Pengalaman saya menghantar anak ke taska membuatkan saya untuk berkongsi bagaimanakah, mengapakah dan apakah yang kita perlu titikberatkan untuk memilih sesebuah taska itu untuk kita tempatkan anak kita disitu.
Antara perkara yang paling perlu diambilkira adalah:
- BERDAFTAR dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Terdapat juga yang tidak berdaftar ataupun masih menunggu proses kelulusan dari JKM. Walaupun masih dalam proses kelulusan, minta sahaja pada mereka salinan surat permohonan kelulusan atau apa jua dokumen yang membuktikan mereka masih dalam proses memohon. Ini amat perlu untuk kita memantau berapa lama merka telah mohon, dan berapa lama mereka telah menunggu untuk keputusan kelulusan.
- Bersemuka dengan pengusaha taska
Ini amat penting untuk ibubapa mengenali dengan lebih dekat latar belakang pemilik taska tersebut, dan juga membina satu perhubungan yang baik untuk komunikasi dari masa ke semasa. Juga memudahkan ibu bapa untuk menyuarakan jika ada ketidakpuasan hati.
- Kegiatan Ibubapa
Pastikan taska mempunyai program yang memerlukan penglibatan ibubapa seperti Hari Keluarga, Sukaneka, Hari Bertemu Ibubapa. Program ini amat penting untuk jaringan perhubungan antara ibubapa , guru dan pengusaha taska itu sendiri.
- Peraturan
Salah satu elemen penting. Peraturan masa lawatan ibubapa khasnya kepada ibu untuk menyusui anaknya. Peraturan menghantar dan menjemput anak, dan pelbagai lagi peraturan yang difikirkan perlu.
Benarkan ibubapa melawat persekitaran taska untuk mereka memberi idea yang mana mungkin boleh menambahbaik taska.
Peraturan menghantar anak yang kurang sihat mahupun kuarantin.
- Pekerja
Terdiri daripada guru, pengasuh, tukang masak dan tukang cuci. Perlu kita selidiki untuk mengetahui latar belakang mereka. Memang jika diperhati macam remeh bukan, tetapi sebenarnya amat penting. Untuk kita mengelak sesuatu perkara buruk sebelum terjadi. Latar belakang pendidikan guru, pengasuh. Pekerja biasa seperti tukang masak dan cleaner pun perlu sebab seperti tukang masak, untuk kita pastikan mereka menyediakan menu yang sesuai untuk bayi dan kanak - kanak, menu yang berkhasiat. Pandai mempelbagaikan jenis makanan. Jika cleaner pula, tahu asas kebersihan yang perlu diambil berat lebih lagi kebersihan tandas, lantai, pingan mangkuk dan sebagainya.
Dan pastikan guru dan pengasuh sekurang kurangnya telah menghadiri kursus Asas Asuhan Kanak - kanak ( KAAK).
-Kemudahan Taska
Taska yang terbaik adalah menyediakan kemudahan yang sesuai, selesa dan selamat untuk anak - anak dibawah jagaannya seperti :
Bilik pembelajaran yang menarik, kemudahan kerusi meja yang sesuai untuk kanak - kanak
Bilik Bayi yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi.
Katil bayi, tilam bayi.
Bilik tidur mengikut kategori umur
Tandas
Bilik Komputer
Ruang solat
Pentas
Taman permainan
Tetapi ini bergantung kepada keperluan taska masing - masing yang mana difikirkan perlu
- Program
Program pendidikan yang diterapkan seharusnya sejajar dengan keperluan anak -anak dan ekspektasi ibubapa kepada taska tersebut.
-Program pembangunan kognitif
- Motorik
- Sahsiah dan rohani
-Kendiri
-Minda
dan sebagainya.
Bukan sahaja diperingkat toddler, malah sedari bayi lagi.
- Kebersihan
Ini semua pihak perlu memerhati setiap masa, kerana kebersihan menjamin kesihatan yang tinggi terhadap anak jagaan mereka.
Semua aspek kebersihan perlu diambil kira
Sebaiknya perlu membuat sanitasi sekurangnya sebulan sekali.
Kebersihan kanak - kanak itu sendiri
Kebersihan pekerja.
Pendek kata semua aspek
- Keselamatan
Termasuklah keselamatan persekitaran, penjagaan anak - anak kerana anak -anak jagaan dibawah mereka adalah amanah dari ibubapa.
Menurut prosidur keselamatan yang telah ditetapkan oleh JKM amat perlu kerana ini adalah untuk mengelak perkara yang buruk berlaku.
Selain itu juga tanggungjawab ibubapa juga perlu untuk memaklumkan terlebih dahulu jika anak mereka dalam sesuatu kondisi yang memerlukan lebih perhatian.
Kita tengok je sekarang ni banyak kes yang disebabkan oleh kecuaian pengasuh mahupun guru ataupun pemilik taska yang hampir setiap hari terpampang didada akhbar. Rasanya mahu sahaja ibu-ibu berhenti kerja dan jaga anak sendiri di rumah bukan? Saya juga berfikiran seperti itu tetapi sekarang belum lagi sesuai kerana sedang berusaha menjana pendapatan agar suatu hari mampu menjaga anak sendiri di rumah. Ibu-ibu diluar berminat untuk menjana pendapat sehingga 6 angka sebulan? Dan juga menikmati kehidupan yang sihat?
Kalau nak, jom sama - sama kita usaha ke arah itu
Hubungi saya untuk keterangan lanjut
Nurul
sms : 012-6764743
emel : ammarhauu@gmail.com
No comments:
Post a Comment