Sunday, 30 June 2013

BISNES ONLINE UNTUK IBU BEKERJA

Bila sebut saja pasal bisnes online mesti ramai yang kata seronok, cara cari wang mudah sekali,rilex dan santai, namun ada juga yang sebaliknya. Itu semua bergantung kepada anda sendiri untuk memilih guru yang betul, jika salah pilih maka anda akan mengatakan bisnes secara offline lebih menguntungkan.

Saya sehingga hari ini masih memegang jawatan sebagai seorang setiausaha di agensi kerajaan, khidmat saya lebih kurang masuk tahun yang kesepuluh. Saya telah memulakan perniagaan secara kecilan sejak dari zaman bujang lagi, dimana saya memang ketepikan rasa malu. Sebab saya rasa sebenarnya dunia remaja adalah satu fasa untuk mencari keseronokan dunia. Tapi bagi saya tidak, sebut saja pasal bisnes mesti rasa membuak-buak ingin mengetahui jenis perniagaan itu. Pendek kata mungkin diri ini serasi dengan perniagaan. Kerja di agensi kerajaan adalah galakan dari ibu saya, tapi saya tidak paksa diri saya ya. Semuanya dengan rela hati tauuu....

Kenapa saya suka bisnes online?

Soalan yang saya sendiri akan jawab bahawa ianya mudah. Kerana walau dimana kita berada, kita tetap boleh menjalankan perniagaan tersebut tanpa halangan. Ia hanya memerlukan fokus, konsisten, dan hati yang cekal untuk menjalankan bisnes online ini.

Saya memulakan bisnes online secara langsung pada tahun 2010, namun pada tahun tersebut saya masih belum menemui guru yang benar-benar sudi memberi ilmu tanpa sempadan. Sehinggalah pada tahun 2011 saya dengan izin Allah diketemukan dengan Mommy Lyna secara alam maya melalui webnya  . Saya diajar dengan penuh keikhlasan dari hatinya, agaimana nak buat itu, ini, nak tingkatkan promosi,nak ramaikan pelanggan, semualah. Semenjak dari itu saya sangat jatuh cinta dengan bisnes online ini.

Sesuaikah bisnes online untuk ibu bekerja??

Sangat sesuai, kerana ia boleh dijalankan dimana-mana. Lagipun sekarang hampir semua orang mempunnyai gajet canggih yang ringan kan. Boleh flexible masa anda dengan keluarga. Paling utama adalah hasil pendapatan bisnes online kebiasannya melebihi gaji bulanan, jadi gaji bulanan tu bole la buat simpanan masa hadapan.

Jadi, jika anda seorang yang masih mencari pendapatan tambahan walaupun sedang bekerja, janagan segan untuk hubungi saya, akan saya tunjukkan anda bagaimana caranya.

HUbungi  :

Nurul
0126764743

No comments:

Post a Comment