Thursday, 21 June 2012

BERPANTANG DENGAN VITAMIN

Semenjak dahulu kala, masyarakat kita apabila berpantang sudah tentu menggunakan akar kayu, herba dan jamu.
Kebanyakannya memberi kesan yang positif terhadap kesihatan ibu.
Namun zaman sekarang sudah terlalu berlambak set besalin di pasaran hinggakan ibu sendiri tak tahu mana nak pilih.

Dalam rambang mata memilih mana satukah set bersalin yang sesuai, perlulah dititikberatkan beberapa perkara yang perlu diantaranya:
1. ADAKAH ANDA TAHU KANDUNGAN SEBENAR HERBA/JAMU TERSEBUT?
bukan saya hendak menidakkan keberkesanannya, namun tumbuhan di zaman dahulu tidak sama seperti sekarang.
Sekarang ni tumbuhan kebanyakannya diberi petisid, dan lain2 yang katanya untuk tumbesaran tumbuhan itu sendiri. Memang ia akan membesar, sihat, tapi membesar dek kerana bahan kimia tambahan.

2. ADAKAH ANDA TAHU BAGAIMANA IA DIPROSES?

Apabila ia tiba ditangan anda, ia sudah siap sebutir, mahupun berserbuk. Namun bagaimanakah dengan cara pemprosesannya, adakah ia mengikut standard, kebersihannya, dan lain-lain.

3. ADAKAH IA BENAR-BENAR SELAMAT UNTUK PENYUSUAN?
Ini yang paling penting. Kerana jikalau hanya badan ibu sahaja yang cergas sihat, namun produksi susu menjadi semakin sedikit, tiada gunanya juga. Kasihan pada si kecil anda, tidak dapat menikmati keenakan lautan kasih sayang dari ibu untuk tempoh masa yang lama.
Ada sesetengah herba/jamu akan membangkitkan rasa panas pada ibu, dan juga memberi kesan kepada produksi susu.

4.ADAKAH IA SELAMAT KEPADA BAYI
Bukan semua bayi boleh menerima apa yang ibunya salurkan melalui susu. Mungkin tidak sesuai, akan membuatkan bayi cirit birit, naik ruam, dan sebagainya. Lebih lagi bila bayi sedang jaundis, ibu perlu menghentikan pengambilan jamu mahupun herba.

KENAPA PERLU MENGAMBIL VITAMIN SEMASA BERPANTANG?

Ia memang perlu kerana sifat semulajadi tubuh hanya mengenal vitamin sahaja. Tubuh kita tidak kenal akan sebijik sebijik jenis makanan seperti ikan goreng, tempe goreng dan lain2. Hasil usaha kuat buah pinggang lah yang mengenalkan tubuh kita terhadap makanan tadi.
Vitamin diperlukan sewaktu berpantang kerana ia membantu mempercepat proses pemulihan khasnya memulih jahitan bersalin.Lebih lagi jika anda bersalin secara c sect.
Selain itu ia juga membantu menstabilkan kandungan darah dalam badan kerana ibu yang baru bersalin telah kehilangan banyak darah.
Paling bagus, ia membantu ibu agar kekal bertenaga, maklumlah kadangkala ibu terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah bayi, dan ini membuatkan ibu letih. Jadi ia membantu ibu untuk cergas dan tidak stress.
Ianya selamat diamalkan walaupun bayi anda sedang jaundis.
Yang seronoknya, bila ibu cergas, tidak stress, darah ibu berjalan lancar, maka susu ibu pun akan mengalir lancar untuk simanja.
Anda tentu seronok bukan jika tempoh berpantang itu menjadi satu tempoh yang menyeronokkan, dan kegembiraan ini anda kongsikan bersama suami dan keluarga yang lain.

Oleh itu, jom kita berpantang secara selamat dengan mengamalkan vitamin semulajadi.
Hubungi saya NURUL di 0126764743
untuk keterangan lanjut dan konsultasi penyusuan susu ibu secara percuma.

No comments:

Post a Comment