Adakah lebih baik ataupun agak mencabar? Tapi percayalah itu semua bukan alasan atau halangan untuk ibu -ibu semua meneruskan penyusuan di bulan Ramadhan.
Jom kita share sikit apakah cabaran menyusu di bulan Ramadhan?
- Menjelang Ramadhan
Ramai ibu-ibu yang risau mengenai stok susu ibu kurang di bulan puasa.
Sebenarnya tak menjadi masalah sama ada bulan puasa atau tidak. Apa punca susu ibu kurang penghasilannya?
Pertamanya adalah mind set kita sendiri, di mana kita telah set di kepala jika buan puasa kita tak makan dan minum disiang hari, maka tiada sumber untuk menghasilkan susu ibu. Sebenarnya salah, jika kita set di minda bahawa " walaupun bulan puasa, tapi Insyaallah susu tetap ada dan takkan jejaskan penghasilan susu".
Kedua, pemakanan ibu menyusu, sangat perlu diambil berat kerana ibu-ibu perlu memastikan pengambilan nutrisi yang secukupnya diwaktu berbuka dan berssahur untuk mengelakkan keletihan melampau dan dehidrasi.
Tips diet ibu menyusu di bulan puasa :
1. Waktu berbuka - Digalakkan minum jus buah + makan buah kurma + makan makanan seimbang, kurangkan makanan bergoreng.
2. Malam selepas terawih- Minum susu + makan buah kurma + kekacang
3. Sewaktu bersahur - Nasi + Lauk berkuah seperti sup + air masak
4. Minum air masak kerap sedari waktu berbuka hingga menjelang habis waktu bersahur
Juga banyakkan mengambil sumber protein untuk membantu mengekalkan penghasilan susu ibu.
Ketiga adalah sesi memerah susu. Walaupun bulan puasa, tetapi memerah susu tetap perlu sekalipun kita tak terasa payudara penuh. Lakukan rutin pengepaman seperti biasa, untuk mengekalkan penghasilan susu, tak kiralah sedikit atau banyak.
Mudah bukan, yang penting elakkan dari berfikir perkara-perkara negatif yang boleh menjejaskan penyusuan.
Selamat berpuasa dan menyusukan anak di bulan Ramadhan.
Jika anda ada persoalan mengenai penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :
Nurul
012676443.
SMS/WHATSAPP dahulu apa masalah anda.
Nice entry.. ibu ibu menyusu mmg patut baca nih.. :)
ReplyDeletetq hidayah, semuanya berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri
Delete