Wednesday, 3 October 2012

10 MAKANAN UNTUK KULIT AGAR SENTIASA CANTIK

Salam semua pembaca blog saya ini.

Diharapkan anda semua dalam keadaan yang sihat, cantik dan cergas.

Ok, selalunya kalau kita tanya mana2 orang, apa rahsia kulit cantik, mulus, berseri, macam-macam cara yang diberi kan. Itu dari segi tips, petua dan amalan.
Tapi bagaimana pula dengan pemakanan, selain perlu menjaga pola pemakanan yang sihat untuk menghasilkan kulit yang sihat.

Maybe apa yang saya kongsikan ini boleh memberi manfaat kepada anda semua

1. Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus  lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi

Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

6. Telur

Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Mudah bukan?
Yang mana saya hilite kan tu ada benarnya dan ada kaitan dengan SOY PROTIEN ini.
Selamat mencuba




No comments:

Post a Comment