Monday, 22 October 2012

7 TIPS RELAKTASI

APA ITU RELAKTASI?

Relaktasi adalah proses menyusukan semula bayi dimana sebelum ini bayi tidak menyusu dengan susu ibu.
Proses ini tidak mustahil untuk dilakukan, tapi memerlukan kesabaran yang tinggi. Semakin besar umur bayi itu, semakin banyak cabaran yang harus ditempuhi.  Selain usaha yang berterusan, doa yang berterusan juga sangat penting untuk menentukan keberhasilan usaha.

BAGAIMANA UNTUK MULAKAN RELAKTASI?

Pelbagai cara yang boleh digunakan untuk memulakan relaktasi. 
Namun yang penting adalah ibu itu perlu memulakannya dan jangan sesekali berharap bayi anda akan terus faham dengan apa yang anda inginkan.

Dikali yang pertama, anda bolehlah memulakan skin to skin contact dengan bayi, iaitu menanggalkan pakaian bayi, hanya tinggal daipers sahaja, masukkan bayi anda kedalam baju, atau selimut , pastikan kulit bayi dan kulit anda bersentuhan. Berikan bayi anda menghidu bau payudara anda. Sambil itu bercakap-cakaplah dengan bayi anda.

Selepas itu anda boleh mempraktikkan babarapa tips yang boleh membantu proses relaktasi antaranya  :

  1. Ibu perlu yakin. Keyakinan yang sangat tinggi sangat diperlukan. Sekali anda dah buat keputusan untuk relaktasi, jangan menoleh kebelakang, teruskanlah walaupun ianya mengambil masa dan agak mendugakan perasaan ibu.
  2. Berjumpa,berhubung dengan kaunselor nahupun pakar laktasi untuk mendapatkan bantuan . Ia sangat penting agar anda terus bersemangat dan tidak patah semangat.
  3. Mengamalkan pengambilan suplemen mahupun ubat mestilah dari preskripsi doktor. Ia sangat penting kerana untuk anda tahu apa yang tubuh anda perlukan.
  4. Rutin memerah susu hendaklah dijaga dengan sedisiplin mungkin. Jika tidak anda akan ptus asa. Biarlah dipertama kali tiada setitik pun namun tetap diteruskan juga. Konsistensi mengepam adalah setiap 3-4 jam dan 15-20 minit setiap payudara..Sentiasa tanam pada diri anda bahawa susu akan hadir, dan anda tak perlu stress memikirkan berapa banyak yang akan keluar.
  5. Digalakkan mengambil makanan penambah susu untuk bantu lagi tingkatkan keyakinan anda. Namun anda tidak boleh bergantung 100% kepada makanan penambah susu, kerana jika rutin mengepam tidak dilakukan dengan konsisten, memang tidak akan mendatangkan hasil.
  6. Berdoa sebanyak mungkin. Niatkan apa yang kita lakukan adalah untuk anak kita dan kebaikan masa hadapan mereka.
  7. Positifkan fikiran anda. Jangan fikir persepsi masyarakat yang memperlekeh usaha anda. Teruskan , sabar dan yakin boleh anda boleh melakukannya.
Selain itu sokongan suami juga sangat perlu dalam menjayakan relaktasi ini. Mungkin anda boleh menceritakan sedikit sedikit mengenai kebaikan penyusuan susu ibu ini.

Itulah serba sedikit ilu yang saya kongsikan kepada anda, atau mungkin anda mempunyai cara yang lebih baik yang boleh dikongsi, boleh kongsikan diruangan komen.


No comments:

Post a Comment