Sunday 29 January 2012

VITAMIN DAN KEPERLUAN IBU MEYUSU

Ibu yang menyusukan anak tidak dinafikan akan makan lebih banyak, ini kerana kebanyakan kalori yang diperolehi dari makanan telah terbakar sewaktu menyusukan anak atau mengepam.

Jadi jangan terkejut ya.

Ramai yang bertanya perlukah ibu menyusu ambil vitamin untuk tambahkan hasil susu.
Jawapan saya TERPULANG. Jika ibu itu rasa dia ambil makanan yang secukupnya, dan dia rasa tak perlu, maka tidak perlulah. Tetapi jika dia kata perlu, maka ambillah.

Kenapa saya kata TERPULANG ini kerana keperluan setiap ibu adalah berlainan.

Jikalaupun si ibu makan semua, tetapi adakah keperluan setiap jenis vitamin itu cukup?
Memang kita jika kita lihat dalam sepinggan nasi ada sayur, ikan, atau ayam atau daging, memang mencukupi tetapi sebahagian atau hampir kesemua khasiat telah hilang dalam proses penyediannya. Memang itu kita tidak nampak.

Kenapa pula perlu ambil vitamin sedangkan kita makan semua?

Perlu untuk melengkapi mana mana yang kurang, kerana sedari proses memetik sayur, proses mengolah untuk dipasarkan pun sedikit demi sedikit nutrien hilang. Itu belum lagi penggunaan baja ketika penanaman sayur itu sendiri. Ianya sedikit sebanyak sudah tercemar.
Maka pengambilan vitamin itu perlu untuk mengeluarkan toksid yang berada dalam badan yang dibawa oleh makanan tadi.
Bila dalam badan kita bersih, maka perjalanan darah pun akan lancar, dan proses penghasilan susu pun akan lancar juga kerana aliran darah tidak terganggu.

Itu untuk jenis ibu yang makan segala makanan, jadi bagaimana pula yang jenis tidak makan itu dan ini?

Jenis ini lah yang perlu untuk amal vitamin. Kerana jika dia kurang kalsium, maka dirinya juga akan menerima kesan tulang reput, dan mungkin akan alami osteoporosis.
Jika dia kurang atau tidak suka ambil sumbet vitamin c seperti buah buahan, maka dia juga yang akan menerima kesan kekurangan seperti kulit kusam, mudah mendapat penyakit berjangkit, demam, selsema. Pendek kata lemah pertahanan badan.
Begitulah juga kesannya terhadap lain lain vitamin jika dia tidak mengambilnya.

Perlu diingat, ibu menyusu adalah antara ibu yang memikirkan untuk memberi yang terbaik untuk anak anak. Tapi bagimana pula dengan dirinya.
Jika ibu tidak sihat, maka agak sukarlah untuk mengurus rumahtangga.
Penghasilan susu juga akan terganggu.
Ibu mungkin akan mengalami stress.

Ini semua berhubung kait dengan fungsi tubuh badan ibu. Kerana ibu yang akan memberi kepada anak sumber darinya.

Pengambilan vitamin bukanlah bertujuan untuk menambah susu. Ianya sama sekali salah.
Pengambilan vitamin adalah untuk membantu badan ibu itu sendiri agar lebih bertenaga, sehat, cergas dan gembira.
Apabila sistem badan berjalan lancar, maka perjalanan darah pun lancar, dan susu pun akan lancar mengalir keluar.

Saya juga menyusui 2orang anak serentak, kepenatan memanglah. Jadi dengan ambil vitamin, dan paling penting pengambilan air sebanyak 3 liter untuk menampakkan kesan vitamin itu sendiri. Bila kurang air, badan akan mengalami kesan kekurangan air seperti sakit kepala.

Hubungi saya nurul dengan sms di 0126764743 atau emel ammarhauu@gmail.com untuk konsultasi permasalahan penyusuan secara PERCUMA dan vitamin yang sesuai dengan anda.

saya dan si tembam saya.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete