Monday, 29 October 2012

MENYUSUKAN BAYI BANTU KURUSKAN BADAN

APAKAH CARA TERBAIK MENURUNKAN BERAT BADAN

Soalan yang sering diajukan kepada saya oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin khasnya.
Sebenarnya masalah berat badan ini amat sensitif kepada wanita, saya juga begituuu.....
Saya juga maklum ramai ibu-ibu yang berusaha mencuba pelbagai produk pelangsing dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mengatasi masalah ini.

Lumrah juga sebagai seorang isteri yang ingin kelihatan jelita dihadapan suaminya dengan bentuk tubuh yang menawan agar sentiasa dapat menambat hati suaminya. Bermakna bukan tidak puas hati dengan apa yang ada, tapi nak yang lebih baik, iyalah, bila dah bersalin anak sorang dua, kadangnya berat badan susah nak turun. Tambahan pula jika ibu itu menyusukan anak amat tidak digalakkan mengambil ubat pelangsing dan berdiet berlebihan kerana dikhuatiri akan menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.

Secara asasnya menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah ramai ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan kerana setiap sesi menyusukan 200 - 500 kalori  digunakan setiap hari, bagaimanapun pemakanan perlulah dijaga.

PANDUAN MENURUNKAN BERAT BADAN UNTUK IBU MENYUSU


  • Minum air secukupnya sekurangnya 3 liter sehari - air yang cukup akan melancarkan sistem badan dan mengekalkan kadar metabolisma.
  • Makan apabila lapar - 4 - 6 hidangan sehari dalam kuantiti yang kecil
  • Makanan yang diambil perlu seimbang
  • Mengambil vitamin tambahan untuk menambah kecergasan ibu, juga sebagai antioksidan.

PENGALAMAN TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN MENYUSUKAN ANAK

Pengalaman saya pada kedua-dua kelahiran, memang sangat senang untuk saya menurunkan berat badan dengan menyusukan anak.
Bayangkan sewaktu sebelum kahwin berat badan saya 68kg - dah puas usaha nak kurus namun tak membuahkan hasil.
Sewaktu mengandung maksima berat saya 70 - 72 kg
Sewaktu berpantang saya sepenuhnya menyusukan anak dan berat badan saya menjunam kepada 60kg. 
Semua seluar pun dah longgar, baju yang dulunya saya simpan dah boleh pakai, xde masalah nak cari seluar jeans.
Dan berat badan itu Alhamdulillah dapat dikekalkan  hingga sekarang.

Jika anda inginkan berat badan yang ideal selepas bersalin,
bolehlah hubungi saya untuk dapatkan vitamin yang sesuai
sms,whatsapp - 0126764743
emel - ammarhauu@gmail.com



No comments:

Post a Comment