Monday, 28 October 2013

KISAH MIGRAIN SAYA DAN VITAMIN SHAKLEE!!!!

Salam ceria semua....

Kali ini saya nak kongsikan kisah saya yang mana dahulunya saya adalah penghidap MIGRAIN yang tegar...
Saya pun tak sedar bila ianya bermula, yang paling saya sedar ianya bermula kalu tak silap sewaktu umur saya 13 tahun. Masa tu baru lepas mendaftar sekolah menengah.
Satu hari dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampung saya mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Nak kata lapar, saya dah makan, nak kata mabuk perjalanan tidak juga kerana saya dah biasa dengan perjalanan jauh. Sehingga emak saya marah dan ingatkan saya tak selesa naik kereta kancil yang baru dibelinya. Menangis saya masa tu..Tak apalah, yang penting saya tetap bersyukur dengan apa yang mak saya berikan dan saya tak pernah meminta - minta yang diluar kemampuan emak saya.

Saya ingat ianya pening biasa mungkin sebab panas. Tapi selepas itu ianya tetap berterusan setiap kali masuk waktu tengahari tika berjalan kaki dari sekolah ke stesen bas yang kira-kira jarak perjalannya 2 kilometer. Menapak tauuuu....
Lepas tu bila dah panas, mulalah singgah kedai minum air sejuk, tersangatlah bertambah sakit.
Bila sampai di rumah saja, saya mesti akan tidur dalam sejam dua. Tapi sebelum tidur saya WAJIB mengambil 1@ 2 biji panadol dan akan menyapukan minyak cap kapak dari dahi hingga ke kawasan leher.

Lalu saya mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan ke klinik. Jawapan yang diberi oleh doktor adalah saya menghidap migrain. Doktor hanya menyarankan saya untuk mengelak makanan manis, seperti coklat, minuman sejuk dan minuman kafien.
Ianya berlarutan sehingga saya memasuki dunia pengajian tinggi.
Semakin banyak tugasan,saya mudah stress, dan mudah diserang migrain.
Saya tak boleh lambat makan, mesti ada makanan sampingan seperti roti dan air mineral.
Saya dah berjaya jauhkan diri saya dari minum ais, minum minuman berkafien dan coklat.
Peneman saya sewaktu migrain adalah panadol dan minyak cap kapak.

Sehinggalah zaman bekerja, dan pada waktu itu ada artikel mengenak BAHAYA PANADOL.
Bila saya baca, Masyaallah... takut betul saya, saya taknak buah pinggang saya rosak, saya taknak usus saya bocor, dan saya taknak tubuh saya dipenuhi dadah.

Lalu saya ambil keputusan untuk beli VITAMIN B COMPLEX dan CALCIUM MAGNESIUM melalui pengalaman seorang sahabat saya beliau juga migrain seperti saya, tapi selepas mengamalkan ia beransur sembuh. Memang benar kata kawan saya ini, dalam 3 bulan saya konsisten mengamalkannya Alhamdulillah semuanya berubah. Memang tiada lagi migrain. Seronok rasanya.
Sehingga sewaktu mengandung hingga selepas bersalin dan hingga sekarang saya terus mengamalkan pengambilannya, cuma dulu brand lain, sekarang brand Shaklee, lagi murah, tapi semulajadi.

Amalan vitamin saya pada mulanya B COMPLEX dan OSTEMATRIX, kemudiannya saya tambah VITALEA untuk memenuhi vitamin dan mineral dalam badan saya, kemudian saya tambah pula ESP Soy Protein untuk kelangsungan perjalanan sistem badan dan memenuhi protein yang diperlukan badan.

Hasilnya  pada diri saya :

Muka saya yang dulunya zaman sekolah hitam, memang tak ada peminat pun, sekarang lebih cerah, lebih sihat. Jerawat dimuka pun dah berkurangan.
Badan saya lebih cergas, tak mudah penat.
Saya tak lagi mengalami sembelit.
Gastrik yang saya hadapi pun dah pulih. Saya pernah mengalami gastrik pada umur 10 tahun.
Rambut saya lebih sihat, dulu rambut saya sangat berminyak, kini tidak lagi, neutral semuanya.

Saya sangat bersyukur dengan anugerah kesihatan yang diberi Allah...
Dimana saya kini dah mempunyai kesedaran mengenai kepentingan pengambilan suplemen. Walaupun kita rasa kita makan semua jenis makanan, namun adakah kita pasti kita dapat kesemua nutrisi yang diperlukan?
Kita sakit disebabkan kekurangan vitamin dan mineral dan akibat dari amalan pemakanan yang tidak seimbang.

Saya sangat sudi membantu anda sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, namun saya bukanlah doktor,,, saya membantu melalui pemakanan seimbang dan pengambilan suplemen yang sesuai mengikut keadaan anda.
JANGAN MALU, JANGAN SEGAN untuk hubungi saya :
Telefon, sms,whatsapp : 0126764743
emel : ammarhauu@gmail.com
http://www.facebook.com/message/beautymoms

No comments:

Post a Comment