Wednesday 26 December 2012

CARA MEMBANYAKKAN SUSU IBU

Tahniah saya ucapkan kepada semua ibu yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya.
Anda adalah ibu yang sangat hebat!!!
Namun kepada ibu yang kurang berjaya, anda masih belum ketinggalan. Masih belum terlambat. Anda masih berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik membanyakkan susu.

APAKAH CARA BERKESAN UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU IBU?

  1. Mind Set
Minda yang telah anda set sedari awal sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu.
Jika anda set anda dari keturunan tiada susu, maka tiadalah susu yang keluar, tetapi jika anda set Insyaallah aku akan berjaya menyusukan si manja selama mana yang dia mahu.
Tentu ramai yang terfikir apa kaitannya membanyakkan susu ibu dan minda?
Begini. sebenarnya minda kita memainkan peranan penting untuk menghantar isyarat ke payudara untuk mengeluarkan susu.

2.  Percaya Dan Yakin
Ibu-ibu perlu mempunyai kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri khasnya ibu muda yang baru melahirkan anak pertama.
Polisi penyusuan susu ibu pun sudah menyatakan Penyusuan Eksklusif selama 6 bulan.
Yakin anda mampu menyusukan anak anda sepenuhnya tanpa bantuan susu formula.

3.Pam Dengan Konsisten
Pengepaman yang konsisten sangat membantu khasnya bagi ibu yang bekerja.
Ini kerana si ibu akan berjauhan seketika dengan anak.
Maka tujuan pam ini adalah sebagai usaha untuk mengekalkan kuantiti susu.
Berapa kali nak pam setiap hari?
Terpulang kepada kemampuan ibu, namun yang paling baik untuk ibu yang tiada masalah, memadailah 3 kali sesi mengepam sepanjang hari bekerja.
Jika ibu punyai masalah produksi susu kurang, perlu menggandakan sesi tersebut, mungkin setiap 2 jam sekali.
JANGAN sesekali anda Skipped masa mengepam, kerana ini akan menjejaskan kuantiti produksi susu.

4. Pam Sehingga Payudara Benar-benar Kosong
Ini sangat perlu kerana jika tidak mengosongkan benar-benar payudara kemungkinan akan berlaku saluran susu tersumbat, hanya susu cair saja yang banyak keluar,melambatkan proses penghasilan semula susu, bengkak susu, pengaliran susu tidak lancar.
Oleh itu pastikan ibu benar2 mengepam payudara sehingga kosong.

5. Minum Air Banyak
Amalkan minum air masak sebanyak 3 liter sehari kerana ibu yang menyusu akan membakar banyak kalori, dan mudah berpeluh dan ini menyebabkan bendalir dalam badan semakin berkurangan dan perlu sentiasa diganti.

6. Makan Seimbang
Ibu menyusu tidak perlu diet atau menyekat pemakanan. Hanya perlu memastikan mendapatkan diet yang seimbang seperti makan nasi, sayur, sumber protien seperti ayam, ikan daging,telur dan sebagainya.

7. Amalkan Suplemen
Ini bukanlah wajib, namun ianya satu additional kepada kesihatan ibu. Jika ibu kurang sihat mesti penghasilan susu ibu akan tejajas. Suplemen akan membantu mencukupkan nutrisi ibu, dan sekaligus ibu akan lebih bertenaga, sihat dan cergas.

8. Urutan
Lakukanlah urutan sekali sekala pada sekitar payudara ataupun seluruh badan. Cara ini adalah sebagai penghargaan untuk ibu supaya dapat kembali cergas dan saluran darah yang lancar.

Jika anda ada masalah penyusuan boleh hubungi saya
sms,whatsapp - 0126764743
Nurul


4 comments:

  1. anak yang bongsu dah 17 tahun, dulu menyusukan kejap jer sebab baby lelaki tak sabar, sebab susu tak banyak

    ReplyDelete
  2. salam.. nak tanya la kalau2 puan tahu...
    bila saya pam breast...ada keluar susu + darah.. tapi bukan selalu.. pertama kali kena.. darah pun keluar x bayak..hanya pada saat mula2 nk pump sahaja lepas tu tak keluar darah...hanya susu sahaja... puan tahu x kenapa.. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,
      itu namanya Rusty Pipe Syndrome.
      Ia biasa berlaku pada ibu yang menyusukan anak, susu tersebut masih boleh diminum tetapi tak bole disimpan
      Ini saya bagi link berkaitan dengan Rusty Pipe Syndrome bole awak rujuk disini

      http://mummydaddyluvbaby.blogspot.com/2010/09/rusty-pipe-syndrome-in-colostrum.html

      Delete