Bengkak susu ini biasa berlaku dikalangan ibu yang menyusu.
Saya juga tidak terkecuali. Mase anak pertama, saya tak pernah kena. Mase anak kedua banyak kali saya kene.
Antara faktor penyumbang terjadinya bengkak susu ni adalah :
1. Anak kurang kerap menyusu
Bila anak jarang atau kurang kerap menyusu, maka susu tidak dikeluarkan sepenuhnya,bila tidak sempurna pengeluarannya, maka masih terdapat susu yang tertingal di dalam breast.
Lama, kelamaan, breast pun akan membengkak, dan akan terjadilah BENGKAK SUSU.
2. Jarang mengepam.
Ini biasa berlaku dikalangan ibu yang bekerja.
Bila ibu jarang mengepam, breast pun akan penuh, dan lama kelamaan akan membengkak.
3. Pemaikaian Bra yang ketat / tidak sesuai.
Ibu yang menyusu seharusnya memakai bra yang sesuai untuk menyusu.
Bra yang ketat akan mengganggu pengaliran susu, dan seterusnya pengaliran susu itu tersekat.
Ramai ibu yang sudah mengepam ,tapi masih terdapat bengkak ditepi breast.
4. Sakit belakang
Ini juga salah satu punca terjadinya bengkak susu, kerana mungkin ibu sewaktu menyusukan anak, tidak dudu atau baring pada posisi yang betul.
Apabila posisi tidak betul, maka ibu akan mengalami sakit badan, atau sakit belakang.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU INI?
Antara cara yang boleh dipraktikkan adalah :
1. Kerapkan mengepam sehingga payudara benar - benar kosong
2. Jangan tunggu sehingga payudara penuh baru mengepam
3. Jika bersama bayi, kerapkan direct feeding
4.Elakkan memakai bra yang terlalu ketat
5. Tuam dengan tuala suam
6. Urut dengan lembut disekitar payudara
7. Jika sakit belakang, dapatkan urutan dengan bantuan suami atau pergi sahaja body massage ( seperti saya, heheheh)
8. Pastikan posisi menyusu dengan betul
9. Makan vitamin yang boleh membantu melancarkan pengaliran susu seperti LECITHIN kerana lecithin akan memecah lelemak di saluran darah, dan menolak apa - apa yang menyumbat saluran darah, seterusnya melancarkan saluran darah. Alhamdulillah saya sudah cuba. Anda hendak cuba lecithin?
hubungi saya :
Nurul : ammarhauu@gamail.com
sms : 0126764743
No comments:
Post a Comment