Sunday, 20 October 2013

MEMAHAMI KONSEP DEMAND & SUPPLY DALAM PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua!!!!

Saya agak terkesima sebenarnya kerana sebagai seorang yang Pro Breastfeeding, seorang penjual suplemen, agak terkejut dengan beberapa statement di wall FB sahabat - sahabat saya kerana mereka agak menghentam cara penjual suplemen mempromosi suplemen mereka kepada ibu yang menyusukan anak.
Lalu bila saya buat beberapa review memang benar ianya wujud. Agak kecewa juga saya kerana sebagai seorang yang menyokong penyusuan susu ibu dan juga penjual suplemen, saya rasa tidak patut mengiklankan bahawa jika anda makan suplemen itu dan ini comfirm susu anda akan mencurah - curah.

Masha Allah....
Ia sangatlah tidak bertepatan. Sebagai seorang penjual, janganlah kita tunjukkan kebodohan kita hanya kerana untuk mengejar sales semata. Apa tujuan sebenar kita menjual produk kesihatan? Sudah tentu kita nak pelanggan kita menjadi lebih sihat dan mengekalkan kesihatan mereka...

Saya menyokong pengambilan suplemen untuk ibu menyusu, kerana saya percaya dan saya sendiri telah merasa dan mengalaminya. Dimana suplemen itu sangat membantu untuk saya merasa lebih bertenaga. Sebagai seorang isteri, ibu yang bekerja, mengurus 2 orang anak lelaki, kerja 8-5, belum masuk masa terbuang dalam kesesakan jalanraya....itu semua mengundang stress dan keletihan.

BAGAIMANA KONSEP DEMAND & SUPPLY ?

Konsep demand & supply sangat penting dalam penyusuan dimana konsepnya mudah .
Semakin banyak permintaan susu dari bayi, maka ibu pun semakin kerap mengosongkan payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu. Haaaa!!!! Bagaimana tu?

Suplemen tidak membantu secara segera jika si ibu mempunyai masalah susu kurang.
Tingkatkan sesi perahan, JANGAN tunggu payudara penuh baru nak pam. Itu konsep yang salah.
Pam mengikut jadual yag biasa. MINUM AIR 3 liter sehari.
Si ibu perlu cek semula jadual datang haid, jika ia menghampiri waktu haid tak mustahil susu akan menjadi kurang. Ataupun ibu hamil lagi.


Contoh :

Si anak yang berumur 3 bulan, corak dan permintaan susu berbeza bila mereka berumur 5 bulan. Ini kerana mereka memerlukan lebih banyak sumber nutrisi untuk tumbesaran.

Anak saya sewaktu umur 3 bulan.
Saya tinggalkan di taska dari jam 7.30 pagi hingga 5 ptg.
Saya bekalkan 5 botol susu perahan purata sebotol 3oz
Memang sangat mencukupi pada umurnya waktu itu.

TAPI

Bila umurnya mencecah 5 bulan, pengasuh taska meminta saya membekalkan lagi 2 botol susu perahan.
Kerana anak saya akan lebih kerap minum. Sebab dia dah mula bergerak dengan aktif, dan bila penat sudah tentulah nak minum susu.

Diwaktu inilah saya sedar yang saya perlu meningkatkan sesi perahan, di mana selalunya jika waktu pejabat saya memerah 3 kali iaitu pagi, jam 10, tengahari jam 12, petang jam 3. Saya juga mengambil suplemen, kerana saya tahu saya akan lebih penat berbanding sebelum ini. Memerah susu adalah seumpama bersenam.

Suplemen tidak membanyakkan susu saya, kerana sewaktu anak pertama saya tidak mengambil sebarang suplemen, namun produksi susu tetap seperti biasa sehingga anak saya berumur hampir 2 tahun. Saya hanya mengamalkan konsep demand & supply dan kerap mengosongkan payudara agar lebih banyak susu yang akan terhasil dan saya wajib minum air masak 3 liter sehari.

Saya mengambil suplemen adalah untuk diri saya. Kerana saya tahu, umur semakin meningkat, tanggungjawab semakin bertambah, maka apa yang saya perlu reward pada diri saya adalah sebuah kesihatan. Jika saya tidak sihat,akan berlaku sedikit kepincangan dalam menguruskan rumahtangga.

Mudah bukan....

Jadi tak perlulah rasanya nak menyalahkan sesiapa, yang perlu adalah menegur mana yang tidak elok kepada yang elok.
Para penjual suplemen semua, jika anda nak target menjual Set Menyusu , anda perlulah memahami konsep sebenar dalam penyusuan. Jangan kerana sales anda lupa tanggungjawab yang perlu anda pikul.

AMBIL SUPLEMEN SUSU IBU LEBIH BERKHASIAT

Apa jua makanan yang ibu ambil ia tetap akan diserap ke dalam susu. Nutrisi dan khasiat susu ibu tidak akan terlebih atau terkurang. Ianya ciptaan Allah. cukup semuanya.
Jadi kemana perginya suplemen yang kita ambil?
Ia akan pergi menyerap kedalam tubuh ibu dan tetap akan disalurkan kepada anak melalui susu ibu.

Nasihat saya...

Fahamilah konsep sebenar penyusuan susu ibu, dan kenal pasti dulu kenapa ibu itu perlu suplemen.
Saya bukanlah seorang doktor, mahupun Lactation Kaunselor... hanya manusia biasa yang nak membantu ibu2 berjaya dalam penyusuan.
Namun jika ibu2 tak sanggup nak lalui cabaran dalam penyusuan, saya pun tak dapek nak nolongg.....

Salam keamanan semua.. PEACE V

Jika anda seorang bu yang sering keletihan....
HUbungi saya untuk anda mendapatkan SET IBU MENYUSU CERGAS
PM,SMS,WHATSAPP -0126764743
Emel :ammarhauu@gmail.com

No comments:

Post a Comment