Monday, 18 February 2013

7 PETUA KURANGKAN KEDUTAN KULIT

Bila umur meningkat, kolagen dan elastin di bawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kulit berkedut. Kesannya kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka oleh ekspresi muka akan menjadikan kulit muka menurun dan mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan menjadi lebih kasar.

Sering terdedah kepada matahari yang lama, perokok aktif atau pasif di samping faktor genetik yang akan menambahkan lagi masalah ini.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kedutan kulit?

1. Sering gunakan krim pelindung SPF.
Bila melakukan aktiviti di bawah panas mentari, sinaran UV dari matahari akan menyebabkan kerosakan kulit, masalah jeragat dan kulit kendur.

2. Elakkan keluar pada tahap UV maksimun
Antara jam 10 pagi dan 3 petang

3. Vitamin C hasilkan kolagen
Ambil makanan atau suplemen yang bersumberkan vitmin c untuk membantu menghasilkan kolagen yang cukup untuk kulit.

4. Omega 3
Ambil makanan atau suplemen yang kaya dengan Omega 3. Kerana ia akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh. Lemak yang tak seimbang akan menyebabkan kehilangan lemak dari bawah kulit yang menjagikan masalah kulit berkedut.

5. Minum Air Secukupnya
Kekurangan air akan menyebabkan kehilangan lembapan pada kulit dan masalah dehidrasi.

6. Gunakan Pelembap yang mengandungi kolagen, vita c @ minyak chamomile. Kolagen dalam krim pelembap tidak boleh diserap masuk ke dalam kulit tetapi ia mengekalkan kelembapan luaran.

7. Ambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioxidant kerana ia membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas.

Oleh itu amalkanlah pemakanan yang sihat dan seimbang, minum air secukupnya dan jangan lupa mengambil suplemen yang akan lebih membantu kesihatan luaran dan dalaman anda.

Hubungi saya jika anda ada berminat dengan produk2 Shaklee
pm,sms,whatsapp - Nurul : 0126764743

No comments:

Post a Comment