Monday 17 September 2012

SUSU MERUDUM SELEPAS BERPANTANG

Ibu yang selepas melahirkan anak sudah tentu seronok dapat menyusukan anaknya sepanjang tempoh berpantang.
Dan pastinya banyak stok susu yang berjaya dikumpul sebagai bekalan untuk diberi kepada anak apabila ibu sudah mula bekerja nanti.
Namun ada segelintir ibu yang mengalami kemeruduman susu setelah kembali bekerja. Hal ini sangat membimbangkan ibu khasnya bagi ibu yang sering bekerja luar daerah mahupun yang bekerja dilapangan.
Walau apa pun, ibu perlulah kaji dahulu punca bagaimana terjadi kemeruduman susu ini dan jangan sesekali mudah menyerah dengan memberikan anak susu formula kerana si kecil anda belum mencapai usia 6 bulan.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA SUSU MERUDUM

1. Kenalpasti punca susu merudum. Adakah ianya berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Kurang sesi mengepam
-Stress- kerana banyak kerja
-Kurang direct feeding dengan anak

2. Bagaimana pula dengan pengambilan air dalam sehari
Dalam sehari kalau orang tidak menyusu digalakkan ambil air 2Liter sehari, tetapi bagi ibu yang menyusu digalakkan mengambil 3Liter sehari. Ini adalah untuk mencukupi keperluan ibu itu sendiri selain untuk anak.
Kalu badan kite kurang air akan datang masalah lain pulak seperti dehidrasi, darah terlebih pekat,buah pinggang bermasalah dan banyak lagi.

3. Bagaimana pula dengan pemakanan
Ibu yang menyusu saya sarankan anda janganlah terlalu sibuk nak berdiet hanya nak nampak kurus.
Tahukah anda setiap sesi penyusuan akan membakar lebih kurang 300 kalori dalam badan. Seronok kan dengar.
Jadi ibu yang menyusu anda tetap bersenam walaupun sedang berbaring dengan anak anda.
Apa yang perlu dimakan adalah semua nutrien seperti karbohidrat, protien, kalsium,lemak dan segalanya anda perlu makan. Tapi jangan main redah, perlu berpada dalam sesetengah kandungan karbohidtrat dan lemak agar tak menjadi kolesterol pula.

Perlukan ambil suplemen untuk tambahkan susu?

Sebenarnya tiada suplemen mahupun vitamin yang spesifik untuk penyusuan. Namun ianya disesuaikan mengikut keperluan ibu itu sendiri.
Saya berani katakan tanpa mengambil sebarang suplemen pun ibu masih boleh mengekalkan produksi susu.
Jadi apakah fungsi suplemen?
Suplemen berfungsi untuk melengkapkan nutrien yang kurang oleh kerana cara pemakanan zaman kini kebanyakannya adalah segera, dan jika tidak segera pun, kebanyakan zat dari sumber makanan itu sendiri sudah banyak hilang dan badan kita hanya dapat sedikit sahaja.
Bila tubuh mendapat bekalan makanan yang cukup, ia bukan sahaja kenyang, malah sihat dan cergas untuk bekerja.
Itulah fungsi suplemen.

Dipendekkan cerita apa ibu2 jangan sesekali skip mengepam ya.

Jika anda mahu bantuan bimbingan penyusuan, mahupun suplemen untuk membantu menjayakan penyusuan jangan segan untuk hubungi saya
sms,whatsapp 0126764743 - nurul

No comments:

Post a Comment