Thursday, 17 January 2013

KENALI MITOS DALAM PENYUSUAN SUSU IBU

Dalam menjayakan penyusuan susu ibu, mesti ada beberapa perkara yang mungkin kita sendiri tak berapa nak tahu atau mungkin kabur dengan maknanya sendiri. Ini kerana kebanyakan perkara tersebut di bawa dari orang-orang tua dan diturunkan kepada anak-anak.

Apakah mitos yang sentiasa kita dengar dan mungkin ianya sedikit mengganggu emosi seorang ibu untuk menyusui anaknya  :


  • Susu Ibu Pada Hari Pertama Perlu Dibuang
MITOS - Ini kerana berpunca dari warna susu itu dihari pertama adalah berwarna kuning jagung, yang mana kebanyakan orang tua-tua menyuruh kita membuangnya kerana mereka percaya itu adalah SUSU BASI!!!

FAKTA - Sebenarnya ini adalah susu yang paling bermakna buat si kecil. Ia dipanggil kolostrum yang sangat kaya dengan protien,imun, zat-zat yang diperlukan bayi.

  • Saya Keturunan Tiada Susu
MITOS - Seorang ibu yang dahuluya tidak menyusukan anaknya kerana mengatakan tiada susu, maka kepercayaan itu juga diturunkan kepada anaknya bahawa mereka adalah keturunan yang tiada susu.

FAKTA - Susu diawal kelahiran memang sedikit, itu bukan bermakna tiada susu, perlukan kekerapan menyusu, lebihkan sentuhan kulit ke kulit, minum air secukupnya, makan seimbang, barulah akan menghasilkan susu yang menggalakkan.

  • Perlu Beri Air Masak Supaya Tak Sembelit.
MITOS - Percaya jika memberi air masak akan memudahkan bayi membuang, elak masalah sembelit.

FAKTA - Bayi yang berumur dibawah 6 bulan tak perlu diberi air masak, kerana susu ibu itu sendiri bersifat laksatif, dan sangat mudah hadam. Pemberian air masak mungkin hanya akan memburukkan keadaan dimana akan menghakis lapisan dinding pertahanan usus bayi.

  • Payudara Kanan Nasi , Payudara Kiri Air
MITOS - Menggalakkan memberi payudara kanan dahulu kerana mempercayai itu adalah seumpama nasi, dan perlu minum setelah makan.

FAKTA - Kedua-dua belah payudara sama saja. Cuma mungkin kepekatan susu itu yang berubah kerana memang digalakkan ibu untuk menyusukan anak dengan payudara yang kanan dahulu, maka sudah tentu bayi  akan menyusu sehingga susu akhir (HINDMILK) yang nampak lebih pekat.
Kemudian apabila bayi hendak menyambung penyusuan kepada payudara kira, sudah tentu akan keluar susu  awal (FOREMILK) yang nampak lebih cair. Ini kerana kemungkinan bayi sudah kenyang menyusu sebelah payudara .

  • Breast Saya Tenggelam. Saya Tak Boleh Menyusukan Anak.
MITOS - Kerana percaya ibu yang hanya mempunya bentuk payudara sempurna sahaja yang boleh menyusukan anak.

FAKTA - Tidak kira apa pun rupabentuk payudara, semua ibu memang mampu menyusukan anak. cuma mungkin memerlukan bantuan dan sokongan dari mereka yang arif.

  • Anak Saya Masih Kuning ( Jaundis) Jadi Saya Perlu Berhenti Menyusukan
MITOS - Mempercayai bahawa bayi terkena jaundis kesan dari pemakanan ibu sewaktu berpantang.

FAKTA- Kebanyakan bayi akan mengalami masalah jaundis, namun apa pun jenis jaundis pengubat terbaik adalah susu ibu, ini kerana jaundis berlaku kerana hati bayi masih belum cukup matang untuk mengasingkan mekonium, susu ibu sangat diperlukan untuk membantu bayi membuang mekonium dari tubuh.
Mungkin jaundis akan jadi lebih lama jika bayi tidak kerap disusukan dengan susu ibu.

  • Ibu Hamil Dilarang Menyusukan Bayi
MITOS - Kerana risau bayi dalam kandungan dan akan mengalami kekurangan zat, dan kemungkinan boleh membawa kepada keguguran.

FAKTA - Ibu yang hamil masih boleh meneruskan penyusuan, tapi perlulah membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan memastikan tiada sejarah masalah pendarahan, keguguran dan masalah rahim yang lain pada kehamilan yang lalu.

  • Ibu Dilarang Menyusukan Anak Serentak
MITOS - Menyusukan antara anak yang besar dan yang kecil secara serentak akan membuatkan anak yang besar lebih mendapat khasiat susu berbanding adik dan lebih manja.

FAKTA - Tiada masalah, kerana komposisi susu itu sama, dan susu akan terhasil semula selepas sesi penyusuan. Malah mereka akan lebih akrab.

  • Anak Yang Menyusu Lebih 2 Tahun Tidak Bijak  
MITOS - Terlalu berpegang kepada bayi harus menyusu selama 2 tahun saja, maka selebihnya akan menjadi keburukan.

FAKTA - Tidak ada kajian yang menunjukkan kesan keburukan penyusuan melebihi 2 tahun malah kajian mendapati semakin lama tempoh penyususan, kadar IQ semakin tinggi.

  • Anak Saya Kerap Menangis Tak Cukup Susu.
MITOS - Percaya apabila bayi menangis hanya hendak menyusu sahaja.

FAKTA - Menangis adalah tanda akhir bayi hendak menyusu. Selain itu, menangis bukan saja menunjukkan bayi hendak menyusu, kemungkinan dia panas, tak selesa, tak tenteram. Kerana menangis adal medium utama percakapan bayi.

  • Anak Berumur 2 Tahun, Bukan Menyusu, Tapi Minum Darah.
MTOS - Terlalu terikat dengan tempoh penyusuan selama 2 tahun.

FAKTA - Memang susu itu asalnya dara, maknanya bukan saja berumur 2 tahun minum darah, malah sedari bayi lagi. Pernahkah ibu yang menyusu anak lebih 2 tahun perah susu keluar darah semata? Saya rasa tak pernah.

Itulah serba sedikit perkongsian yang saya nak sampaikan kepada ibu2 semua, supaya anda semua serba sedikit boleh memberikan jawapan yang tepat kepada mitos-mitos ini.

Mungkin ada banyak lagi mitos yang saya sendiri tak ketahui mungkin, ibu-ibu boleh kongsi dengan saya dalam ruangan komen.

Jika ibu-ibu menpunyai masalah dalam penyusuan, boleh hubungi saya untuk bantuan perkongsian ilmu.

Nurul - 0126764743

No comments:

Post a Comment