yang perlu diambil ya?

MULTIVITAMIN

Melengkapkan kesemua keperluan tubuh ibu, memandangkan sewaktu mengandung mungkin kita tak lalu nak makan semua makanan.

B COMPLEX

Juga sebagai sumber folat terbaik untuk ibu. Ini memang berkait rapat dengan darah.
Mengawal kadar darah dalam badan juga membekalkan darah yang cukup untuk ibu dan janin.

VITAMIN C

Vitamin pelindung. Ia juga amat bagus sebagai sumber perkembangan kulit janin.
Juga membantu ibu menguatkan sistem imun badan daripada terjangkit selsema atau demam

KALSIUM

Ini amat penting kerana ibu akan kehilangan banyak kalsium dimana bayi anda akan menarik sumber kalsium yang ada didalam tubuh ibu. Jika ibu tidak mengambil kalsium yang cukup, kemungkinan ibu akan menghadapi kesan seperti kekejangan kaki di malam hari, sakkit belakang,tumit bisa.
Untuk jangkamasa panjang pula ibu mungkin akan mengalami gigi reput, atau osteoporosis.

OMEGA

Asid lemak yang baik untuk perkembangan otak bayi.
Ada kajian yang menunjukkan jika ibu mengamalkan omega sewaktu hamil, anak mereka akan cergas dan tinggi ketahanan badan.

Walaubagaimana pun pemakanan yang seimbang amatlah penting.


Jika anda ibu hamil yang mencari vitamin yang selamat, hubungilah saya.
sms @ whatsapp 0126764743




No comments:

Post a Comment