Menjelang bulan Ramadhan tak lama lagi ramai ibu yang menghantar mesej kepada saya bertanyakan bagaimana penyusuan di bulan puasa kerana pada waktu itu kita tidak makan di siang hari. Ramai meraka yang risau susu akan menjadi kurang.
Jom saya kongsikan TIPS PENYUSUAN DI BULAN PUASA
1. Persiapan menyimpan stok susu sebelum bulan puasa adalah sangat digalakkan kerana kita tidak tahu mungkin ada ibu yang akan datang haid di bulan puasa dan akan menyebabkan hasil perahan susu ibu tidak meriah seperti selalu.
2. Sewaktu berbuka, amalkan mengambil makanan yang tinggi sumber protein, elakkan minum teh atau kopi, minum air buah, dan minum kerap air masak dari waktu berbuka hinggalah menjelang habis waktu bersahur.
3. Gandakan waktu mengepam diwaktu malam, mungkin boleh mengepam selepas waktu berbuka, dan selepas waktu bersahur.
4. Kerapkan mengambil makanan yang ringan seperti kekacang, kismis, minum susu diwaktu malam.
5. Sewaktu bersahur ambil makanan yang agak berat seperti nasi, dan pastikan lauk pauk mesti mempunyai sumber protein, dan vitamin yang diperlukan tubuh. Elakkan minum teh dan kopi yang mungkin akan menyebabkan dehidrasi awal disiang hari. Pilih lah untuk minum minuman berasaskan susu dan jangan lupa air masak.
6. Teruskan pengepaman disiang hari seperti biasa 2@ 3 kali waktu mengepam.
7. Berfikiran positif, elakkan berfikir bahawa susu akan kurang di bulan puasa, kerana anda adalah apa yang anda fikir.
Mudah kan tips tadi. Jadi ibi-ibu tak perlu risau dengan adanya persiapan mental dan fizikal yang kuat Insya Allah semua akan berjalan dengan lancar.
Jika ibu-ibu perlu untuk mengambil sebarang suplemen, saya galakkan anda ambil untuk membantu sistem tubuh menjadi bertenaga walaupun berpuasa.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
Hubungi saya
Nurul
0126764743
fb pages: beautymoms
No comments:
Post a Comment