Tuesday 29 October 2013

4 MANFAAT KERJA DARI RUMAH UNTUK WANITA

Saya kongsikan kepada anda semua khasnya wanita yang mempunyai impian untuk bekerja dari rumah seperti saya, manfaat kerja dari rumah. Saya ambil sedikit isi dari penulisan kak Masayu Ahmad dari janawangdirumah.com

1. Mendapat Kebebasan Peribadi

Aspek yang paling utama dan menarik untuk memulakan bisnes atau kerja dari rumah adalah kesempatan untuk berusaha, berdikari dan mencuba pelbagai peluang yang ada. Di mana anda tidak lagi terkongkong dengan kehidupan bekerja dari pagi ke petang. Tiada majikan yang memerhati, tiada budaya kerja, tiada jadual yang padat, tidak perlu mengejar dateline tugas.

2. Memenuhi Pendapatan Tanpa Had

Dapat berjimat dari segi masa, wang, minyak petrol,dan pelbagai kos pengangkutan. Tidak perlu membayar sewa pejabat, semuanya ada di rumah. Seharusnya peluang penjimatan ini menjadikan kita peluang uuntuk menjana pendapatan tanpa had.

3. Sentiasa Bersama Keluarga

Ramai orang yang memilih untuk bekerja dari rumah dengan matlamat utama iaitu mahu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan,khasnya pada wanita yang memasang impian untuk mempunyai anak yang ramai dan menguruskannya sendiri. Kemungkinan juga suami boleh membantu isteri dan secara tak langsung  anak-anak dapat melihat apa pekerjaan ibu bapa mereka.

4. Mudah Menghadapi Kecemasan

Kelebihan yang sangat bermakna khasnya bila berlaku satu situasi kecemasan. Apabila ada ahli keluarga yang sakit, kita tak perlu tertekan untuk mengambil cuti menguruskan. Anak-anak yang sakit, kita dapat menumpukan perhatian kepada mereka sepenuhnya. Jika kerja pejabat, sudah pasti anda akan mengorbankan cuti anda.

Sememangnya kerja dari rumah dapat menjana wang dari rumah semaksima yang anda inginkan dan pastinya masa yang sangat berkualiti untuk keluarga sangat berharga.

Jika anda ingin menjana wang dari rumah dengan Shaklee, hubungi saya, dan saya akan berikan anda bimbingan sepenuhnya. Dengan syarat anda benar-benar ingin menjana wang dan anda berhati kental!!!

Hubungi saya
Nurul - 01267647332
emel : ammarhauu@gmail.com

5 comments:

  1. Boleh rajin memasak untuk keluarga..best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Betul tuuu. Air tangan isteri n ibu mesti lazat

      Delete
    2. lagi berkat dan berkhasiat untuk seisi keluarga

      Delete
    3. DIMASAK DENGAN KASIH SAYANG DAH TENTU SEDAP

      Delete
  2. bebas memilih waktu untuk bekerja
    memang best

    ReplyDelete